Dapat Panggilan Dari Bill Collector Perlukah Bayar Hutang Tertunggak Terlalu Lama



Sering dapat panggilan dari Bill Collector minta anda bayar hutang? Adakah anda wajib membayarnya?

Kebanyakan dari kita pernah berhutang atau sedang berhutang. Ada hutang telco, perabot ansuran bayar, kad kredit dan pelbagai lagi jenis hutang.

Dan kebanyakan hutang-hutang ini kadang kala sudah dibuat lama dahulu, ada yang sampai 10 tahun lalu tapi hanya dituntut baru-baru ini dengan menggunakan perkhidmatan Bill Collector.

Pengguna harus tahu bahawa hutang-hutang yang sepatutnya dituntut oleh pemiutang (orang yang memberi hutang), jika tidak dituntut melebihi 6 tahun, hutang-hutang tersebut dianggap lupus dalam konteks undang-undang. Dalam bahasa mudah, anda tidak perlu lagi membayar hutang tersebut dan tiada apa-apa tindakan mahkamah boleh diambil ke atas anda.

Ini kerana undang-undang menghukum pemiutang yang leka dan cuai untuk menuntut hak mereka dalam tempoh 6 tahun. Undang-undang memberikan had masa kepada pemiutang untuk menuntut hak mereka dan tidak boleh menuntut pada bila-bila masa mengikut kehendak pemiutang.

Apabila seseorang ingin menuntut sesuatu ganti rugi dalam kes sivil, beliau harus memfailkan kes tersebut di mahkamah sivil dalam satu jangka masa yang tertentu. Mengikut Seksyen 6(1), Akta Had Masa 1953, sesuatu tindakan yang terbit daripada kontrak dan tort haruslah dibawa ke mahkamah dalam tempoh masa enam tahun.

Selepas tamat tempoh had masa, sebarang tuntutan tidak boleh difailkan di mahkamah, kecuali, mengikut seksyen 29, di bawah Akta tersebut, ada bukti seperti fraud atau salah (mistake) yang menyebabkan pihak yang ingin menuntut tidak dapat mengenali hak tuntutannya.

Tempoh had masa enam tahun mula dikira daripada tarikh sesuatu insiden seperti hari kemalangan atau hari pengingkaran mematuhi peraturan-peraturan yang telah dipersetujui  di antara kedua-dua pihak. Sebagai contoh, dalam satu kemalangan jalan raya, tarikh dan masa kemalangan jalan raya di antara dua kenderaan adalah titik permulaan had masa tuntutan oleh pihak yang ingin menuntut ganti rugi terhadap pihak yang bersalah.

Ada juga syarikat Bill Collector menggunakan teknik desakan ke atas pengguna dengan membuat panggilan telefon, sms dan mengeluarkan notis palsu untuk menyita barang-barang pengguna jika pengguna terus ingkar bayar hutang.

Notis-notis ini adalah tidak sah kerana tiada penghakiman dan tempoh untuk mengambil tindakan telah melebihi 6 tahun. Ada juga penyamaran dilakukan dengan membuat panggilan telefon mendakwa mereka dari mahkamah. Hm, mahkamah tidak call orang dan tuntut hutang ye. Banyak pula masa orang mahkamah nak buat macam tu.

Jadi jika anda terus diburu oleh penuntut-penuntut hutang yang sudah melebihi 6 tahun ini, anda mempunyai pilihan; samada bayar atau memilih untuk tidak bayar dan tiada tindakan mahkamah yang boleh dikenakan ke atas anda.

Jika anda memilih untuk bayar, sila ke syarikat Bill Collector itu sendiri dan buat bayaran kepada orang yang sah menerimanya dan dapatkan resit selepas bayaran. Jangan buat bayaran ke dalam akaun personal mana-mana orang tanpa usul periksa.

*Gambar dibawah adalah contoh notis palsu yang digunakan dalam proses mendesak pengguna membayar hutang. Sila ambil maklum bahawa memalsukan dokumen mahkamah adalah salah di sisi undang-undang!

Baca juga berkenaan dengan tempoh 6 tahun boleh diperbaharui:
https://www.facebook.com/JumpaKatMahkamah/posts/1978000689079671

Like FB 🔴 JUMPA KAT MAHKAMAH sekarang untuk informasi terkini berkaitan isu undang-undang dan hak anda 👨🏻‍⚖️🏛👩🏻‍⚖️

#JumpaKatMahkamah #SeeYouinCourtSayang #KnowYourRights #MalaysianLaw #Undang2u

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/04/dapat-panggilan-dari-bill-collector.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aisyah Rindu Daddy Terlalu Lama Tidak Melihat Wajah Acap

Aisyah Rindu Daddy Terlalu Lama Tidak Melihat Wajah Acap

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 505 hits
Viralkan kisah kehilangan Acap ketika Acap menyertai program larian dan sehingga kini Acap masih belum ditemui walaupun operasi mencarinya diadakan secara besar besaran melibatkan ramai pihak Aisyah Rindu Daddy Aishah sebut perkataan daddy ...
Raja Raja Melayu Sudah Lama Tidak Kebal Tommy

Raja Raja Melayu Sudah Lama Tidak Kebal Tommy

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 308 hits
Peguam Negara Tommy Thomas bercakap pada Forum Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Suffian Universiti Malaya Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Peguam Negara Tommy memberitahu kekebalan Raja Raja Melayu sudah lama terhapus sej...
Pisang Banyak Sangat Manfaat Untuk Kesihatan Tapi Cepat Masak Ini 5 Cara Nak Bagi Tahan Lama

Pisang Banyak Sangat Manfaat Untuk Kesihatan Tapi Cepat Masak Ini 5 Cara Nak Bagi Tahan Lama

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 703 hits
Ramai yang gemar makan pisang dan kebiasaannya buah ini akan sentiasa ada saja di rumah Tapi jadi masalahnya buah pisang ini tak tahan lama Cepat jadi lembik dan busuk Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisa...
All New Daihatsu Terios Kuat Di Bengkulu Tapi Inden Lama 3 8 Bulan

All New Daihatsu Terios Kuat Di Bengkulu Tapi Inden Lama 3 8 Bulan

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 306 hits
All New Daihatsu Terios mendapat pasar yang baik di Bengkulu Pulau Sumatera Di segmen low sport utility vehicle All New Terios memiliki pangsa pasar 21 5 persen alias nomor dua terbesar setelah Toyota Rush Pangsa pasar Terios di Bengkulu le...
Xiaomi Mengacah Pengenalan Telefon Redmi Dengan Kamera Swafoto Pop Naik Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mengacah Pengenalan Telefon Redmi Dengan Kamera Swafoto Pop Naik Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 265 hits
Sejumlah pengeluar telah hadir dengan peranti yang menggunakan mekanisma kamera pop naik dan kini nampaknya Xiaomi turut tidak ingin ketinggalan Dalam video acah terbaru yang dikongsikan pihak Xiaomi mereka memperlihatkan bakal memperkenalk...
Cermin Diri Dulu Lama Lama

Cermin Diri Dulu Lama Lama

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1007 hits
Assalammualaikum wbtCERMIN DIRI DULU LAMA LAMAYang merah itu sagaYang indah itu bahasaJangan ringan mulut mengataHujung diri terduduk binasaDuduk bersila anyam ketupatKetupat sintok lebih menarikBercakap belakang itu mengumpatBercakap depan...
Tular Isu Bayi Di Serang Biawak Di Pulau Tioman Kejadian Lama

Tular Isu Bayi Di Serang Biawak Di Pulau Tioman Kejadian Lama

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 356 hits
KUANTAN Kejadian bayi perempuan dari Pulau Tioman yang parah diserang biawak seperti mana ditularkan dalam laman sosial Facebook beberapa hari lalu bukan kejadian baharu sebaliknya peristiwa tersebut berlaku di pulau peranginan itu pada 201...
Lama Lagi Rasanya Untuk Saya Kahwin Zizi Kirana

Lama Lagi Rasanya Untuk Saya Kahwin Zizi Kirana

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1780 hits
Biarpun berusia awal 34 tahun Zizi Kirana tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat Menurut Zizi sebolehnya beliau mahu menumpukan perhatian dalam kerjayanya Saya kini sibuk dengan karier nyanyian tidak lama lagi ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri