Dapat Juga Membeli Apam Johol


Pernah makan apam Johol? Kalau tak pernah bolehlah membeli apam Johol original dari Johol. Apam ni kalau tak silap saya hanya popular di Negeri Sembilan je khususnya di Johol.

Saya tak pasti kenapa nama kuih ni apam Johol. Adakah berasal dari Johol? Mungkin ya. Bukan hanya dipanggil apam Johol, tapi dipanggil juga dengan nama apam daun rambai. Sebabnya apam ni dibalut dengan daun rambai.

Itu apa yang saya tahu lah. Kuih ni memang susah nak jumpa! Kebetulan saya ke Johol sebentar. Dah alang-alang tu, jomlah kita cari kuih apam Johol.

Mulanya kami berhenti di satu gerai di tepi jalan ada banner tulis apam johol. Tapi kena menunggu apam dikukus lah pula. 15 minit kena tunggu. Kami pula mengejar masa. Tak jadilah membeli.

Lepas tu kami google apam johol dan jumpa lokasi Warisan Apam Johol Masjid Tua. Tapi macam dah tak beroperasi je. Tutup dah ke?. Sudahnya kami waze dan jumpalah Apam Johol KT (Kak Tijah Apam Johol) yang tak jauh dari lokasi yang kami nak tuju tu.

Kami singgah membeli apam Johol di Apam Johol KT yang terletak di tepi jalan besar. Lupa pula nak ambil gambar banner dan kedai

Masa kami nak membeli, ada dua orang makcik di situ. Seorang tengah sibuk membungkus dan seorang lagi sedang keluarkan apam dari pengukus. 
Sempat saya ambil gambar apam johol dalam pengukus. Encik suami sedang berborak dalam bahasa (loghat nismilan) dorang lah. Dah jumpa geng, berborak lah apa lagi. Peramah betul makcik-makcik ni.
Seronoknya dapat kuih fresh from pengukus! Makcik tu kata lagi, ni nanti kejap je habis. Encik suami pun sambung, sakbis sakbis (Masak habis masak habis). Laku keras apam johol ni. Inipun ada orang KL booking 300 biji katanya

Wahh..betul-betul popular kuih apam Johol Kak Tijah ni ye. Kami pun membelilah 2 plastic, asingkan 10 biji dan 20 biji. Yang 20 biji nak makan ramai-ramai nanti. 10 biji seplastik lagi nak bekalkan untuk kakak saya. 
Dah lama katanya teringin makan apam Johol. Saya pula kalau balik Pilah memang tak jumpalah kuih ni. Rezeki dia dan rezeki kamilah dapat makan apam johol yang dimasak panas-panas ni.

Sampai je di destinasi, terus menjamu selera. Fuhhh..bukan main sedap lagi apam Johol ni. Aroma daun rambai ni membuatkan apam Johol ni bertambah sedap. Tak tahulah macamana nak diterjemahkan dalam perkataan. Apam pun just nice rasa manis dia. Tak manis sangat pun sebenarnya

Gebu pula tu. Sedap betul! Anak buah dari Segamat pula tanya, mana kelapa parutnya? Eh eh, apam Johol tak makan dengan kelapa parut. Dia makan gitu je. Hihi..

Lepas ni kalau nak makan apam Johol dah tahu dah kat mana nak beli. Beli je dekat Apam Johol KT di Johol. Boleh waze terus untuk sampai ke lokasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/08/dapat-juga-membeli-apam-johol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Membeli Belah Interaktif Pacu Kejayaan Pmks

Pengalaman Membeli Belah Interaktif Pacu Kejayaan Pmks

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 235 hits
nbsp Landskap perdagangan digital sedang berkembang di mana terdapat perubahan besar dalam tingkah laku pembelian pelanggan terutama dalam kalangan Gen Z Interaktiviti menjadi pilihan utama yang membentuk pengalaman pelanggan dengan penstri...
Benda Tak Rancang Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Benda Tak Rancang Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 337 hits
Hari Sabtu dua minggu lepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Orked Event Space Nama je duduk Seremban tapi baru tahu wujudnya tempat ni Cantik betul dekorasi luar dan dewan ni Tak sempat nak ambil gambar pengantin Pengantin lama tumpang ...
Farm Fresh Upm Tarikan Utama Waktu Operasi Cara Membeli Tiket Masuk

Farm Fresh Upm Tarikan Utama Waktu Operasi Cara Membeli Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 855 hits
Farm Fresh UPM Destinasi Agro Pelancongan Terbaik di Malaysia Farm Fresh UPM merupakan salah satu destinasi agro pelancongan yang wajib anda kunjungi di Malaysia Terletak di Universiti Putra Malaysia Serdang tempat ini menawarkan pengalaman...
7 Tip Jimat Beli Barang Dapur Ketika Harga Naik Jangan Jadi Hamba Pasaraya

Lunch Di Madam Kwan S Johor Premium Outlet

Freak Storm Damages Eight Houses In Raub

Kenapa Kita Tak Boleh Berhenti Bercakap Tentang P Suara Kecil Yang Tak Patut Senyap

Ayam Masak Kicap Tanpa Goreng Dan Kehidupan Di London

Exam Pksk Adam

Tasik Cermin 2 Ipoh Hidden Gem Yang Tenang Dan Cantik

Telefon Gaming Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia Indonesia Dan Filipina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Keburukan Makan Jajan Sedap Sekejap Tapi

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Siapa Yang Mampu Jaga Amanah Ujian Itu Dengan Baik

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Bubur Jagung Lemak Manis Rasa Tradisi Yang Buat Kita Rindu Dapur Mak