Dapat Iphone 11 Sempena Hari Jadi
Dapat Iphone 11 Sempena Hari Jadi. Bertuah badan rasanya tahun ni sebab dapat hadiah yang memang dah lama teringin. Walaupun sekarang ni orang sibuk dengan Iphone 12 tapi akak rasa syukur sangat dapat Ip 11 tambahan lagi dapat percuma, tak kiralah series berapa asalkan percuma. Mesti korang tertanya-tanya siapa gerangan yang menghadiahkan Ip ni pada akak. Pada yang dah follow fb akak mesti dah tahu jawapannya.
Hadiah sempena hari jadi yang memang tak disangka, tak tahupun dan tak pernah terfikir. Biasanya sambutan hari lahir kami buat yang simple saja dalam family - masak-masak, potong kek, ambil gambar. Apatah lagi dengan usia yang semakin meniti senja ni, memang tak pernah terfikir nak dapat hadiah. Tapi dah kata rezeki kita, memang tak lari ke mana. Hadiah cabutan bertuah sempena kelahiran dalam bulan December daripada Public Mutual ni sampai pada masa yang tepat sebelum kami bergerak pulang ke kampung.
Sebelum ni memang ada bercadang juga nak tukar ip6plus yang dah hampir 5 tahun usianya. Skrin depan pun dan retak sebelah, saja tak ganti kononnya nak jimat since masih boleh guna slide kiri kanan tiada masalah. Cuma tak cun bahagian kamera depan tapi akak bukannya rajin nak selfie sangat, jadi guna sahaja apa yang ada. Bila dapat hadiah macam ni memang gembira sangatlah. Akak dan hubby memang pengguna tegar iphone. Dah cuba guna android tapi hati lebih kepada ios juga, kena bertabah dengan harganya sebab tulah guna selagi boleh.
Ni skrin ip6plus akak. Dah pecah juga sedikit di bahagian atas, kena hati-hati bila nak guna. Kalau jumpa orang luar, kena terbalikkan phone, jangan sampai orang sibuk nak tegur suruh tukar. Orang tak tahu keadaan kita, jadi untuk elakkan situasi tak selesa kita elakkan daripada orang melihat. Ip ni dah jadi milik abang Irfan dah, nak guna untuk projek kokurikulum katanya.
Nilah ip11 yang akak dapat. Moga dapat bertahan dalam jangkamasa yang lama juga. Lepas ni boleh ambil gambar lebih cun dan comel dengan kameranya. Terima kasih Public Mutual. Tak tahupun ada cabutan bertuah setiap bulan untuk birthday, biasa dapat kad ucapan sahaja. Inilah antara cara yang boleh digunakan untuk jaga customer. Akak dah lama dengan PM ni. Simpanan untuk kelangsungan hidup di usia emas....kalau berkesempatan.
Untuk tahun ni, anak-anak belanja bondanya kek. Pandai depa, order guna foodpanda, suruh ayah bawah ibu beli barang dapor. Ayah pulak tapau KFC, balik rumah tau-tau dah siap semua. Alhamdulillah anak-anak pun dah besar. Sepanjang covid menular ni, semua ada di rumah. Kadang riuh, kadang gaduh, kadang sunyi ja. Mesti ibu rindu suasana ni nanti bila anak-anak dah mula pulang ke destinasi belajar masing-masing.
Selamat meningkat usia tua! Semoga bertambah amalan dan terus dipelihara dan dipermudahkan urusan dunia akhirat...amiin.....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azirahman.com/2021/01/dapat-iphone11-sempena-hari-jadi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)