Dapat Dekoder Percuma Daripada Mytv
Hari Jumaat lepas aku dapat set dekoder percuma daripada MYTV.
Pagi Jumaat tu aku check peti surat, tengok ada notis daripada poslaju suruh ambil barang di kaunter serahan tingkap. Mungkin masa posmen hantar barang tu aku takda kat rumah, dia tinggalkan notis pengambilan je.
Ingatkan barang apa. Dekat 20 minit bawa kereta pergi kaunter poslaju nak ambil barang tu. Rupanya dekoder MYTV.
Macam mana aku dapat set dekoder MYTV ni secara percuma?
Awal tahun hari tu aku ada terima surat yang memberitahu aku terpilih dalam Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional, yang membolehkan aku dapat set dekoder MYTV percuma.
Dia minta buat pengesahan butiran peribadi sebelum dekoder dihantar. Aku pun buat je la pengesahan tu melalui Facebook Page MYTV.
Dia suruh call talian khidmat pelanggan sebenarnya. Tapi tak dapat call sebab line asyik sibuk je. Ramai kot yang call sepanjang hari tu sebab nak buat pengesahan untuk dapatkan dekoder MYTV percuma.
Hampir 3 bulan baru dapat dekoder MYTV ni lepas buat pengesahan. Sampai aku pun dah terlupa.
Set Dekoder Percuma BSHR
Penerima set dekoder percuma MYTV ni dipilih dari kalangan 2 juta penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) — sebelum ni dipanggil BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia).
Tak semua yang terima duit bantuan tu layak dapat dekoder percuma sumbangan daripada MYTV Broadcasting. Yang ‘terpilih’ sahaja akan dapat.
Harga dekoder MYTV ni kalau tengok di laman web rasmi MYTV Broadcasting, harganya RM187. Kira untung lah aku dapat free.
Bukan nak sangat pun. Tengok TV pun jarang. Tapi kalau dah diberi percuma, ambil je la. Kalau tak dapat pun takpe.
Dekoder DVB-T2 untuk Siaran TV Digital MyFreeview
Untuk nikmati siaran TV digital tak semestinya kena guna dekoder MYTV ni. Korang boleh je beli mana-mana dekoder lain asalkan dekoder tu jenis DVB-T2 (Digital Video Broadcasting – Second Generation Terrestrial).
Atau kalau ada duit lebih, boleh beli TV baru terus. Pilih TV yang memang dah sedia ada ‘built-in DVB-T2 receiver‘ untuk membolehkan terima siaran digital.
Kat Lazada pun ada jual Dekoder DVB-T2 kalau nak. Lagi senang beli online je. Harga pun lebih murah, tak sampai RM100.
Jangan lupa beli sekali antena TV (jenis UHF) yang macam ‘tulang ikan’ tu untuk dapatkan siaran digital MyFreeview.
Beli Dekoder DVB-T2 di Lazada
Dekoder MYTV yang aku dapat ni aku fikir nak bawa balik kampung je pasang kat rumah mak abah aku. Sebabnya kat rumah aku sekarang dah ada Unifi TV, pakej dengan internet Unifi yang aku langgan.
Pasang dekoder MYTV kat kampung boleh la mak abah aku tengok TV gambar cantik. Kalau tak, nampak bintik-bintik je.
Kepada yang minta aku jual murah-murah dekoder MYTV yang aku dapat percuma ni, maaf lah ye. Lagipun kat kotak dia ada tulis “Bukan untuk dijual”. Hehe..
The post Dapat Dekoder Percuma daripada MYTV appeared first on Anarm.Net.
Related posts:
Dapat Duit dari Telekom Malaysia (TM)
Astro Channel Percuma 15 hingga 17 September 2013
Tiket Percuma ke Konvensyen Usahawan Muslim 2013
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://anarm.net/dekoder-percuma-daripada-mytv.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+anarmdotnet+%28Anarm.Net%29