Dap Tidak Pernah Minta Pas Buang Islam Dalam Perjuangannya




Pas tidak wajar terus memfitnah DAP selepas 8 tahun parti itu berpisah dalam kerjasama di bawah Pakatan Rakyat (PR).
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini menolak tuduhan terbaharu Pas kononnya DAP cuba meminta Pas ‘membuang’ Islam daripada perjuangannya menyebabkan Pas meninggalkan PR pada 2015 lalu.
Menurut Anthony Loke, DAP sama sekali tidak pernah menyentuh dasar perjuangan Pas dalam dua kerjasama politik yang tinggal sejarah pada 1999 – 2002 dan 2008 – 2015.
“Saya merujuk kepada ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang di satu ceramah di Johor semalam di mana sekali lagi beliau memfitnah kononnya pimpinan DAP meminta Pas untuk “membuang” Islam dalam perjuangannya untuk meneruskan kerjasama antara Pas dan DAP.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut. DAP tidak pernah meminta Pas “membuang” Islam sepanjang kerjasama di antara kedua-dua parti sama ada semasa dalam Barisan Alternatif mahupun PR.
“DAP konsisten dalam pendirian kami sepanjang kerjasama politik dengan Pas bahawa kami fokus dalam isu-isu yang dipersetujui bersama tetapi mengambil pendekatan “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dalam isu yang tidak dapat mencapai konsensus,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Menteri Pengangkutan itu lagi, isu pokok yang tidak dapat dipersetujui oleh DAP termasuklah pelaksanaan hukum hudud.
Namun perkara itu, katanya, tidak boleh diketegorikan sebagai ‘membuang’ Islam Pas kerana hukum hudud tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Isu pokok yang tidak dapat dipersetujui oleh DAP ialah hukum hudud. Memang DAP konsisten dalam perkara ini kerana ia tidak berlandaskan kepada sistem undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya ingin mengingatkan Pas bahawa selain DAP, orang yang paling lantang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud ialah Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke-4,” ujarnya.
Sehubungan itu, Loke menyelar Pas kerana tidak bertanya kepada rakan sekutu baharu mereka iaitu Gerakan atau Tun Mahathir, adakah kedua duanya telah menerima hukum hudud.
“Pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud tidak bermakna melawan agama Islam. Tun Dr Mahathir tidak pernah setuju dengan pelaksanaan hudud. Begitu juga parti-parti yang disebut oleh Tan Sri Hadi seperti MCA, MIC dan Gerakan.
“Mengapa hanya DAP yang sentiasa dilabelkan oleh Pas sebagai “musuh” Islam? Bukankah ini semata-mata satu pembohongan Pas untuk menjadikan DAP sebagai “punching bag” dalam percaturan politik mereka,” katanya lagi.
Untuk rekod, Pas sering menyalahkan DAP di atas kehancuran Pakatan Rakyat dan seterusnya menggunakan DAP untuk menakut nakutkan orang Melayu kononnya parti itu sedang menindas agama Islam di peringkat Persekutuan.
Strategi tersebut berjaya mendapat undi di Utara dan Timur Semenanjung, kali ini digunakan pula dalam Pilihan Raya Kecil di Johor.
The post DAP tidak pernah minta Pas buang Islam dalam perjuangannya first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36667?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dap-tidak-pernah-minta-pas-buang-islam-dalam-perjuangannya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Never Told Pas To Abandon Islam

Dap Never Told Pas To Abandon Islam

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 318 hits
DAP has never told PAS to abandon Islam during the years when the two parties worked together said DAP secretary general Anthony Loke This was the case during the two parties partnership within the Barisan Alternatif platform from 1999 to 2...
Johor Will Regress With Pas S Version Of Islam Says Nur Jazlan

Johor Will Regress With Pas S Version Of Islam Says Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 578 hits
Nur Jazlan Mohamed likened PAS s version of Islam to that of the Iranian government and the Taliban PETALING JAYA Umno Supreme Council member Nur Jazlan Mohamed warns that Johor risks falling behind in all aspects if it were to adopt PAS s ...
Titik Berat Agama Bukan Buang Dunia Pas Bidas Nur Jazlan

Titik Berat Agama Bukan Buang Dunia Pas Bidas Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 388 hits
Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussain berkata Ketua Umno Pulai Nur Jazlan Mohamed sering membuat kenyataan provokatif terhadap parti itu PETALING JAYA Rakyat Johor tidak harus termakan tuduhan konon PAS membawa kemunduran dalam pentadbiran...
Chandra Explains Umno S Disgraceful Polls Outing And What Pas Dap Gains Show

Chandra Explains Umno S Disgraceful Polls Outing And What Pas Dap Gains Show

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 513 hits
The prominent thinker says all sides including the federal coalition are guilty of distortions leading to the disappearance of the middle ground that once held power in the country Prominent academic and social critic Chandra Muzaffar has d...
Mat Sabu Pas Left Dap Not Because Of Hudud But To Form Govt With Umno

Mat Sabu Pas Left Dap Not Because Of Hudud But To Form Govt With Umno

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 561 hits
The former PAS deputy president alleged that the real reason for the move was due to the party s plan to ally itself instead with then enemy Umno in order to form the ruling coalition saying the matter was decided during its muktamar or ann...
Tentang Pas Kurang Cenderung Sokong Perjuangan Islam Kata Nik Bahrum

Tentang Pas Kurang Cenderung Sokong Perjuangan Islam Kata Nik Bahrum

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 240 hits
satuberita myBy August 21 2023AHLI Dewan Undangan Negeri Chempaka Nik Bahrum Nik Abdullah tampil mempertahankan Menteri Besarnya yang terpalit dengan kontroversi selepas mendakwa dua ADUN pembangkang sebagai menentang perjuangan Islam Menur...
Takfiri Tak Pernah Surut Dari Pas Hasbie Cabar Fadhli Shaari Berdebat

Takfiri Tak Pernah Surut Dari Pas Hasbie Cabar Fadhli Shaari Berdebat

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 231 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Ketua Pemuda AMANAH Nasional Hasbie Muda mencabar Ketua Pemuda Pas Ahmad Fahdli Shaari untuk berdebat dengannya mengenai budaya takfiri dalam Pas Ia susulan kenyataan Ahmad Fadhli pada 6 Ogos lalu yang menafi...
Bn S Failures Pushed Voters Towards Dap Pas Says Chandra

Bn S Failures Pushed Voters Towards Dap Pas Says Chandra

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 372 hits
Chandra Muzaffar says Malaysia s political centre has been weakened by corruption poor governance and weak leadership The growing strength of PAS and DAP is rooted in multiple failures on the part of the centrist Barisan Nasional led federa...
Ikram Tak Pernah Bersekongkol Halang Pemerkasaan Islam

Ikram Tak Pernah Bersekongkol Halang Pemerkasaan Islam

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 314 hits
MalaysiakiniPertubuhan Ikram Malaysia menganggap tindakan pihak tertentu mengaitkan mereka dengan sebarang usaha menentang usaha pemerkasaan Islam sebagai berniat jahat Presiden Ikram Badlishah Sham Baharin berkata pertubuhan itu didakwa te...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit