Dap Mahu Khemah Stabil Bukan Khemah Besar



DAP mahu khemah stabil, bukan khemah besarPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: August 21 , 2022
SharePersoalan sama ada DAP setuju bersama khemah besar atau khemah kecil sebagaimana yang sering dibangkitkan di media tidak perlu terlalu diperdebatkan.
Hal itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara bersama Studio Dahsyat, malam tadi.
Menurut Loke, beliau sering ditanya mengenai persoalan khemah besar tetapi DAP lebih memilih kestabilan politik yang boleh dicapai melalui apa sahaja pendekatan.
“Saya berkali kali dalam pelbagai wawancara media. Ada yang tanya khemah besar atau kecil? Yang penting (bagi DAP) khemah stabil.
“Maksunya apa? Yang penting kerjasama sedia ada (dalam Pakatan Harapan) kita perkukuhkan. Saya jenis reliastik.
“Betul konteks perbincangan khemah besar ada pada 2021. Kita dalam retreat di Port Dickson keluarkan resolusi, kita nak pupuk kerjasama khemah besar.
“Kita nak tarik Pejuang, Warisan. Kita katakan ini dalam konteks pembangkang di Parlimen. Tidak masuk Bersatu sekali (kerana kerajaan), itu sangat jelas. Konsep khemah besar adalah parti pembangkang dalam blog pembangkang di Parlimen,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, usaha untuk kestabilan pembangkang dan peluang membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) berikutnya secara bersama, telah menemui kegagalan. Parti parti pembangkang tertentu lebih senang bersedirian berbanding berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
“Dalam usaha itu, selepas Port Dickson kita lalui PRU Melaka dan Johor. Jelas kita ada usaha tarik mereka dan mereka pilih jalan bersendirian seperti Pejuang dan Warisan. Kalau kita dah cuba tetapi tak membuahkan hasil, pilihan kita adalah kukuhkan rumah kita sendiri. Balik kepada asas DAP, KEADILAN dan Amanah. Ini telah bermula 20 tahun lalu sejak Barisan Alternatif, khususnya DAP dan KEADILAN.
“Ada Pas di dalam (Pakatan Rakyat). Orang itu (pemimpin Pas) berada dalam Amanah hari ini, mereka aktivis ketika itu. Itu yang kita mesti perkukuhkan kerana kerjasama ini agak kuat dan ada persefahaman juga kepercayaan antara satu sama lain,” katanya.
Ditanya sama ada DAP sanggup bekerjasama dengan Umno sebagaimana dalam jawapan beliau pada satu temubual media baru baru ini, Loke berkata di dalam politik semua perkara boleh berlaku berdasarkan faktor semasa yang berubah ubah.
“Apabila ditanya soalan hipotesis adakah DAP boleh kerjasama dengan Umno, saya kata dalam politik apa pun kemungkinan. Tidak ada yang mustahil.
“Dulu orang tak menyangka kita boleh bekerjasama dengan Tun Mahathir. Itu adalah lumrah dalam politik. Tetapi tidak bermaksud kita ada perancangan atau sudah ada keputusan kerjasama dengan Umno, jauh sekali.
“Saya hanya kata kemungkinan yang boleh berlaku. Terutama dalam konteks politik Malaysia pada hari ini, di mana ramai penganalisis mendakwa kemungkinan tidak ada satu parti pun yang dominan atau boleh membentuk majoriti selepas PRU. Ia dalam konteks begitu,” katanya.
Berkaitan cabaran menanggapi pengundi Melayu yang sering menjadi halangan PH untuk mendapat sokongan selesa di kerusi kerusi luar bandar akibat momokan wujudnya DAP, Loke berkata, parti parti Melayu memang sengaja membongsaikan minda Melayu sehingga mereka tidak melihat keutamaan mewujudkan negara yang bersih, telus dan berintegriti berbanding persoalan kaum atau keagamaan sempit.
“Ini cabaran kepada kita dalam PH, termasuk DAP. Bagaimana kita bersama sama membawa fokus rakyat, terutama generasi muda, bukan dari segi kaum, agama tetapi dari segi sama ada orang ini, atau parti ini bersih daripada rasuah.
“Kalau mereka diberi mandat, adakah boleh menjalankan tanggungjawab yang baik. Itu persoalan pokok buat pengundi,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/dap-mahu-khemah-stabil-bukan-khemah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Lcs Rafizi Akan Namakan Siapa Jerung Besar Esok

Skandal Lcs Rafizi Akan Namakan Siapa Jerung Besar Esok

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 207 hits
MalaysiakiniTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan mendedahkan ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan dana berhubung skandal projek prolehan kapal tempur pesisir esok Dia boleh dinamakan kerana bukti telah ada Saya membuat keputusa...
Ada Pertembungan Besar Dalam Umno Bn Rafizi

Ada Pertembungan Besar Dalam Umno Bn Rafizi

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 218 hits
Skandal pembinaan kapal tempur persisir Tentera Laut Diraja Malaysia bukan sahaja menyebabkan rakyat kembali mengambil perhatian ke atas kebobrokan Kerajaan BN tetapi juga telah menyebabkan pertembungan dalam puak puak pimpinan utama dalam ...
Jerung Besar Rafizi Namakan Isteri Menteri

Jerung Besar Rafizi Namakan Isteri Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 336 hits
MalaysiakiniSelepas mengumumkan akan mendedahkan jerung besar dalam kes kapal tempur pesisir semalam Rafizi Ramli hari ini menamakan seorang isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad Latiff ialah timbalan menteri p...
Cara Mudah Membuat Kamar Mandi Kecil Supaya Nampak Lebih Besar

Cara Mudah Membuat Kamar Mandi Kecil Supaya Nampak Lebih Besar

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 234 hits
Kamar mandi meskipun bukan termasuk ruangan utama di dalam sebuah rumah nyatanya memiliki peran yang sangat penting di dalam rumah Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Umno Yakin Boleh Menang Besar Jika Pru15 Diadakan Waktu Terdekat

Umno Yakin Boleh Menang Besar Jika Pru15 Diadakan Waktu Terdekat

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 226 hits
UMNO boleh menang besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan dalam waktu terdekat Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pendirian UMNO yang mahukan PRU15 diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi ...
Jual Tools Post Generator Pro Di Mangga Besar

Jual Tools Post Generator Pro Di Mangga Besar

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 262 hits
Mau mengisi konten website namun malas menulis setiap hari Beli artikel ke penulis mahal Web sepi pengunjung Mau page one Google tapi tidak paham SEO Toko Online sepi calon pembeli Kami Jual Tools Post Generator Pro di Mangga Besar 08953772...
Hasto Sebut Peluang Pdip Berkoalisi Dengan Parpol Pemerintah Besar

Hasto Sebut Peluang Pdip Berkoalisi Dengan Parpol Pemerintah Besar

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 121 hits
Sekretaris Jenderal PDI Perjuangan Hasto Kristiyanto mengatakan peluang PDIP berkoalisi dengan partai partai yang saat ini mengusung Presiden Joko Widodo besar Tidak hanya dengan Gerindra PKB PDIP juga membuka peluang dengan koalisi Golkar
Nenek Painah Disembunyikan Lembaga Besar

Nenek Painah Disembunyikan Lembaga Besar

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 363 hits
Masa jumpa nenek Painah Siwan di lopak air di kebun sawit berkenaan seperti ada satu lembaga sedang menjaganya sebelum hilang selepas dilaungkan azan kata ahli paranormal Mohd Fitri Abdul Razak 32 Mohd Fitri berjaya menemui wanita warga ema...
Ratusan Warga Mengungsi Saat Banjir Besar Merendam Selandia Baru

Ratusan Warga Mengungsi Saat Banjir Besar Merendam Selandia Baru

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 242 hits
Hujan lebat yang melanda beberapa wilayah di Selandia Baru telah membuat Sungai Maitai meluap hebat Luapan hingga menyebabkan banjir parah itu telah memaksa 400 keluarga mengungsi dari rumahnya di wilayah Nelson
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co