Dap Kecam Tindakan Pn Kekang Kebebasan Bersuara



Pada 20 Jun 2020oleh Lim Guan Eng
Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
DAP membantah keras dua tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa baru-baru ini yang membangkitkan persoalan membimbangkan mengenai hak asasi manusia iaitu hak mengeluarkan pendapat dan ruang demokrasi yang semakin mengecil di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).Pertama, siasatan polis ke atas Ahli Parlimwn Segambut, Hannah Yeoh. Hannah telah diminta untuk hadir di Bukit Aman untuk disoal siasat mengenai suatu ciapan Twitter di mana beliau menzahirkan kekhuatirannya terhadap masa depan Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di bawah Kerajaan baharu. Menurut pihak polis, Hannah disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.Bukit Aman juga mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Hannah akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia berkaitan dengan sebuah poster yang mengandungi petikan palsu yang menggunakan gambarnya dan telah tular. Namun demikian, pihak polis sepatutnya mengenalpasti terlebih dahulu pembuat poster petikan palsu tersebut sebelum memanggil Hannah.Sebagai mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan seorang Ahli Parlimen, beliau mempunyai segala hak untuk mengeluarkan pandangannya secara umum, lebih lagi apabila beliau telah sebelum ini melakukan kerja berkenaan isu ini di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Sebagai seorang rakyat Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan bersuaranya. Siasatan terhadapnya adalah percubaan untuk membungkam dan menakutkan beliau daripada bersuara tentang isu ini atau mengkritik kerajaan Perikatan Nasional.DAP mengecam tindakan seperti ini terhadap Hannah dan menggesa polis untuk menghentikan siasatan ini. Kami berdiri teguh menyokong dan bersolidariti dengan Hanah Yeoh. Pihak berkuasa harus konsisten dengan mengambil tindakan terhadap aktivis pro-PN yang telah menyebarkan penipuan terhadap pemimpin PH, seperti pembohongan mengenai saya dan anak saya yang kononnya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura dengan wang tunai RM2 juta.Insiden kedua adalah berkaitan dengan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk membawa prosiding hina Mahkamah terhadap Malaysiakini dan ketua pengarangnya, Steven Gan disebabkan komen pembaca di dalam sebuah rencana bertarikh 9 Jun yang bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1.” Telah dilaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan telahpun memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding menghina Mahkamah terhadap Malaysiakini.Walaupun ada di antara komen-komen yang dibuat adalah bersifat membenci dan tidak patut dimaafkan, Peguam Negara tidak wajar cuba untuk menghukum Malaysiakini atau Steven Gan disebabkan komen-komen tersebut. Tindakan, sekiranya ada, patut diambil terhadap mereka yang membuat ulasan, dan bukannya Malaysiakini.Tindakan Peguam Negara ini meletakkan tanggungjawab yang membebankan ke atas laman sesawang media dengan menjadikan mereka bertanggungjawab ke atas apa yang diucapkan oleh orang lain. Tindakan seharusnya diambil terhadap mereka yang membuat komen-komen yang tidak bertanggungjawab tersebut, dan bukannya terhadap portal berita yang tidak menyokong pandangan tersebut.Ini sama seperti menyalahkan kenderaan dalam sebuah kemalangan walaupun pemandu yang bertanggungjawab. DAP mendesak Peguam Negara supaya menarik balik prosiding terhadap Malaysiakini dan Steven Gan bagi mendukung kebebasan media.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/dap-kecam-tindakan-pn-kekang-kebebasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Gangguan Tindas Kebebasan Bersuara Mp Pembangkang Ph

Hentikan Gangguan Tindas Kebebasan Bersuara Mp Pembangkang Ph

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 228 hits
Siri siasatan berterusan terhadap Ahli Ahli Parlimen Pembangkang sejak kebelakangan ini kelihatan menjurus ke arah intimidasi dan melanggar hak kebebasan bersuara di Malaysia Sehubungan itu Majlis Setiausaha Pakatan Harapan memandang serius...
Sekali Pemimpin Vateran Dap Sudah Bersuara

Sekali Pemimpin Vateran Dap Sudah Bersuara

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 287 hits
PETALING JAYA Veteran DAP Lim Kit Siang menyuarakan keyakinan untuk Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri di bawah perjanjian baru dengan Dr Mahathir Mohamad Beliau turut menolak tanggapan DAP dan Amanah mengabaikan Anwar denga...
Senator Dap Jangka Pru Dalam Tempoh 3 Bulan Lagi

Senator Dap Jangka Pru Dalam Tempoh 3 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 387 hits
LIEW CHIN TONGBEKAS Pengerusi DAP Johor Senator Liew Chin Tong meramalkan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan September atau Oktober Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata senario itu tidak dapat dielakkan sekirannya Perdana M...
Perjuangan Dap Untuk Semua Tak Kenal Warna Kulit Sheikh Umar

Perjuangan Dap Untuk Semua Tak Kenal Warna Kulit Sheikh Umar

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 251 hits
Pada 11 Jun 2020oleh PENTADBIRPerjuangan DAP adalah berlandaskan ideologi sosial demokrasi yang memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit atau agama kata Ketua DAPSY Johor Sheikh Umar Bagharib Ali Tegasnya DAP ...
Tommy Thomas Guan Eng Betul Dap

Tommy Thomas Guan Eng Betul Dap

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 286 hits
Biro Undang undang DAP mempertahankan keputusan bekas peguam negara Tommy Thomas melepaskan akaun seorang taikun perniagaan yang dibekukan membabitkan dana haram didakwa diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak Menurut pengerusi ...
Dap Amanah Dan Warisan Cadang Dr M Sebagai Calon Pm Anwar Masih Kekal Bakal Pm Lagi

Dap Amanah Dan Warisan Cadang Dr M Sebagai Calon Pm Anwar Masih Kekal Bakal Pm Lagi

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 380 hits
Sekiranya pembangkang dapat mengambil alih semula kerajaan DAP Amanah dan Warisan mahukan Dr Mahathir Mohamad kembali menyandang jawatan perdana menteri menurut beberapa sumber Sumber yang dipetik portal The Malaysian Insight itu berkata ga...
Ph Paling Teruk Perintah Negara Dap Masih Berangan Nak Jadi Kerajaan

Ph Paling Teruk Perintah Negara Dap Masih Berangan Nak Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 323 hits
Orang Melayu takkan lupa pelbagai peristiwa yang mengguris hati BANGI Jika tampuk pemerintahan negara diserahkan kepada Pakatan Harapan sekalipun apakah jaminan kerajaan tidak bergolak akibat persengketaan dalaman soal Presiden gerakan Isla...
Dap Playing Dangerous Game In Backing Mahathir To Be Pm A Third Time

Dap Playing Dangerous Game In Backing Mahathir To Be Pm A Third Time

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 365 hits
finance twitter Maszlee Malik the infamous Black Shoes Minister has argued that Opposition bloc needs his boss Mahathir Mohamad to secure enough seats to form a government He said there s no way that opposition leader Anwar Ibrahim could ge...
K Jaan Dap Pp Dituntut Tangani Pencemaran Najis Babi Di Kalangan Melayu Islam

K Jaan Dap Pp Dituntut Tangani Pencemaran Najis Babi Di Kalangan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 374 hits
Penternak untung hidup penduduk dicemari najis babiPENCEMARAN najis babi di Sungai Kreh Seberang Perai Utara yang merebak sehingga radius 13 kilometer turut melangkaui beberapa sungai dan kampung telah lama menghantui penduduk sekitarnya Le...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk