Dap Jangan Usik Kedudukan Islam Perkasa


Manzaidi Mohd Amin Dr. Amini Amir Abdullah
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto yang didakwa mengkritik hasrat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengislamkan semua masyarakat Orang Asli di negeri itu dalam jangka masa 30 tahun lagi.

Naib Presidennya, Dr. Amini Amir Abdullah berkata, pemimpin DAP itu tidak faham Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan mengurus urusan agamanya sendiri.

Katanya, peruntukan itu tidaklah bermaksud bahawa Orang Asli tidak boleh didakwahkan oleh orang Islam seperti yang difahami oleh Kasthuri.

Beliau menyarankan kepada semua ahli politik DAP mempelajari semula peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, kebebasan beragama, menganut dan mengamalkannya.

“Janganlah cuba bermain dengan api kerana buruk padahnya,” tegasnya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Amini berkata, Perkasa pada dasarnya menyokong penuh sebarang usaha pihak berkuasa agama untuk menyebarkan dakwah kepada kira-kira 16,000 masyarakat Orang Asli di Kelantan dan 208,000 Orang Asli di seluruh negara.

Kasthuri dalam artikelnya yang disiarkan portal Malaysiakini Sabtu lalu menjelaskan, walaupun kedudukan Islam sebagai agama negara jelas disebut dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11 membenarkan mana-mana orang untuk mempraktikkan dan menganut kepercayaan mereka dengan bebas.

Ini terpakai bagi mereka yang percaya kepada animisme dan roh, dan apa-apa percubaan untuk mempengaruhi atau melarang mereka daripada mengamalkan kepercayaan mereka secara bebas akan dianggap sebagai bertentangan dengan sebilangan besar peruntukan asas, iaitu kebebasan beragama dan kepercayaan.

Kasthuri juga menyatakan dalam artikel itu baru-baru ini di sebuah persidangan antarabangsa di Singapura, Raja Abdullah II Jordan, seorang pejuang kebebasan beragama dan kepercayaan telah meminta usaha bersama untuk menangani ancaman penting ‘tunggal paling penting’ di dunia – serangan terhadap keharmonian antara agama, saling menghormati dan saling mempercayai.

“Raja Abdullah II sebenarnya menyarankan kepentingan kesepaduan dan keharmonian sosial dalam dunia yang berbilang agama, bangsa, keturunan dan kerukunan antara agama, bukannya persoalan dakwah Islam,” tulis beliau.

Jelas Amini yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (BIHALIM) Perkasa, pertubuhan itu berasa sungguh kesal kerana Kasthuri gagal melihat keseluruhan konteks Perlembagaan Persekutuan dalam isu kebebasan beragama, menganut dan mengamalkannya.

“Beliau juga gagal memahami konteks sebenar penyebaran agama Islam (dakwah) dan limitasi penyebaran agama selain Islam.

“Perkara 11 (1) dan 11 (4) memanifestasikan bahawa Islam boleh disebarkan kepada sesiapa sahaja dalam konteks dakwah dan mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan.

“Penyebaran, pengembangan dan pendakyahan agama selain Islam tidak dibenarkan terhadap umat Islam. Oleh itu, usaha untuk mendekati Orang Asli dan memperkenalkan Islam kepada mereka tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/dap-jangan-usik-kedudukan-islam-perkasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ph Bukan Islam Jangan Campur Tangan Urus Tadbir Agama Islam Zahid

Pemimpin Ph Bukan Islam Jangan Campur Tangan Urus Tadbir Agama Islam Zahid

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 254 hits
MASJID TANAH 23 Jun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin Pakatan Harapan bukan Islam tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran agama Islam Jelas beliau segala hal ehwal agama Islam hanya boleh diurus tadbir oleh mereka yang ber...
Pertambahan Ahli Parlimen Dap Bahayakan Islam

Pertambahan Ahli Parlimen Dap Bahayakan Islam

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 248 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa sekiranya berlaku pindaan Perlembagaan Negara DAP akan lebih berkuasa sekaligus membahayakan orang Islam di negara ini JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtu...
Mujahid S Statement On Xinjiang Has Embarrassed Country Islam Says Khaled Nordin

Mujahid S Statement On Xinjiang Has Embarrassed Country Islam Says Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 278 hits
Umno claims Mujahid Yusof Rawa s use of the term training centre when referring to a controversial camp set up to re educate Muslims in Xinjiang has embarrassed Muslims and the nation Umno vice president Mohamed Khaled Nordin said the state...
10 Peratus Umat Islam Johor Amal Fahaman Liberalisme

10 Peratus Umat Islam Johor Amal Fahaman Liberalisme

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 270 hits
Rata rata pengamal liberal berumur antara 40 dan 50 tahun Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri Johor Tosrin Jarvanthi ISKANDAR PUTERI Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu kira ...
Tarik Balik Kenyataan Buta Tuli Terhadap Umat Islam Xinjiang

Tarik Balik Kenyataan Buta Tuli Terhadap Umat Islam Xinjiang

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 279 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Pendirian Mujahid boleh jejas hubungan dengan negara Islam lain IsmaBANGI Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa berhubung lawatannya ke Xinjiang China baru baru ini disifatkan seb...
Doa Indah Buat Keluarga Sahabat Dan Umat Islam Seluruhnya

Doa Indah Buat Keluarga Sahabat Dan Umat Islam Seluruhnya

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 1895 hits
Sebuah perjalanan hidup yang diberkati dirahmati dan dalam pelukan kasih sayang Allah selalu Itulah harapan dan DOA kita setiap masa kepada Allahu Rabbi Berdoa tanda kita bersyukur hidup penuh tujuan dan mengakui kewujudan dan kebesaran All...
Umno Kenyataan Mujahid Mengenai Xinjiang Malukan Islam Negara

Umno Kenyataan Mujahid Mengenai Xinjiang Malukan Islam Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 301 hits
June 29 2019 11 21 AMNaib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin PETALING JAYA Umno mendakwa tindakan Mujahid Yusof Rawa menggunakan istilah pusat latihan merujuk sebuah kem kontroversi yang ditubuhkan untuk mendidik semula penentang beragama ...
Pengakuan Youtuber Yang Ketahuan Menipu Atas Nama Agama Islam Suaminya Tidak Percaya Tuhan

Pengakuan Youtuber Yang Ketahuan Menipu Atas Nama Agama Islam Suaminya Tidak Percaya Tuhan

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 303 hits
Pasangan poligami YouTuber jadi kontroversi karena ketahuan melakukan penipuan Sepasang suami istri itu dilaporkan berpura pura menjalani hidup Islami hingga mengelabui orang untuk uang Setelah kedok mereka terbuka istri pertama pun mengung...
Hukum Memuat Naik Gambar Perempuan Islam Yang Tidak Menutup Aurat

Hukum Memuat Naik Gambar Perempuan Islam Yang Tidak Menutup Aurat

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 512 hits
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua dengan tipu dayanya Setelah mereka memakan pohon itu terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun daun syurga Aurat menurut bahasa ial...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar