Dap Jahat Sebab Banyak Buat Mungkar
APABILA ADA TUDUHAN PARTI DAP BUAT MUNGKAR, TAPI RAKYAT UNDI JUGA PARTI ITU.JIKA PARTI DAP BUAT MUNGKAR MAKA MENGUNDI PARTI ITU JUGA DIKIRA MUNGKAR. ORANG MUNGKAR PENGISI NERAKA JAHANAM, NAK TAHU DAP MUNGKAR KENA TANYA MOKHTAR SENIK.DALAM PAKATAN HARAPAN RAMAI JUGA ULAMA BERKELIBO. TAPI MEREKA TAK PERNAH KATA DAP BUAT MUNGKAR.ERTINYA DAP BAIIIIIK !-Pak Karamu-Hanya orang buta tak nampak kemungkaran DAP, kata ulama PASNews | Diterbitkan Hari ini 3:58 petang | Dikemaskini Hari ini 3:58 petang Seorang pemimpin kanan PAS hari ini mendakwa, hanya orang "buta" saja yang tidak dapat melihat "kemungkaran" dilakukan salah sebuah parti kerajaan, DAP.
Bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik juga mendakwa menyekat penguasaan DAP ke atas politik umat Islam adalah wajib.
"Kerana itu bermakna menyekat dan menghalang kemungkaran dan pendurhakaan terhadap Allah SWT," katanya dalam satu hantaran di media sosial petang ini.
Terdahulu Mokhtar yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS mengulas mengenai desakan dibuat pemimpin DAP meminta Naib Presiden Umno Ismai Sabri Yaakob menarik balik perkataan jihad dalam ucapannya terhadap PH.
Kata Mokhtar pemimpin DAP terbabit tidak perlu mendesak Ismail Sabri kerana mereka tidak memahami makna halal dan haram.
Jika mahu tahu katanya DAP boleh belajar daripada pemimpin Muslim dalam PH.
"Kalau tiada siapa yang boleh jawab, kamu tanya sahaja menteri agama," katanya sinis dengan merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof.
Untuk rekod Mujahid ialah salah seorang bekas pemimpin kanan PAS yang disingkirkan kumpulan konservatif dalam parti itu pada 2015.
Katanya menolak agenda PH yang didakwanya bercanggah dengan Islam menepati kehendak maksud jihad dalam Islam.
"Jika ada yang berkata apa kemungkaran telah DAP lakukan?
"Maka saya menjawab, hanya orang yang buta matanya dan mata hatinya yang tidak nampak apa yang DAP lakukan yang telah mengancam Islam," katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://abnnasution.blogspot.com/2019/04/dap-jahat-sebab-banyak-buat-mungkar.html