Dap Buat Anwar Dalam Dilema Nantikan Kena Game Dengan Atuk Lagi


DAP hari ini mendedahkan perancangan berkenaan kebuntuan dalam "PH plus" dalam soal calon perdana menteri

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, beberapa minggu ini PH dan sekutunya telah meneroka dua kombinasi pilihan bagi jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri

Kombinasi pertama melibatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya

Bagaimanapun ia tidak menerima sokongan daripada sekutu PH, justeru cadangan baru dibangkitkan, iaitu menggandingkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dengan Anwar sebagai timbalannya

Menurut Loke, ketika mesyuarat "PH plus" pada 9 Jun, kedua-dua pilihan itu dibincangkan dengan Warisan membantah kombinasi Anwar-Mukhriz dan Mahathir mencadangkan beliau diberi masa enam bulan untuk memimpin

Kemudian satu mesyuarat susulan dibuat pada 13 Jun untuk meneliti pilihan kedua iaitu menggandingkan Mahathir bersama Anwar selepas kombinasi Anwar - Muhkriz menemui jalan buntu

Kata Loke, dengan pilihan gandingan Mahathir - Anwar itu, mereka menyerahkan kepada presiden PKR berkenaan untuk membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak

"Tarikh akhir sepatutnya semalam. Tetapi sehingga kini kita tidak mendengar apa-apa dari Anwar secara rasmi. Ini adalah kedudukannya sekarang," katanya

Dengan mengambil kira perkara itu, Loke menggesa PKR agar tidak berlengah dan menyatakan pendirian berkenaan perkara itu

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri pengangkutan itu berkata PKR sepatutnya menyatakan pendiriannya semalam (16 Jun) tetapi setakat ini ia belum disampaikan

Katanya, penting untuk PKR menyatakan sama ada parti itu bersetuju atau tidak dengan cadangan itu

"Perlu ada hala tuju jelas berkenaan langkah ke hadapan. Tidak boleh ada ketidakpastian...Sebaik saja kita buat keputusan, kita boleh melangkah ke depan. Inilah pendirian DAP

"Kami memutuskan untuk bercakap (secara terbuka) hari ini kerana kami mahukan keputusan. Kami mahu tarikh akhir ditepati dan tidak mahu sebarang kepimpinan yang tidak tegas dalam PH," katanya

Terdahulu hari ini, Anwar memohon maaf bagi pihak PH kerana belum dapat memuktamadkan calon perdana menteri

'Warisan bantah kombinasi Anwar-Mukhriz'
Sementara itu, Loke berkata beliau diberi kuasa oleh DAP untuk menyatakan secara terbuka perincian rundingan dalam "PH plus" kerana tarikh akhir 13 Jun untuk PKR sudah berlalu

"Kini masanya untuk meletakkan hal ini dalam perspektif. Kami tidak mahu penyokong kami dalam keadaan terawang-awang. Perlu ada hala tuju jelas daripada kepimpinan. Semua orang keliru dengan apa yang sedang berlaku

"DAP sedia untuk bercakap kerana tarikh akhir telah berlalu semalam. Kami ada tanggungjawab untuk memaklumkan penyokong, anggota Parlimen dan ahli berkenaan apa yang berlaku dan pendirian parti," katanya lagi

Loke menjelaskan bahawa DAP konsisten menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri sejak 7 Januari 2018, ketika Bersatu menyertai PH

Pada hari itu, penandatangan untuk keempat-empat parti menyatakan mereka menyokong Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar akan menggantinya

Sebaik saja selepas "Langkah Sheraton", kata Loke, PH sekali lagi menegaskan sokongan kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baru tetapi ketua pembangkang itu tidak dapat menarik sokongan yang mencukupi

Susulan itu, PH setuju untuk menyokong Mahathir sebagai perdana menteri baru, tetapi ia sudah terlambat memandangkan Istana Negara telah memutuskan pada 29 Februari bahawa Muhyiddin Yassin memiliki cukup sokongan untuk menjadi perdana menteri baru

Selepas pertukaran kerajaan, Loke berkata parti-parti dalam PH serta sekutu mereka meneroka kemungkinan untuk membentuk semula kerajaan demi memenuhi mandat pengundi

Katanya, mengambil langkah sebaliknya merupakan suatu yang tidak bertanggungjawab

"Bagi DAP, kami tidak boleh mengecewakan penyokong kami. Jadi kami perlu mendapatkan semula mandat rakyat

"Kami tidak akan kata kami sedia untuk kekal sebagai pembangkang kerana rakyat mengundi PH untuk menjadi kerajaan

"Mandat kami telah diambil, maka kami perlu cuba yang terbaik untuk mendapatkannya semula," katanya lagi

Ketika peringkat awal perbincangan, Loke berkata PH telah mencadangkan kombinasi Anwar-Mukhriz tetapi Warisan tidak setuju dan maka kombinasi Mahathir-Anwar dibangkitkan

Beliau berkata Warisan tegas mahu Mahathir memimpin kerana parti itu percaya beliau mampu mendapat jumlah sokongan yang diperlukan untuk membentuk majoriti

Mahathir juga mencadangkan beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebelum menyerahkannya kepada Anwar

"Bagi kami, dua pilihan telah pun dibincangkan oleh PH, dan pendirian alternatif (fallback position) kami adalah untuk Mahathir memimpin dan kemudian Anwar mengambil alih selepas satu sela masa

"Selepas keputusan itu, kami memutuskan bahawa kini terpulang kepada Anwar sama ada beliau setuju atau tidak. Tarikh akhir sepatutnya semalam. Setakat ini kami belum mendengar apa-apa keputusan daripadanya," katanya lagi

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/dap-buat-anwar-dalam-dilema-nantikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 416 hits
KENYATAAN MEDIA Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa khususnya mengena...
Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 337 hits
Baru sahaja sebentar tadi PKR mengumumkan nama calon Perdana Menteri mereka iaitu Anwar Ibrahim dengan menolak Tun Mahathir tetapi lain pula yang jadi selepas rakan sekutu PKR iaitu AMANAH dan DAP dikatakan kekal menyokong Tun Dr Mahathir M...
Kenapa Anwar Yang Harus Terima Pilihan Pertama Dan Kenapa Pula Amanah Dan Dap Tidak Mahu Terimanpilihan Kedua

Kenapa Anwar Yang Harus Terima Pilihan Pertama Dan Kenapa Pula Amanah Dan Dap Tidak Mahu Terimanpilihan Kedua

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 378 hits
Zubaidi SudinKITA NAMPAK PUAK AMANAH DAN DAP DESPERATE BETUL KAH TAK boleh move on lagi Kami dah agak dah Depa dok ajak konon kena ada halatuju jelas Move forward bla bla bla temberang jer Bila DSAI dan PKR berlawan arus dengan mereka merek...
Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 346 hits
Adun Sungai Acheh dari PKR Zulkifli Ibrahim berkata tindakan Amanah dan DAP menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri merupakan suatu pengkhianatan kepada parti itu Dalam satu kenyataan di Facebook Zulkifli yang dispekulasi a...
Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 541 hits
Part 1 Part 2 Sheraton Langkawi pulakah Dr Mahathir dipetik sebagai berkata Beliau merujuk kepada ketetapan PKR yang tidak mahu menerima beliau sebagai PM sebaliknya mahukan Anwar Sebenarnya PH ingin dan sudah pun berusaha untuk jatuhkan Mu...
As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 333 hits
DAP and Amanah urged allies in the so called Pakatan Plus grouping to reach a compromise today saying they were duty bound to regain control of the government from the unelected Perikatan Nasional In a joint press statement today Amanah pre...
Drama Pan Dap Bikin Anwar Pusing Daaa

Drama Pan Dap Bikin Anwar Pusing Daaa

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 304 hits
DAP sokong Anwar Amanah sokong Anwar Warisan kekal meneruskan warisan kebudayaan mahathir itu segalanya Mahathir kekal dengan idealoginya mahu kembali menjadi PM tersingkat 6 bulan Apa yang netizen faham mahathir tidak mahu anwar menjadi PM...
We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 310 hits
DAP and Amanah have reiterated their support for Pakatan Harapan chairperson Anwar Ibrahim to be prime minister but also repeated their belief that given the current situation the best tactical move would be to allow for a six month transit...
Pilihan Anwar Jadi Pm Dah Gagal Kata Dap Dan Amanah

Pilihan Anwar Jadi Pm Dah Gagal Kata Dap Dan Amanah

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 409 hits
DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama mereka untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak berjaya mendapat sokongan diperlukan bagi membentuk kerajaan Justeru ia menyebabkan pilihan kedua iaitu Dr Mahahir Mohamad sebag...
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam