Dap Akui Kerjasama Umno Pas Cabaran Kepada Ph


Muhammad Yusri Muzamir
[email protected]
Kon Yeow berucap pada majlis Konvensyen Wanita DAP Pulau Pinang 2019 di Georgetown. - NSTP/Mikail Ong
GEORGETOWN: DAP mengakui pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan terjejas jika cadangan kerajaan campuran antara UMNO dan PAS diperluas ke seluruh negara.

Naib Pengerusinya, Chow Kon Yeow, berkata ia khususnya membabitkan kerajaan negeri pimpinan PH yang hanya mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Sehubungan itu, katanya, kepemimpinan parti tidak boleh terlalu selesa dan perlu disesuaikan dengan perubahan politik semasa bagi memastikan PH terus diberikan mandat untuk mentadbir negeri atau negara pada PRU-15 nanti.

“Kerajaan campuran antara UMNO dan PAS ini mungkin tak jejaskan kedudukan PH sebagai parti pemerintah di peringkat Persekutuan, namun ia mungkin memberi impak ketika kita mahu meluluskan apa-apa rang undang-undang di Dewan Rakyat.

“Semestinya mereka (UMNO dan PAS) akan menimbulkan pelbagai isu untuk menggambarkan seolah-olah PH tak setanding dengan BN dalam menjadi parti pemerintah di negara ini,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Wanita DAP negeri di sini, hari ini.

Semalam, UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir BN dan PAS ketika ini dengan perkara itu kini di peringkat perbincangan selepas ia dikemukakan kepada PAS, baru-baru ini.

Kerjasama kedua-dua parti itu dengan mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah, akan bermula di Terengganu diikuti Pahang, Kelantan dan Perlis.

Sementara di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara PAS, BN dan PH juga sedang teliti sana ada mewujudkan langkah yang sama atau sebaliknya.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi DAP negeri berkenaan turut mengakui cadangan kerajaan campuran itu akan memperkukuhkan lagi kedudukan BN dan PAS di negeri ditadbir kedua-dua parti itu.

“Ini kita faham, tetapi impak dia adalah pada negeri ditadbir PH yang majoritinya kecil. Ia tentu akan menimbulkan ketidakpastian di beberapa negeri yang lebihan kerusinya adalah begitu sedikit ini.

“Perubahan gabungan politik antara UMNO dan PAS ini akan membawa perubahan pentadbiran PH di negeri berkenaan, jika ia diperluas ke seluruh negara.

“Justeru, jangan terlalu selesa, cabaran akan jadi lebih genting dan ia memerlukan komitmen tinggi daripada kita semua untuk menghadapi situasi ini.

“Kita perlu bersatu padu supaya peluang diberikan pada PRU-14 akan membawa perubahan bermakna kepada negara,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/dap-akui-kerjasama-umno-pas-cabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Adun Dap Kaitkan Pembunuhan Di New Zealand Dengan Kerjasama Umno Pas Keterlaluan

Tindakan Adun Dap Kaitkan Pembunuhan Di New Zealand Dengan Kerjasama Umno Pas Keterlaluan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 445 hits
KUALA LUMPUR 15 Mac 8211 Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kenyataan ADUN Mengkibol Chew Chong Sin yang cuba mengaitkan pembunuhan lebih 40 orang umat Islam di New Zealand kepada implikasi yang boleh berlaku d...
Kerjasama Umno Pas Bila Dap Anggap Perang

Kerjasama Umno Pas Bila Dap Anggap Perang

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 501 hits
https i2 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190312 umno pas dap perang jpg fit 600 2C400 ssl 1KENYATAAN supremo DAP Lim Guan Eng bahawa kerjasama UMNO dan Pas satu pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu bukanlah mengejutkan ...
Adun Dap Kurang Ajar Cuba Kaitkan Kerjasama Umno Pas Dengan Serangan Di New Zealand

Adun Dap Kurang Ajar Cuba Kaitkan Kerjasama Umno Pas Dengan Serangan Di New Zealand

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 716 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkibol Chew Song Sin yang menyamakan serangan di Christchurch New Zealand dengan permuafakatan UMNO dan Pas sebelum menarik balik kenyataan itu dalam sebuah portal tempatan disifatkan seba...
Tragedi Berdarah Di New Zealand Adun Dap Kaitkan Kerjasama Pas Dan Umno Melampaunya Viralhancing

Tragedi Berdarah Di New Zealand Adun Dap Kaitkan Kerjasama Pas Dan Umno Melampaunya Viralhancing

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 587 hits
Seorang Adun DAP mendakwa pembunuhan beramai ramai di dua masjid di Christchurch New Zealand seharusnya menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme Chew Chong Sin dalam kenyataannya turut menyatakan keb...
Dr M Akui Kerjasama Umno Pas Menangkan Bn Di Semenyih

Dr M Akui Kerjasama Umno Pas Menangkan Bn Di Semenyih

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 592 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui kerjasama antara Umno dan PAS telah membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil Semenyih Kali terakhir kami menang pada pilihan raya umum ke 14 adalah kerana PAS dan Umno terbahagi dan o...
Kerjasama Umno Pas Pan Yang Komunis Atau Dap Yang Taliban

Kerjasama Umno Pas Pan Yang Komunis Atau Dap Yang Taliban

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 502 hits
Oleh Anuar Shaari 1 DAP tetap DAP Semasa mendominasi pakatan pembangkang dahulu sikap cauvinis mereka amat ketara sekali Kini DAP telah menang pilihan raya dan mendominasi kerajaan Pakatan Harapan sikap mereka tetap sama Mereka tetap cauvin...
Mat Sabu Akui Ph Terancam Dengan Kerjasama Umno Pas

Mat Sabu Akui Ph Terancam Dengan Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 579 hits
SHAH ALAM Pakatan Harapan mengakui terancam dengan kerjasama di antara UMNO dengan Pas dan kegusaran itu diakui Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini Pengakuan Mohamad yang juga Menteri Pertahanan itu sekaligus menjawab segala persoalan men...
Kerjasama Umno Pas Ibarat Perompak Dengan Penipu Khalid Samad

Kerjasama Umno Pas Ibarat Perompak Dengan Penipu Khalid Samad

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 788 hits
PAN menyifatkan penggabungan antara Umno dengan Pas adalah gabungan antara perompak dengan penipu dan bakal menjadi gabungan yang mantap Dalam temubual secara langsung di Jom Channel malam tadi Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad berkata U...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh