Dansa Dan Sing Apa Faedahnya Untuk Agama Bangsa Negara



HALAMAN HIBURAN
Program ini ditayangkan di tv negara..
Hiburan menurut acuan pemikiran barat.
Dansa Dan Sing, apa faedahnya untuk Agama, bangsa, negara?



Rancangan TV. 90% menyukai rancangan TV ini.
PerihalanDansa Dan Sing merupakan sebuah rancangan realiti terbaharu anjuran Astro yang menampilkan elemen seni tari dan nyanyian dalam sebuah program yang berkonsepkan pertandingan. Pengacara bagi rancangan ini adalah Sherry Al Hadad dan Hady Mirza. WikipediaEpisod pertama: 5 Januari 2020Juri: Linda Jasmine; Dato' Rizalman IbrahimPengacara: Hady Mirza; Sherry AlhadadBilangan episod: 8Bahasa: Bahasa MalaysiaNegara asal: Malaysia Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam tidak sekat hiburan, asalkan tidak melalaikan jiwa. Mari kita lihat siaran Majlis Agama Islam Selangor 27 September 2019.

Islam tidak sekat hiburan, asalkan tidak melalaikan jiwa.
ISLAM ialah agama yang sesuai dengan fitrah. Fitrah manusia perlukan hiburan dalam kehidupan. Hiburan ialah sesuatu yang boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran. Pendek kata, apa-apa perkara dan tindakan yang boleh menimbulkan perasaan suka, gembira, seronok dan tenang, ia merupakan suatu hiburan.Islam tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar daripada batas syarak dan tidak lalai daripada melaksanakan perintah agama. Kesederhanaan sangat penting dalam usaha mencari hiburan.ALLAH SWT menjadikan kehidupan dunia penuh dengan keseronokan, permainan dan kelalaian. Semua itu adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan hamba-NYA yang paling baik amalan dan paling bersyukur kepada-NYA. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, ada menceritakan tentang kisah Ummu Mukminin, Aisyah binti Abu Bakar berhibur dengan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita daripada wanita Ansar. Rasulullah SAW membiarkan Aisyah RA mendengar lagu tersebut hinggalah Aisyah RA sendiri merasa cukup dan berlalu dari situ.Rasulullah SAW juga berhibur melalui sukan lumba lari bersama isterinya. Namun begitu Rasulullah SAW mengakui solat merupakan kerehatan dan hiburan sebenar baginda. Ini menunjukkan baginda meraikan hiburan yang berbentuk sederhana walaupun solat merupakan keutamaan dan hiburan paling menyeronokkan baginda.Saidina Ali bin Abi Talib RA juga pernah menyarankan agar hiburkan hati dan mencari hikmah-hikmah yang menarik kerana hati mudah berasa bosan seperti badan yang keletihan. Oleh sebab itu, kita hendaklah memilih jenis-jenis hiburan yang sesuai dan tidak melalaikan jiwa daripada mengingati ALLAH SWT.Hiburan sesuai
Pilihlah hiburan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan seperti bersukan, bergurau senda yang sederhana, mendengar lagu-lagu yang menaikkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara, melihat filem dan drama yang memberi pengajaran dan tauladan atau menyanyi lagu-lagu yang meningkatkan iman kepada ALLAH SWT.Hiburan juga boleh diperoleh melalui aktiviti-aktiviti rekreasi dan lasak seperti berbasikal, berkuda, memanah, bermotosikal, mendaki gunung dan lain-lain.Melancong dan bercuti menikmati permandangan yang indah dan menarik juga antara bentuk hiburan yang memberi ketenangan kepada jiwa.Aktiviti hiburan seumpama itu diterima dalam Islam sebagai amalan yang harus dan digalakkan. Bagaimanapun, aspek kesederhanaan sangat ditekankan dalam Islam bagi menjamin kesejahteraan hidup.Dalam kehidupan seharian, kita terdedah dengan berbagai-bagai jenis hiburan yang melalaikan. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, kita akan hanyut dan leka sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab.Gelombang Revolusi Industri 4.0 menyajikan hiburan yang sangat banyak dan melekakan. Aktiviti hiburan hari ini bukan lagi bersifat fizikal seperti dulu. Banyak hiburan boleh dicapai hanya melalui hujung jari sahaja. Ini juga cabaran yang mendepani generasi muda pada hari ini.Penggunaan gajet seperti telefon pintar, laptop dan komputer sebagai alat yang menyalurkan hiburan berterusan sepanjang waktu. Tanpa disedari, kita telah menghabiskan begitu banyak masa dan waktu melayani kawan-kawan melalui media sosial seperti Facebook, WeChat, Telegram, Instagram, WhatApps dan lain-lain. Termasuk juga melayari YouTube, permainan dan berbagai-bagai hiburan lain.Kajian menunjukkan masa seorang wanita menggunakan telefon pintar lebih kurang 6 jam 57 minit dalam masa sehari semalam. Situasi itu tidak sihat kepada minda dan hubungan sosial bersama keluarga dan anak-anak.Kajian juga menunjukkan tempoh yang selamat bagi penggunaan telefon pintar adalah bawah 4 jam sehari semalam. Begitu juga pendedahan gajet seperti telefon pintar yang terlalu awal kepada anak-anak adalah tidak sihat dan berbahaya kepada minda dan emosi mereka. Kesannya akan berpanjangan sehingga mereka dewasa dan menjadi antara faktor hilang fokus dalam kehidupan dan pekerjaan.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 dan 13 Mei 1981 telah meletakkan beberapa garis panduan bagi mereka yang suka kepada hiburan dalam bentuk nyanyian seperti yang berikut:1. Nyanyian yang seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;2. Jika nyanyian seni katanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;3. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.Kesimpulannya, hiburan adalah perkara yang dibenarkan dalam Islam selagi mana ia tidak melanggar batas syarak, dilakukan secara sederhana dan tidak melalaikan daripada tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.Lihat ini juga..
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3570-bayan-linnas-siri-ke-197-islam-dan-muzik

Lihat lagi..E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/dansa-dan-sing-apa-faedahnya-untuk_24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasib Umat Islam Nak Kenal Agama Di Negara Sendiri Ini

Nasib Umat Islam Nak Kenal Agama Di Negara Sendiri Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 340 hits
Cikgu tolong ajar saya mengaji CIKGU tolong ajar saya mengaji Saya nak bawa ibu pergi umrah dan haji satu hari nanti kata Khairul Yap pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur Dia yang baru kematian ...
Keputusan Pemenang Dansa Dan Sing Musim Pertama Juara Membawa Pulang Rm100 000 Dan Trofi

Keputusan Pemenang Dansa Dan Sing Musim Pertama Juara Membawa Pulang Rm100 000 Dan Trofi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 518 hits
Keputusan Pemenang Dansa dan Sing Musim Pertama Sedar tak sedar malam ini adalah konsert akhir untuk program realiti Dansa dan Sing yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam Untuk konsert akhir finalis diberikan tiga tugasan...
Tahniah Sophia Liana Budak Ngam Juara Dansa Dan Sing Musim Pertama 2020

Tahniah Sophia Liana Budak Ngam Juara Dansa Dan Sing Musim Pertama 2020

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 731 hits
Tahniah Sophia Liana Budak Ngam Juara Dansa Dan Sing Musim Pertama 2020 Setelah 8 minggu mengikuti program realiti anjuran Astro iaitu Dansa Dan Sing
Agama Bangsa Dipijak Tapi Masih Ada Kata Tak Mengapa

Agama Bangsa Dipijak Tapi Masih Ada Kata Tak Mengapa

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 268 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Ultra kiasu makin kuat sehingga kerajaan terpaksa mengalahBANGI Apa sudah jadi dengan negara seolah olah tidak diperintah oleh kerajaan yang sebenar tetapi oleh ultra kiasu yang tidak pernah setia kepada negara Agama...
Pengalaman Sebagai Penari Membawa Tuah Kepada Sophia Liana Juara Dansa Dan Sing

Pengalaman Sebagai Penari Membawa Tuah Kepada Sophia Liana Juara Dansa Dan Sing

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 555 hits
PENYANYI yang juga anggota kumpulan DeFam Sophia Liana dan Budak Ngam dinobatkan juara sulung program Dansa Dan Sing sekali gus membawa pulang hadiah RM100 000 serta trofi Sophia bersama Budak Ngam mendapat markah tertinggi dengan jumlah 67...
3 Arti Penting Perdamaian Dunia Bagi Kemajuan Sebuah Negara

3 Arti Penting Perdamaian Dunia Bagi Kemajuan Sebuah Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 363 hits
Bisakah kamu jelaskan penting perdamaian dunia bagi kemajuan sebuah negara Pertanyaan ini sering di ajukan oleh pelajar di forum pembelajaran online dan jawabannya juga telah tersedia di sana Mungkin jawaban itulah yang dipakai secara beram...
Ma Ruf Amin Ingin Indonesia Jadi Negara Berpenghasilan Tinggi

Ma Ruf Amin Ingin Indonesia Jadi Negara Berpenghasilan Tinggi

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 187 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin ingin Indonesia bisa menjadi negara berpenghasilan tinggi Dia ingin Indonesia ke depan lebih sejahtera dan tidak hanya pada posisi negara berpenghasilan menengah
Jawaban Negara Asia Tenggara Sebelah Timur Laos

Jawaban Negara Asia Tenggara Sebelah Timur Laos

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 463 hits
Negara Asia Tenggara apakah yang terletak di sebelah timur Laos Pertanyaan ini sering muncul pada pelajaran IPS SMP Kelas IX dan permainan teka teki silang Laos adalah sebuah negara yang terletak di benua Asia bagian tenggara yang berbatasa...
Peguam Negara Robek Undang2 Pengecut P Pas Sokong Kdn

Peguam Negara Robek Undang2 Pengecut P Pas Sokong Kdn

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 270 hits
M sia tak perlukan Peguam Negara pengecut tiada integriti DEWAN Pemuda PAS Malaysia mempertikai keputusan Peguam Negara menghentikan prosiding terhadap 12 tertuduh berkaitan kes LTTE Pemuda PAS berasa sangsi dengan keputusan Peguam Negara L...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord