Dana Judi Bersatu Bidas Pmx Seorang Pembohong Mahu Ambil Tindakan Saman


agendaily.com26/05/2023
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Susulan pengesahan tiada bukti mengaitkan dana judi dengan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen semalam, Bersatu membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pembohong dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata jawapan rasmi di Parlimen adalah bukti selama ini Perdana Menteri (PMX) membuat tuduhan yang tidak berasas dan satu rekaan semata-mata untuk memburukkan lawan politiknya.

“Jawapan bertulis Datuk Sri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat, bertarikh 25 Mei 2023 itu juga secara terang lagi bersuluh mengesahkan bahawa tuduhan Anwar Ibrahim ke atas Perikatan Nasional pada 5 Disember 2022 dan diulanginya pada 6 Disember 2022 adalah rekaan serta pembohongan semata-mata.

“Sama sebagaimana beliau tanpa rasa bersalah membohongi rakyat dengan pelbagai janji yang tidak ditunaikan seperti janji turun harga minyak, janji selesaikan kos sara hidup, janji menentang nepotisme, dan janji perangi rasuah tetapi melantik Timbalan Perdana Menteri yang terbukti terdapat prima facie dan sedang membela diri terhadap 47 pertuduhan di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata rakyat perlu mengajar kerajaan campuran semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti kerana berbohong dan mengesahkan Bersatu sedang menimbang tindakan undang-undang terhadap Anwar.

“Kezaliman Anwar Ibrahim ini perlu dihukum secara total oleh rakyat terutamanya dalam pilihan raya di enam buah negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi dan kami di Perikatan Nasional sebagaimana telah dijelaskan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, sedang menimbangkan tindakan undang-undang ke atas Anwar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hamzah juga berkata pendakwaan yang dilakukan terhadap pemimpin Bersatu dan PN juga adalah siri pembohongan yang dibuat oleh kerajaan campuran diterajui Anwar.

“Makanya, pendakwaan ke atas pemimpin Bersatu dan Perikatan Nasional khususnya ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan kesinambungan kepada siri pembohongan, fitnah serta konspirasi jahat kerajaan campuran PH-BN dengan menyalahgunakan agensi penguatkuasa dan sistem mahkamah,” katanya lagi.

Semalam, Dewan Rakyat diberitahu tiada sebarang bukti ditemui bagi mengaitkan dana judi yang diterima PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Dalam jawapan secara bertulis itu Azalina mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang maklumat atau bukti berhubung dana judi seperti yang pernah didakwa oleh Anwar sebelum ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya dalam jawapan bertulis tersebut.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen PRU yang lepas.

Pada Disember tahun lalu, beberapa media melaporkan Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/dana-judi-bersatu-bidas-pmx-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dana Judi Jangan Cepat Sangat Nak Saman Sprm Boleh Buka Fail Bila Bila Masa

Dana Judi Jangan Cepat Sangat Nak Saman Sprm Boleh Buka Fail Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 212 hits
Malaysiakini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman berkata dia tidak pernah menyatakan siasatan isu pendanaan pilihan raya daripada syarikat perjudian sudah ditamatkan atau digugurkan Sebaliknya kata ahli parlimen Pengerang itu ...
Dana Judi Anwar Cabar Muhyiddin Supaya Teruskan Saman

Dana Judi Anwar Cabar Muhyiddin Supaya Teruskan Saman

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 208 hits
Anwar jawab PN Silakan tapi saya tak buat kenyataan tanpa asasYasmin RamlanSehari selepas didesak meminta maaf dan diberi kata dua tidak ada tanda Anwar Ibrahim akan melayan tuntutan dibuat pihak PN berhubung kenyataannya mengaitkan parti i...
Azalina Nafi Kata Sprm Gugur Siasatan Dana Syarikat Judi Ke Atas Pn

Azalina Nafi Kata Sprm Gugur Siasatan Dana Syarikat Judi Ke Atas Pn

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 213 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said menafikan pernah menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggugurkan siasatannya ke atas dakwaan Perikatan Nasional menerima dana daripada syarikat...
Awas Kes Pn Terima Dana Judi Sebenarnya Belum Ditutup Lagi

Awas Kes Pn Terima Dana Judi Sebenarnya Belum Ditutup Lagi

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 187 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman berkata dia tidak pernah menyatakan siasatan isu pendanaan pilihan raya daripada syarikat perjudian sudah ditamatkan atau digugurkan Sebaliknya kata ahli parlimen Pengerang itu jawapan terse...
7 Polis Termasuk Seorang Pegawai Ditahan Disyaki Terlibat Judi Ekor Haram

7 Polis Termasuk Seorang Pegawai Ditahan Disyaki Terlibat Judi Ekor Haram

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 279 hits
SAFINA RAMLIGEORGE TOWN Seorang pegawai dan enam anggota polis sebuah balai polis di kawasan Timur Laut di sini ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti judi ekor haram Selain mereka lima orang awam turut ditahan kerana dipercayai te...
Pn Terima Dana Judi Sprm Kini Perlu Segera Ambil Maklumat Daripada Anwar

Pn Terima Dana Judi Sprm Kini Perlu Segera Ambil Maklumat Daripada Anwar

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 224 hits
Di sebalik tiada kertas siasatan dibuka dan diancam mahu disaman kemudian ditegaskan oleh Azalina Othman Said bahawa siasatan tidak pernah digugurkan Anwar Ibrahim nampaknya tidak berganjak daripada penegasan bahawa dakwaannya yang menyebut...
Tiada Bukti Pn Terima Dana Syarikat Judi Sprm

Tiada Bukti Pn Terima Dana Syarikat Judi Sprm

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa parti Perikatan Nasional menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Menteri di Jabatan Per...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package