Damba Cintamu Single Terbaru Alif Satar Dan Raihan Menampilkan Neelofa
Damba CintaMu Single Terbaru Alif Satar Dan Raihan Menampilkan Neelofa | Sebenarnya dah lama nak menulis tentang Alif Satar yang menjadi selebriti yang cukup dikagumi ramai yang punya peribadi yang cukup menarik dan tanpa kontroversi.
Teringat dulu pernah berjiran dengan keluarganya sebelum mereka berpindah. Kerap juga bapanya bermain alat muzik kalau tak silap keyboard sambil menyanyi dan salah kalau dikatakan bakat Alif tu turun dari bapanya yang punya suara yang bagus dan kalau tak silap kedua-dua orang tuanya merupakan guru sekolah khas dan kemudian bapanya menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran selepas pulang dari United Kingdom
Lirik Damba CintaMuTuhanku ampunkanlah segala dosakuTuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMuKusering melanggar laranganmuDalam sedar ataupun tidakKusering meninggalkan suruhanMuWalau sedar aku milikMu
Tuhanku ampunkanlah segala dosakuTuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembaliKepada fitrah sebenarPagiku ingat petang ku alpaBegitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlahDiri ini Yang mendamba cintaMuAku lemah Aku jahilTanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMuSering jua kumemungkiriKu pernah menangis keranaMuKemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kembaliKepada fitrah sebenarPagi ku ingat petang ku alpaBegitulah silih berganti
Oh Tuhanku, kau pimpilah diri iniYang mendamba cintaMuAku lemah aku…
Lagu ni dah lama dan khabarnya memang Alif berhasrat nak berkolaborasi bersama Raihan dan paling menarik kali ni video clip turut menampilkan Neelofa..aduhh cantik sungguh.
Damba CintaMu Single Terbaru Alif Satar Dan Raihan Menampilkan NeelofaSaja nak kongsi gambar dia masa kecil dulu dan ada beberapa gambar lagi tapi cukuplah yang satu ni boleh kenal siapa dia dengan mata bulat tu kan.
Alif Satar punya 3 adik perempuan yang punya nama unik Mim, Ain dan Jim dan teringat dulu saya pernah bertanya pada salah seorang dari mereka kalau ada adik lagi nak letak nama apa..lalu dijawab wassalammu.
Memang tak sangka sungguh yang Alif Satar yang dulu berjiran sekarang punya nama yang besar dalam Malaysia dan industri muzik tanahair. Tapi apa yang pasti Alif Satar sangat humble dan pernah berjumpa dengan en hubby malah masih mengenali hubby siap berkirim salam pada Ayong dan saya. Malah sewaktu terserempak dengan Ayong di Prima Valet Wangsa Maju pun dia masih mengenali dan sempat la bertegur sapa dan bergambar. Bangga ya..memang bangga selain dia masih mengenali dan bangga sebab dia tak sombong! All the best to Alif Satar dan semoga terus berjaya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2020/04/damba-cintamu-single-terbaru-alif-satar.html