Dalam Sehari 100 Keping Lampin Sediakan 6 Liter Susu Kembar 9 Pecah Rekod Dunia
Ini yang dinamakan rezeki! Kelahiran bayi kembar memberi kegembiraan buat pasangan suami isteri apabila anak yang dilahirkan bukan kembar dua atau tiga tetapi terus dapat sembilan.
“Melahirkan seorang anak sudah cukup sukar. Inikan pula sembilan anak, tidak dapat dibayangkan,’ kata Halima, 26, ibu kepada bayi kembar sembilan yang memecah rekod dunia sebagai kembar paling ramai.
Setelah melahirkan Mei lalu di sebuah di Casablanca, Morocco, Halima Cisse, 26, dan bayi-bayinya akhirnya dibenarkan pulang.
“Sungguh mengagumkan jumlah kakitangan yang terlibat dalam menjaga mereka. Saya berterima kasih kepada pasukan perubatan yang bekerja keras dan kerajaan Mali kerana membiayai kelahiran ini,” kata isteri kepada tentera laut, Abdelkader Arby, 35.
Daripada sembilan kembar, empat adalah lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Daripada sembilan, empat adalah lelaki
Manakala lima daripadanya adalah perempuan diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50. Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Lima perempuan yang masing-masing membesar dengan sihat walaupun awal kelahiran peluang hanya 50-50
Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan. Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja.
Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean. Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.
Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.
Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Halima dan suami, Abdelkader
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.
Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Kredit: Daily Mail; Sinar Plus
ARTIKEL MENARIK [“Suami Tetap Puji Cantik..” Pembawakan Baby, Mama Reda Muka Berkedut & Bengkak]
BACA JUGA [Dr Jelaskan Bayi Tidur Tak Lena, Punca Berat Tak Naik Cantik. Bukan Sebab Susu!]
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
The post Dalam Sehari 100 Keping Lampin, Sediakan 6 Liter Susu, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dalam-sehari-100-keping-lampin-sediakan-6-liter-susu-kembar-9-pecah-rekod-dunia/