Dalam Pantang Biar Ada Orang Jaga Bukan Isteri Manja Risau Emosinya Belum Pulih


 
Berpantang selepas bersalin tak boleh malas, tak boleh culas atau pun sekadar ala kadar saja kerana bimbang kesannya di kemudian hari. Lagi-lagi bagi ibu yang berpantang sendiri.
Banyak kes ibu lepas bersalin meroyan dan macam-macam emosi dirasai sehingga diri pun jadi tak terurus dan anak dibiarkan. Dalam hal ini peranan suami sangat penting. Sebenarnya tak ada masalah nak pantang sendiri atau nak pantang di rumah ibu bapa.
Cumanya jika nak berpantang sendiri, pastikan mental dan fizikal kita bersedia dan suami kena ringan tulang, ambil berat serta selalu ada jika isteri rasa penat.

Perkongsian dari Dr Farhanah Ibrahim berkenaan Bahaya Ibu Berpantang Jika Dibiar Bersendirian ini perlu diambil tahu oleh semua pasangan yang akan menjalani tempoh berpantang.
Pengalaman sendiri masa berpantang anak 1st #iffahsolehah dulu pun sangat mencabar. Lepas discharge wad kakhana balik rumah, duduk seorang dengan baby. Suami kerja, mak pun kerja.
Mencabar jugak 1st time mom ni hentam berpantang sendiri. Tapi alhamdulillah masa tu ada yang ziarah. Satu hari tu kawan baik hati tolong belikan makanan. Ada kawan yang postcall sanggup datang ziarah baby.
Tak sempat kakhana nak sunyi sangat. Lepas seminggu, suami hantar balik Arau rumah mak mertua, sambung pantang sana.
Syukur tak ada kejadian yang tak diingini berlaku. Tapi kalau ikutkan, ibu berpantang ni bahaya tau kalau dibiarkan sendirian.
Tukang urut cerita banyak kes yang dia dapat, ada ibu sampai dengar suara bisikan, nak cekik anak dan sebagainya. Nauzhubillah.
3 BAHAYA TINGGALKAN IBU BERPANTANG SENDIRIAN
1. #STRESS YANG MELAMPAU
Sakit bersalin tak hilang lagi. Datang pulak sakit rengat. Pastu sembelit. Luka tak cantik, terbuka semula. Kena cuci pulak hari-hari kat KK.
Baby menyusu tak melekap elok. Nipple crack, luka berdarah teruk. Bengkak susu sampai demam. Dalam keadaan sakit teramat, baby pulak meragam. Menangis sepanjang malam.
Ada suami yang memahami dan sama-sama tolong salinkan lampin, dodoi dan tenangkan baby, alhamdulillah.
Ada suami pulak yang terus keluar dan tidur bilik lain tinggal isteri terkontang-kanting, sebab tak tahan dengar baby nangis.
Allahu akbar. Waktu genting macam ni kalau tak ada support especially dari suami dan famili, boleh breakdown sang isteri.
2. POSTPARTUM #BLUES
Stress yang melampau boleh bawak kepada postpartum blues. Kecelaruan emosi yang bercampur baur jadi lebih teruk disebabkan paras hormon yang berubah mendadak lepas bersalin, ibu pulak masih sakit, tak cukup rehat, rasa terasing dan lain-lain.
Postpartum blues ni boleh berlaku ke atas 80% ibu dan biasanya akan hilang menjelang 2 minggu lepas bersalin.
3. POSTPARTUM #DEPRESSION (PPD)
Ni yang kita sebut gila meroyan. Simptomnya lebih teruk dari sekadar stress dan baby blues, dikatakan 10-20% wanita mengalaminya lepas bersalin tapi actually ramai lagi yang tak didiagnos.
Dalam PPD, ibu-ibu boleh hilang pertimbangan. Ada yang dah tak peduli pasal baby dan anak-anak. Ada yang menangis sepanjang hari. Ada yang rasa nak bunuh diri (suicide) atau bunuh baby (infanticide).
PPD juga boleh dapat postpartum psychosis (i. e. dah mula ada halusinasi).
Kadang tak sedar dia dah cekik anak. Kadang datang bisikan suara suruh kelar leher baby.
Waktu ni ibu dah takda rasa bersalah sebab dia dalam satu mental state yang tak waras.
Nauzhubillah, nauzhubillah, nauzhubillah min zhalik.
PPD yang teruk perlu dapatkan rawatan di hospital dan mungkin baby perlu dipisahkan dari ibu untuk elakkan kejadian tak diingini.
Ada suami mungkin beranggapan “alah bini aku mesti dah expert, takkan nak meroyan jugak, ni dah anak no. 5 kot!”

Bayangkan kalau ibu berpantang perlu uruskan baby DAN anak-anak kecik yang lain seorang diri, tentunya mencabar juga.
Ketahuilah, setiap kali bersalin tetap ada risiko ibu berpantang mengalami stress, baby blues atau PPD.
Tak kisah anak no. 1, no. 2, atau no. 8 sekalipun, semua ada cabaran tersendiri. Setiap anak dan setiap kelahiran tak sama.
Ok, ada lagi satu bahaya, no. 4. Yang ni pelik sikit. Ibu sihat dan happy, luka pun dah baik, najis lembut tak sembelit, rengat tak ada, bengkak susu pun sikit-sikit saja.
Bila ibu ni dibiar sendirian, mungkin dia akan menggunakan kad kredit suami untuk shopping online bagi mengisi masa lapang sepanjang berpantang.
Ni pun bahaya juga takut kang tau-tau je tetiba card credit dah exceed limit
Ok no. 4 ni gurau, kalau ye pun apa salahnya reward isteri sebab lahirkan anak-anak kita kan
Tapi no. 1-3 tu serius, jadi suami tolong pantau isteri-isteri anda lepas bersalin.
Nampak tanda-tanda pelik sikit, isteri mula senyap, nampak stress, asyik menangis, rasa nak marah pada suami dan baby, etc. Please get help and support.
Kalau Allah sendiri pun iktiraf pengorbanan wanita dalam Quran sebagai wahnan ‘ala wahnin, kesusahan atas kesusahan. Mengandung, berpantang, pastu menyusu pulak sampai 2 tahun atau lebih.
Jadi suami pun bolehlah hargai isteri dan support mental, fizikal & emosinya especially sepanjang mengandung, berpantang, dan menyusu.
Sumber: Dr Farhanah Ibrahim
The post Dalam Pantang Biar Ada Orang Jaga. Bukan Isteri Manja, Risau Emosinya Belum Pulih appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dalam-pantang-biar-ada-orang-jaga-bukan-isteri-manja-risau-emosinya-belum-pulih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Jadi Kerusi Manusia Biar Isteri Hamil Kepenatan Duduk Sebentar Rehatkan Diri

Lelaki Jadi Kerusi Manusia Biar Isteri Hamil Kepenatan Duduk Sebentar Rehatkan Diri

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 406 hits
Wanita mengandung didapati cepat letih adalah kerana perubahan hormon yang berlaku keatas diri mereka terutama di awal kehamilan mereka Oleh itu wajar sekiranya kita menghormati mereka dengan memberikan beberapa kelebihan kepada mereka teru...
Isteri Amanah Allah Bukan Kita Suka Kita Jaga Tak Suka Ceraikan Ustaz Ebit Lew

Isteri Amanah Allah Bukan Kita Suka Kita Jaga Tak Suka Ceraikan Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1264 hits
Penceramah bebas Da i Farhan disahkan sudah menceraikan isteri pertamanya Fatin Nurul Ain menerusi voice note Whatsapp Perkara itu turut diakui oleh Fatin menerusi Facebooknya hari ini Pendakwah terkemuka Ustaz Ebit Lew mengulas tindakan te...
Masa Hamil Atau Menyusu Stres Anak Akan Kerap Menangis Penting Suami Jaga Emosi Isteri

Masa Hamil Atau Menyusu Stres Anak Akan Kerap Menangis Penting Suami Jaga Emosi Isteri

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 484 hits
Happy wife happy life Bila isteri stres suami stres anak stres anak yang disusukan stres anak dalam kandungan juga stres Tapi bila suami stres keadaan rumah tangga kurang stres berbanding bila isteri stres Ia adalah kajian yang dilakukan ol...
Biar Anak Mahir Banyak Ilmu Tahu Rasa Susah Kelak Jadi Suami Bertanggungjawab Pada Isteri

Biar Anak Mahir Banyak Ilmu Tahu Rasa Susah Kelak Jadi Suami Bertanggungjawab Pada Isteri

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 396 hits
Menjadi suami mithali penyayang dan bertanggungjawab dalam rumah tangga bukan datang daripada tempoh yang singkat Ilmu yang datangnya dari sejak kecil lagi sebenarnya perlu ditanam dalam diri anak anak kita supaya kelak mampu menjadi anak d...
Jangan Biar Isteri Uruskan Semua Hal Suami Pun Kena Take Part

Jangan Biar Isteri Uruskan Semua Hal Suami Pun Kena Take Part

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 568 hits
Suami isteri ditakdirkan untuk menjadi pelengkap antara satu sama lain Sesuatu hubungan yang bahagia tidak perlu dinilai dengan kemewahan material semata mata tetapi jumlah perhatian yang diberikan kepada pasangan kita Sebagai suami contohn...
Mati Mati Lu Mati Isteri Pukul Berkali Kali Guna Tongkat Stress Jaga Suami Sakit

Mati Mati Lu Mati Isteri Pukul Berkali Kali Guna Tongkat Stress Jaga Suami Sakit

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 1355 hits
Tular satu video di Twitter menunjukkan seorang isteri memukul suaminya yang sedang duduk di atas sofa Menurut Detik Juliana 35 dah tak tahan menjaga suaminya yang mengalami strok dan alzheimer Video itu memang dirakam sendiri wanita terseb...
Belum Habis Pantang Aeril Zafrel Minta Tambah Anak Lagi

Belum Habis Pantang Aeril Zafrel Minta Tambah Anak Lagi

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 368 hits
Baru saja menyambut cahaya mata ketiga pada 1 Disember lalu Aeril Zafrel meluahkan hasratnya mahu menambah lagi anak untuk mencukupkan empat Wawa The post appeared first on
Isteri Baru Da I Farhan Dedah Ini Perkahwinan Kali Ketiga

Isteri Baru Da I Farhan Dedah Ini Perkahwinan Kali Ketiga

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 531 hits
Nampaknya masih belum reda lagi mengenai kontroversi rumah tangga Da i Nik Farhan yang mengumumkan sudah pun berkahwin dengan seorang janda anak lapan The post appeared first on
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023