Dalam Keadaan Kalah Ph Masih Tak Sehaluan Banyak Hal Dan Terus Bergaduh



Sayap Wanita dan Pemuda Amanah tampil membela timbalan presiden mereka Salahuddin Ayub yang berkata PH sedia menerima Bersatu Johor kembali.

Dalam kenyataan bersama hari ini, jurucakap Wanita dan Pemuda Amanah berkata kenyataan Salahuddin berkenaan perkara itu merupakan "suatu yang kerap dibincang dan ditekankan oleh Majlis Presiden PH sejak awal".

"Bahkan (ia dibincangkan) dalam mesyuarat Majlis Presiden PH bersama Dr Mahathir Mohamad yang telah diadakan pada 29 Februari 2020 yang lalu di Yayasan Al Bukhari, Kuala Lumpur," kata Aiman Ketua Wanita Amanah Athirah Sabu dan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin.

Kenyataan itu sebagai respons kepada Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Ahmad Syukri Che Razab yang membidas Salahuddin.

Ahmad Syukri dalam kenyataannya hari ini menegaskan bahawa AMK menolak idea untuk menerima kembali Bersatu sebagai anggota PH.

Ahmad Syukri juga menyifatkan idea itu sebagai tidak bermaruah dan perlu ditolak oleh Majlis Presiden PH.

"AMK juga menggesa jika masih ada pemimpin dalam PH yang masih bermimpi untuk kembali menjadi kerajaan bersama Bersatu sama ada di peringkat pusat atau negeri, maka pemimpin tersebut boleh meninggalkan PH dan melompat ke Bersatu, Umno, PAS atau bersama gerombolan Azmin Ali," katanya.

Mengulas lanjut, sayap Wanita dan Pemuda Amanah berkata, Ahmad Shukri mungkin terkhilaf sambil menyorot bahawa Salahuddin bukan orang yang bertanggungjawab meruntuhkan PH.

Mereka juga berkata Salahuddin menganggotai Majlis Presiden PH dan menurut mereka, sudah tentu memahami, menjiwai semangat dan idea yang ada dalam majoriti kepimpinan Majlis Presiden PH.

"Sejauh yang kami lihat dan cermati, apa yang disuarakan oleh Salahuddin itu adalah selari dengan semangat dan perbincangan dalam Majlis Presiden PH," kata mereka.

Bukan semua pemimpin Bersatu sokong Muhyiddin

Justeru, kata mereka lagi, keutamaan buat PH adalah mengembalikan mandat rakyat dalam pilihan raya umum lalu dan "membawa kembali mereka yang tersilap dan terkhilaf ke landasan asal".

"Selepas terpesona akibat mimpi-mimpi indah yang digambarkan kepada mereka oleh sosok-sosok tertentu, mereka perlu dikejutkan dan dibawa keluar daripada mimpi-mimpi itu yang kini ternyata sudah bertukar menjadi mimpi ngeri.

"Umum menyedari bahawa bukan semua pemimpin dan ahli Bersatu yang bersama pengkhianatan yang telah berlaku, sama sepertimana bukan semua pemimpin dan ahli PKR yang khianat," katanya.

Mereka juga menyorot bahawa Bersatu kini terpecah kepada dua kumpulan iaitu, penyokong Mahathir dan penyokong Muhyiddin Yassin.

"Kita perlu fokus dan berjiwa besar untuk memperkukuhkan sebuah perjuangan dan kerjasama politik yang juga besar.

"Ini wajar difahami secara jujur, bertanggungjawab dan tenang oleh semua kita, khususnya anak-anak muda. Politik yang sangat dinamik dan sangat seni ini perlu diurus dengan minda yang bugar dan sedar," kata mereka.

Salahuddin sebelum ini berkata PH bersedia menerima semula Bersatu Johor kembali dalam gabungan mereka.

Kenyataan bekas menteri itu hadir di tengah-tengah ketegangan hubungan Umno dan Bersatu di Johor susulan pelantikan politik di agensi kerajaan.

Bersatu Johor sebelum ini mendakwa pelantikan politik, termasuk untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, tidak dilakukan secara adil dan menuduh Umno mengetepikan parti mereka.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu, pada Feb lalu membawa partinya keluar daripada PH, yang menyaksikan kerajaan PH tumbang.

Bersama sekumpulan bekas ahli parlimen PKR yang dipimpin Mohamed Azmin Ali, Bersatu menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional bersama BN, PAS, Umno dan GPS pada Mac lalu.

Bagaimanapun Mahathir, yang juga pengerusi Bersatu, dan penyokongnya tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.Ahli parlimen Langkawi itu baru-baru ini mengesahkan akan duduk di kerusi pembangkang pada sidang parlimen 18 Mei ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/dalam-keadaan-kalah-ph-masih-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebajikan Pelajar Masih Terkandas Di Kampus Terus Dijaga

Kebajikan Pelajar Masih Terkandas Di Kampus Terus Dijaga

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 385 hits
BANGI 28 APRIL Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad memberi jaminan kebajikan kesemua penuntut yang masih berada di Institusi Pendidikan Tinggi ketika ini sentiasa terpelihara dan dijaga Jangan risau anak anak tuan dan puan yang ...
5 Hal Misterius Istri Kim Jong Un Yang Masih Jadi Tanda Tanya Tidak Ada Yang Tahu Identitas Aslinya

5 Hal Misterius Istri Kim Jong Un Yang Masih Jadi Tanda Tanya Tidak Ada Yang Tahu Identitas Aslinya

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 351 hits
Setelah menikah dengan orang nomor 1 di Korea Utara kehidupan Ri Sol ju berubah drastis Dia harus mematuhi berbagai aturan yang nggak lazim
Banyak Alasan Untuk Umno Terus Sokong Muhyiddin Pn

Banyak Alasan Untuk Umno Terus Sokong Muhyiddin Pn

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 436 hits
Saya ingin merujuk kenyataan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang mengandaikan Perikatan Nasional tidak akan dapat bertahan sehingga pilihan raya umum ke 15 2 atau 3 tahun lagi Seperti dilaporkan beberapa portal berita pemimpin DAP itu an...
Ketahui 5 Hal Penting Seputar Tv Yang Bisa Memutar Film Menggunakan Flashdisk Via Usb Port

Ketahui 5 Hal Penting Seputar Tv Yang Bisa Memutar Film Menggunakan Flashdisk Via Usb Port

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 351 hits
Source images www samsung com Karena kemajuan teknologi televisi saat ini sehingga memungkinkan kita untuk bisa menonton film di televisi dengan mudah cepat dan praktis Berbeda dengan teknologi televisi terdahulu yang masih harus menggunaka...
Food Runner Kecewa Pelanggan Order Banyak Tapi Beri Alamat Palsu

Food Runner Kecewa Pelanggan Order Banyak Tapi Beri Alamat Palsu

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 339 hits
Seorang penghantar makanan di Singapura mendakwa bahawa dirinya telah ditipu selepas pelanggan yang membuat pesanan tersebut memberi alamat palsu Penghantar makanan tersebut menerusi perkongsian di akaun media sosialnya mendedahkan bahawa i...
Tiada Apa2 Perbincangan Berkenaan Hal Rujuk Kembali Bekas Isteri Da I Farhan

Tiada Apa2 Perbincangan Berkenaan Hal Rujuk Kembali Bekas Isteri Da I Farhan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 411 hits
Sejak beberapa hari lepas nama Da i Farhan kembali mendapat liputan media susulan kenyataan isterinya Noorainul Naqim Mohd Radzi nbsp atau Dr Erin yang mengakui sudah berpisah dengan pendakwah muda itu Nama bekas isteri Da i Farhan juga tur...
Hiburan Tiada Masalah Bekerja Dengan Fauziah Ahmad Daud Khai Bahar Tak Mahu Masuk Campur Hal Lain

Hiburan Tiada Masalah Bekerja Dengan Fauziah Ahmad Daud Khai Bahar Tak Mahu Masuk Campur Hal Lain

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 524 hits
Dikhabarkan semua barisan pelakon dan pihak produksi yang terlibat dengan pementasan teater Korupsi Dewan Senandung sedang mengalami masalah dengan Fauziah Ahmad Daud dek kerana bayaran yang sekian lama tertangguh Setelah berita ini terseba...
Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir Feby Putri Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok

Jadi Hanya Ada Bukan Hidup Ibu Malaysia Berhutang Rm100k Dengan Along Untuk Bayar Hutang Kad Anak

Hiburan Jangan Sebar Kandungan Tidak Sahih Polis Tegaskan Siasatan Kes Along Cham Telus Ikut Peruntukan Undang Undang

Perhatian Kepada Rider Rider Polis Kongsi Maklumat Ah Long Guna Taktik Baru Untuk Ganggu Amp Peras Ugut Mangsa