Dalam Berpolitik Jangan Membiang Buat Pasal Nanti Kempunan Nama Langsung Xnaik Lagi Dah Walau Dipanjangkan Umur 9790



Isu Bubar, 60 Tahun Jadi Kerajaan Masih Tak Faham?? - Jefri Md Nor
1. Puak ni langsung tak hormat kepada YDPA yang telah melantik Tun Mahathir sebagai PM Interim... Desakan ini adalah satu penderhakaan kepada titah Tuanku.

2. Dalam perlembagaan, yang boleh membubarkan parlimen adalah usul dari Perdana Menteri dan diperkenankan oleh YDPA... Parti kalah tiada hak untuk membawa usul membubarkan parlimen.

Kalau yang kalah boleh bubar parlimen maka setiap kali selepas PRU akan bubarlah oleh parti yang kalah... Kalah, bubar, kalah, bubar... Apa punya gila. [Sumber: Kelab Che Det] 

d
Legendary Maestro
Tengok macam mana powernya Tun Mahathir yang boleh kita kutip dari perjalanan sejarah negara Malaysia.

1) Tun Mahathir yang jadi punca perletakan Tunku Abdul Rahman dari jawatan Perdana Menteri pertama. Baca sejarah. Turun jawatan 1971.

2) Tun Mahathir juga instrumental (melalui desakan pembebasan Datuk Harun dan peranan Sulaiman Palestin) dalam perletakan jawatan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri ke-3. Turun jawatan 1981.

3) Tun Mahathir naikkan Tun Musa Hitam, dan dia juga punca Tun Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Turun jawatan 1986.

Ku Li lawan dia - tewas! Team A vs Team B - team Tun menang!

4) Tun Mahathir naikkan pula Tun Ghafar Baba, dia jugalah punca Tun Ghafar Baba letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. 
Turun jawatan 1993.

5) Tun Mahathir naikkan Anwar Ibrahim, kemudian dia pecat Anwar Ibrahim, yang masa tu juga sedang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Turun jawatan 1998.

6) Tun Mahathir naikkan Pak Lah, sebagai Perdana Menteri ke-5. Kemudian desak pula Pak Lah letak jawatan sebab tak perform. Naik jawatan 2004, turun jawatan 2009. 

7) Lepas tu Tun Mahathir naikkan pula Najib sebagai Perdana Menteri ke-6. Najib pun tak perform, Tun Mahathir minta Najib betulkan salah silap tapi Najib tak nak. Tun Mahathir terpaksa melawan dan jatuhkan Najib secara demokratik. Naik jawatan 2009, turun jawatan 2018.
****
Kau tengok, 7 orang pemimpin antara paling power pernah Malaysia lahirkan sepanjang setengah abad semuanya 'disentuh' oleh Tun Mahathir. Tun Mahathir buatkan mereka turun, dan Tun Mahathir juga buatkan mereka naik. Ok yang di atas atas sebenarnya masih belum ultimate kawan kawan. Benda paling ultimate ialah;

Tun Mahathir, sebab semua orang pun dia boleh turun naik kan jawatan, mungkin dia rasa tak ada fight, jadi boring. Maka pada tahun 2003, Tun Mahathir 'turunkan' diri dia sendiri dari jawatan Perdana Menteri. Ini real epic!

Selepas 15 tahun, sebab Malaysia tak berjalan macam yang sepatutnya, Tun Mahathir geram dan ambil keputusan 'naikkan' diri dia semula menjadi Perdana Menteri Malaysia. Nampak tak gila powernya macam mana.

Dia turunkan diri sendiri dari jawatan Perdana Menteri, kemudian dia dengan persetujuan orang ramai, naikkan pula diri dia balik jadi Perdana Menteri. Dalam bahasa mudahnya, dekat 20 tahun orang nak jatuhkan BN, masih tak jadi apa apa, then Mahathir kata;

"Takpa lah, mai aku tulong hangpa" Kena Tun Mahathir juga masuk campur buat kerja, baru jadi! Dan hari ini, Tun Mahathir sekali lagi gerakkan buah buah catur terakhirnya. Rakyat Malaysia baru fikir selangkah ke depan. Rakan politik dia fikir 2 langkah ke depan. Musuh politik dia fikir 3 langkah ke depan. Tapi Tun Mahathir himself? Dia dah fikir 10-15 tiang ke depan. Sebab tu kita masih tak nampak end game macam mana. Ini lah Game of Thrones sebenar. Gerakan politik paling berseni yang jarang jarang muncul dalam sejarah peradaban manusia.

UMNO PAS Bersatu DAP Amanah PKR Warisan Semua tunduk hormat. Sangat entertaining! Dan cukuplah untuk kita belajar dan percaya suatu perkara ni dengan sesungguh sungguhnya; Dalam permainan politik di tahun dan dekad mana pun, Selagi nyawanya dikandung badan; Tun Mahathir tidak pernah, dan tidak akan kalah!

#HeilTunMahathir
#The7thHokage
#HeilNEGARAWAN
#TunMahathirLiarDanAngkuh

[Sumber: Kelab Che Det]



Perikatan Nasional - Terkubur sebelum lahir
News  |  Diterbitkan 25 Feb 2020, 10:54 malam  |  Dikemaskini 25 Feb 2020, 11:41 malam

Senyuman pemimpin BN dan PAS pada Ahad lepas, di Sheraton Hotel di Petaling Jaya malam ini digantikan dengan riak muka yang serius di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, yang menjadi tempat mereka mengumumkan menarik semula sokongan terhadap Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Pendirian terbaru itu hadir selepas pada Ahad lalu, BN dan PAS dilihat semakin hampir mengambil alih Putrajaya melalui usaha penjajaran semula kuasa yang menyaksikan Bersatu dan 11 ahli parlimen dari PKR meninggalkan PH. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, pada sidang media petang ini, mengaku bahawa gabungan "Perikatan Nasional" direncana dibentuk untuk menggantikan kerajaan PH. "Pada peringkat awal, kami bersetuju secara dasar untuk bergabung dengan blok pembangkang.

"Kami dapat lebih 130 kerusi dan dalam proses akhir untuk meterai satu pakatan yang sebelum ini dikatakan sebagai Pakatan Nasional - tapi sebenarnya dengan nama baru Perikatan Nasional," katanya. Beliau berkata pemimpin parti mereka bahkan telah mengemukakan akuan berkanun (SD) kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk gabungan baru itu. "Akhirnya, apa yang dirancang tidak berlaku apabila perdana menteri meletakkan jawatan," katanya. 

BN, PAS, GPS dan Warisan, yang disusun oleh Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang mengetuai 10 lagi ahli parlimen meninggalkan PKR, menganggap mereka akan membentuk gabungan baru, dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Pada petang Ahad lepas, selepas pemimpin parti bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai sokongan untuk gabungan baru itu, ahli parlimen yang terlibat berkumpul di Sheraton Hotel untuk majlis makan malam sementara memberi Agong masa bagi membuat keputusan. Di sebalik pintu tertutup, Azmin membuat ucapan yang penuh bersemangat kepada penyokongnya, dengan mendakwa bahawa tindakannya itu adalah demi Mahathir yang menurutnya sedang ditekan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim. 

Ketika yang lain melobi, Mahathir terus diam 

Tetapi pada keesokan harinya, Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan secara automatik dibubarkan. Pada peringkat awal, tindakan Mahathir tidak dilihat luar biasa, kerana beliau boleh meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerajaan PH dan seterusnya dilantik semula sebagai perdana menteri kerajaan baru Perikatan Nasional. Tetapi sejam kemudian, Mahathir juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu, tidak lama selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumumkan partinya keluar daripada PH. 

Peletakan jawatan Mahathir yang hadir tidak lama selepas pengumuman Muhyiddin memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan antara kedua-dua pemimpin itu, dengan Muhyiddin dilihat bekerjasama dengan Azmin untuk membentuk Perikatan Nasional. Pada masa sama, pemimpin PH termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang telah bertemu dengan Mahathir pagi itu berkata mereka dimaklumkan tentang hasrat Mahathir meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju untuk menubuhkan pakatan yang melibatkan Umno.

Sehingga saat ini, Mahathir tidak membuat kenyataan terbuka dan semua pihak hanya boleh meneka berdasarkan dakwaan-dakwaan pemimpin yang bertemunya di rumahnya. Dalam tulisan blognya hari ini, tokoh wartawan A Kadir Jasin, yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, mendakwa Mahathir meletakkan jawatan kerana menganggap pemimpin atasan Bersatu "lebih mendengar cakap setiausaha politiknya berbanding dirinya sendiri" Kadir mendakwa Mahathir merujuk mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu Ahad lalu yang menyaksikan "perdebatan hangat" berhubung masa depan Bersatu dalam PH. 

Sementara itu, parti-parti politik masing-masing dilihat cuba menegaskan sokongan terhadap Mahathir - yang membawa kepada situasi yang janggal apabila kesemua 221 Ahli Parlimen Dewan Rakyat menyokongnya sebagai perdana menteri, tetapi kedua-dua pihak mempunyai idea yang berbeza mengenai pakatan yang akan diterajui oleh kerajaan Mahathir. Drama politik diteruskan hari ini, dengan Mahathir, meneruskan tugas sebagai perdana menteri sementara selepas dilantik oleh Agong, semalam. 

Sementara Agong, menemu bual ahli parlimen satu per satu untuk memastikan sokongan mereka. Walaupun Agong berkata baginda memerlukan dua hari untuk menemu bual kesemua ahli parlimen, wujud tanggapan yang meluas mengandaikan Mahathir akan dilantik semula perdana menteri. Pada masa sama, hari ini, Mahathir bertemu dengan ketua parti politik utama untuk melihat langkah seterusnya bagi menubuhkan kerajaan semula - ia dilihat sebagai persaingan antara ahli parlimen yang cuba menyelamatkan PH dan seterusnya yang cuba menubuhkan Perikatan Nasional. 

Umno, PAS tarik balik sokongan pada Dr M

Pada sidang media yang turut disertai Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Annuar mengumumkan bahawa PAS dan Umno menarik balik sokongan mereka. "Ia bertentangan dengan perjanjian bahawa pembentukan sebuah kerajaan mesti mengambil kira parti secara keseluruhan, bukan individu. "Cadangan (yang dikatakan) untuk membentuk kerajaan perpaduan melibatkan perdana menteri menjemput individu untuk membentuk kabinet," katanya.

Annuar juga berkata asas rundingan dengan Mahathir ialah Umno dan PAS akan memberikan sokongan mereka untuk membentuk gabungan alternatif tanpa DAP. "Maka ia bercanggah dengan pendirian parti kami maka dengan itu (ahli parlimen) yang menghadap tadi untuk tak timbul isu, terpaksa kita tarik balik SD yang dipersembahkan kepada Agong untuk beri sokongan kepada Tun (Mahathir) dan (sebaliknya) meminta agar dibubarkan parlimen," katanya. 

Tanpa sokongan BN dan PAS, Perikatan Nasional dilihat sudah terkubur sebelum sempat diwujudkan. Mesej dan gesaan pemimpin BN dan PAS juga bertukar. Selepas menarik balik sokongan terhadap Mahathir, dari usaha penjajaran semula kuasa untuk membentuk kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya, PAS dan Umno kini menggesa parlimen dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum yang baru. "Kita berada dalam situasi di mana mandat itu perlu dikembalikan kepada rakyat dan kami gesa parlimen dibubarkan - Biarkan rakyat membuat keputusan," kata Annuar. 

GPS dan Warisan, yang sebelum ini bersama BN dan PAS, setakat ini tidak mengubah sokongan mereka terhadap Mahathir. Dengan PH - yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah - juga terus berada di belakangnya, Mahathir perlu mendapaikan kedua-dua kumpulan yang bersamanya untuk membentuk gabungan baru. Mahathir juga dilihat perlu berdepan dengan ahli parlimen dari kumpulan Azmin yang sudah meninggalkan PKR, yang semalam hadir di kediamannya untuk melobi. 

Dan semestinya, Mahathir perlu berdepan dengan Bersatu, atau sekurang-kurangya pihak dalam bersatu yang tidak berkongsi visi sama dengannya. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini mengunjungi Mahathir untuk merayu agar beliau menarik balik peletakan jawatan sebagai pengerusi. Bagaimanapun, Kadir, yang pernah menjadi penasihat media Mahathir, melihat ia bukan keutamaan ahli parlimen Langkawi itu buat masa ini. Sekiranya Mahathir berjaya, pakatan baru yang akan ditubuhkan kemungkinan tidak jauh beza dengan Pakatan Harapan sebelum ini, hanya dengan sedikit perubahan. 

Sementara Annuar, yang mengumumkan PH sudah mati dua hari lalu, akan melihat Perikatan Nasional terkubur tanpa sempat dilahirkan.

Sumber: 
https://www.malaysiakini.com/news/512222


Cubaan Kudeta 232 dan kejatuhan kerajaan PH
Muhamad Nadzri Mohamed Noor Diterbitkan 25 Feb 2020, 2:31 tengahari

ULASAN | Awal pagi Ahad 23 Februari 2020, satu pergerakan sulit (saya namakannya gerakan atau cubaan kudeta 232) nampaknya telah digerakkan oleh kumpulan Azmin Ali dalam membentuk kerajaan baharu bersama pasukan Muhyiddin Yassin, dengan sokongan Warisan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Muafakat Nasional (BN dan PAS). 

Hal ini berikutan, keselamatan Azmin dan kumpulannya dalam kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi dapat dijamin jika Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri menggantikan Dr Mahathir. Dr Mahathir telah didesak dengan agak agresif pada malam 21 Februari, oleh wakil kumpulan Anwar, DAP dan Amanah. Atas langkah desperado, sebagai mana menurut Mujahid Yusof, Azmin dan sekutu-sekutunya dari parti lain menggerakkan proses rampasan kuasa dengan mensejajarkan elit politik yang tidak bersama dengan Anwar/PH, dalam cubaan membentuk sebuah kerajaan baharu dengan pengumpulan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen bersama pihak-pihak tadi.

Menjelang lewat petang, usaha ini nampaknya membuahkan hasil dengan pakatan-pakatan parti dan individu baharu ini, dikenali sebagai Perikatan/Pakatan Nasional (PN), dipercayai mendapat majoriti sokongan ahli-ahli parlimen. Lalu, segerombolan wakil-wakil PN yang berjaya mendapat akuan bersumpah (SD) majoriti ahli Dewan Rakyat telah mengadap Agong pada lewat petang itu. Namun Dr Mahathir tidak pula bersama gerombolan itu ke Istana Negara. Atas beberapa sebab, termasuk jumlah sokongan yang kurang jelas dan juga ketiadaan Mahathir dalam gerombolan itu, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak terus mengiktiraf PN sebagai kerajaan baharu. Sebaliknya menitahkan supaya Dr Mahathir, Wan Azizah dan Anwar untuk datang mengadap bagi mendapatkan fakta pada hari keesokkannya, iaitu pada 24 Februari 2020.

Kesempatan ini digunakan Anwar dan Lim Guan Eng untuk bertemu Dr Mahathir pada pagi 24 Februari 2020, dan apa yang mengejutkan mereka, Dr Mahathir memberitahu mereka bahawa tidak terlibat dengan gerakan 232. Malah beliau sendiri terkejut dan sangat tidak senang dengan perkembangan itu. Ini menjelaskan mengapa Dr Mahathir tidak ke istana pada malam sebelum. Berkemungkinan besar beliau kecewa dengan langkah Azmin dan Muhyiddin dalam menggerakkan kudeta melalui kerjasama dengan Umno/BN, Dr Mahathir mengejutkan umum dengan mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai perdana menteri, seterusnya sebagai pengerusi Bersatu.

Namun gerakan Azmin ini telah melakukan kerosakan besar kepada PH. Bersatu umum keluar PH, begitu jugalah sokongan Warisan dan kumpulan Azmin sendiri terhadap PH. Akibatnya PH hanya tinggal 92 kerusi. Lalu PH bukan sahaja sebuah kerajaan interim untuk sementara waktu dengan dengan peletakan jawatan Dr Mahathir, tetapi juga adalah kerajaan minoriti. Meskipun perletakan jawatan Dr Mahathir membuka laluan kepada kumpulan Anwar ke tampuk kuasa, tetapi kumpulan itu nampaknya mengalami kesukaran untuk membuktikan sokongan majoriti kepada agong pada 24 Februari 2020. Hal ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak stabil dan berisiko, dan mungkin juga tidak begitu berperlembagaan.

Ini berbeza dengan Dr Mahathir, yang kini mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk PH sendiri. Beliau, agak jelas, masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen meskipun telah melepaskan jawatan. Justeru agong dengan penuh hikmah, menerima perletakkan jawatan Mahathir, tetapi melantik beliau menjadi perdana menteri interim, sementara perdana menteri yang baharu dilantik nanti. Ini adalah penting untuk memberikan kestabilan dan keabsahan kepada kerajaan interim, yang dipercayai mempunyai majoriti dengan sokongan Dr Mahathir.

Ketua Setiausaha Negara, kemudiannya, mengumumkan agong memperkenan pembubaran kabinet semasa, termasuk kedudukan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri, dan meletakkan pemerintahan sementara kepada perdana menteri interim. Hal ini sekali gus, menamatkan pemerintahan PH di Putrajaya secara rasmi, dan membuka ruang untuk pergelutan merebut 'takhta' berterusan di kalangan elit politik negara. Lewat malam 24 Februari, kesemua parti-parti utama negara mengadakan mesyuarat untuk merencana strategi, membina pakatan dan menarik sokongan parti-parti lain, dalam perebutan kuasa yang masih belum berkesudahan ini.

Apakah fungsi kerajaan interim ini? Kerajaan interim adalah pemerintah sementara yang diperlukan dalam membentuk kesinambungan pentadbiran, kelancaran operasi kerajaan dan mengelakkan masalah kelompongan kuasa dalam proses peralihan pentadbiran atau kerajaan. Ini bermakna kerajaan interim ini menjadi pemegang amanah kerajaan semasa, sementara kerajaan baharu dilantik atau dipilih kelak. Perdana menteri dan kabinet kerajaan interim (yang mungkin akan dilantik Dr Mahathir dalam masa terdekat) akan menjalankan tugas-tugas mereka secara atas amanah, tetapi bukan secara undang-undang atau atas mandat. Ini bermakna mereka tidak boleh membuat keputusan-keputusan besar untuk pihak kerajaan kerana status sementara mereka.

Apa pula selepas ini? Berdasarkan amalan perundangan kita, terdapat tiga pilihan. Pertama, mana-mana ahli parlimen atau kumpulan yang dipercayai mengawal suara majoriti di Dewan Rakyat, boleh memohon perkenan untuk mengadap agong di istana dan menunjukkan bukti. Dan jika dipercayai dan dipersetujui oleh YDPA, maka ahli parlimen itu boleh dipertimbang oleh agong untuk dilantik sebagai perdana menteri baharu. Langkah kedua, yang lebih konvensional dan berperlembagaan adalah dengan membawa usul untuk menguji individu manakah yang memiliki suara terbanyak di Dewan Rakyat. Kebetulan Dewan Rakyat dijangka bersidang pada awal Mac ini, dan proses ini boleh dilakukan di sana. Sebaliknya YDPA juga boleh mengadakan persidangan tergempar parlimen untuk memutuskan hal ini dalam tempoh yang lebih awal, sekali gus mempercepatkan proses transisi. Akhir sekali, YDPA juga atas kuasa perlembagaan yang ada pada baginda, boleh membubarkan parlimen, selepas berbincang dengan Perdana Menteri, bagi maksud mengadakan pilihan raya yang baharu.

Siapakah yang berpeluang tinggi menjadi perdana menteri Malaysia yang kelapan nanti? Jika pemilihan perdana menteri baharu diputuskan oleh majoriti di istana atau di Dewan Rakyat, maka mana-mana individu atau kumpulan yang disokong Dr Mahathir mempunyai kebarangkalian tinggi untuk diangkat sebagai perdana menteri dan kerajaan baharu. Jika Dr Mahathir menyokong PH, maka Anwar berkemungkinan besar akan menggantikan beliau. Kalau beliau menyokong PN, kumpulan Muhyiddin/Azmin mungkin mendapat tempat. Dr Mahathir juga masih boleh mencalonkan diri sendiri, kerana beliau mempunyai sokongan yang besar dan kepercayaan terbanyak di parlimen, sama ada atas tiket PH, PN atau pakatan lain.

Pendek kata, buat masa ini, Dr Mahathir sangat berpengaruh sebagai king maker kepada bakal perdana menteri baharu nanti. Beliau juga masih memegang tampuk pemerintahan yang mempunyai kuasa dominan, walaupun sebagai perdana menteri interim. Malah dengan pembubaran kabinet PH, kuasa eksekutif kini terpusat, buat sementara, di tangan Dr Mahathir. Kerana itu, kita boleh melihat, beberapa pihak dari pakatan yang berbeza cuba berpakat dengan Dr Mahathir dengan kedudukan dan pengaruh yang beliau ada.

Jika pilihan raya umum diadakan sebagai jalan keluar krisis kepimpinan semasa politik Malaysia, meskipun keputusan boleh menjadi lebih rencam, sekali lagi pengaruh Mahathir sebagai king maker perdana menteri Kelapan masih tidak boleh diketepikan.

DR MUHAMAD NADZRI MOHAMED NOOR adalah penganalisis politik.
Tulisan ini tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiakini.

Sumber: 
https://www.malaysiakini.com/news/512165




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/dalam-berpolitik-jangan-membiang-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Tua Nanti Ada Menantu Jangan Buat Mereka Terasa Hati Layan Adil Dan Jangan Beza Bezakan

Bila Tua Nanti Ada Menantu Jangan Buat Mereka Terasa Hati Layan Adil Dan Jangan Beza Bezakan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 285 hits
Kisah ini hanyalah perkongsian daripada seorang pengguna Facebook Yang baik kita boleh ambil dan jadikan pengajaran buat kita dan keluarga kita Bila tua nanti dan ada menantu jangan buat menantu terasa hati Nasihat mak mentua pada saya yang...
Video Jangan Stress Nanti Kena Strok Mesej Cik B Untuk Azwan Ali Ini Memang Win

Video Jangan Stress Nanti Kena Strok Mesej Cik B Untuk Azwan Ali Ini Memang Win

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 473 hits
small Cover image via Twitter KasyahPutera Beutifulnara small Beberapa hari sebelum ini industri hiburan tanah air kecoh dengan kontroversi membabitkan usahawan terkenal Datuk Seri Vida bersama selebriti Azwan Ali atau lebih dikenali sebaga...
Buku Tahun 1981 Ini Pernah Cerita Pasal Coronavirus Dengan Nama Wuhan 400

Buku Tahun 1981 Ini Pernah Cerita Pasal Coronavirus Dengan Nama Wuhan 400

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 547 hits
Sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes of Darkness pernah menceritakan tentang sejenis virus yang digunakan sebagai senjata biologi dengan nama Wuhan 400 Menariknya buku tulisan oleh Dean Koontz ini diterbitkan pada tahun 1981 iaitu 39 tahun...
Kalau Luka Jangan Makan Kicap Nanti Parut Anak Jadi Hitam Ini Salah

Kalau Luka Jangan Makan Kicap Nanti Parut Anak Jadi Hitam Ini Salah

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 471 hits
Untuk sembuhkan luka banyak pantang larang yang perlu diikuti Tak boleh makan telur nanti gatal kalau makan kicap nanti luka tinggal parut Betul ke ada berkongsi tentang hal ini Katanya ada beberapa kepercayaan tentang penjagaan luka yang s...
Umur Baru 6 Tahun Tapi Sangat Biadap Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung

Umur Baru 6 Tahun Tapi Sangat Biadap Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 338 hits
Pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai untuk menggambarkan bahawa setiap didikan anak anak harus bermula sejak dari kecil Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak kanak kebiasaa...
Nak Letak Nama Anak Lelaki Huruf H

Nak Letak Nama Anak Lelaki Huruf H

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 1019 hits
Berangan tak salah So nak berangan letak nama anak lelaki huruf H Bermula dari huruf H sebab nama mr hubby dari H Nama abah adik2 lelaki k fiezz pun nama ke 2 bermula dari H Jadi anak lelaki kitaorang nanti nak letak bermula dari H juga Nam...
Kekerasan Atas Nama Agama Di India Ketum Pp Gp Ansor Indonesia Harus Protes

Kekerasan Atas Nama Agama Di India Ketum Pp Gp Ansor Indonesia Harus Protes

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 269 hits
Ketua Umum PP GP Ansor Yaqut Cholil Qoumas mengutuk aksi kekerasan dan kebiadaban antara umat Hindu dan Islam yang terjadi di India Menurut Yaqut aksi kekerasan akibat bentrokan yang dipicu protes menentang Undang undang Kewarganegaraan di ...
Tips Memilih Nama Bayi Perempuan

Tips Memilih Nama Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 329 hits
Tips memilih nama bayi perempuan Alhamdulillah nampaknya tahun 2020 ni ramai yang umi nampak menimang cahaya mata Umi pulak rasa The post appeared first on
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025