Dakwaan Teresa Mengelirukan Saya Belum Muflis Kata Jamal


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-November 4, 2022 6:32 PM
Jamal Yunos berkata kelayakannya sebagai calon pilihan raya masih sah pada waktu penamaan calon dan pengundian sehingga satu perintah kebankrapan dibuat serta semua rayuan telah dilupuskan.
PETALING JAYA: Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos menafikan dakwaan bekas Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok bahawa prosiding kebankrapan telah difailkan terhadapnya dan pencalonannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) Sungai Besar perlu ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jamal berkata, dakwaan itu wajar ditolak kerana ia jelas tidak tepat serta mengelirukan, dan peguamnya Rejinder Singh memaklumkan bahawa belum ada sebarang perintah kebankrapan dibuat terhadap dirinya .

“Beliau (peguam) menyatakan yang saya masih belum dibuat sebarang perintah kebankrapan dan di mana sehingga satu perintah kebankrapan dibuat dan semua rayuan saya gagal barulah saya hilang peluang untuk bertanding.

“Selagi perintah kebankrapan tidak dibuat maka saya layak untuk bertanding di pilihan raya ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya sedang merayu di Mahkamah Rayuan mengenai ganti rugi yang diperoleh Kok melalui penghakiman Mahkamah Tinggi pada 26 Julai lalu dan percaya rayuan itu adalah bermerit dan ganti rugi yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi, kelak akan diketepikan selepas rayuannya didengar.

Katanya, peguamnya juga berhubung dengan peguam Kok mengenai serahan secara kendiri mereka kepadanya mengenai notis kebankrapan agar ia dibuat pada 8 Nov ini.

“Oleh itu gesaan Kok agar SPR menolak pencalonan saya adalah sama sekali pramatang, sia-sia dan salah.

“Saya menegaskan di sini tindakan Kok adalah satu perbuatan terdesak beliau sebagai cubaan untuk menggagalkan saya daripada menjadi calon pilihan raya walaupun faktanya amat jelas yang saya belum lagi dikenakan sebarang perintah kebankrapan selaras dengan Akta Insolvensi 1967,” katanya.

Menurutnya, pengurusan kes pertama prosiding kebankrapan hanya bermula dan dijalankan pada 30 Nov dan peguamnya akan mencabar tindakan kebankrapan itu.

Jamal berkata, kelayakannya sebagai calon pilihan raya masih sah pada waktu penamaan calon dan pengundian sehingga satu perintah kebankrapan dibuat dan semua rayuan telah dilupuskan.

Terdahulu, Kok menghantar surat kepada SPR membantah keputusan Barisan Nasional (BN) menamakan Jamal sebagai calon Parlimen Sungai Besar pada PRU15.

Kok mendakwa, Jamal belum menyelesaikan syarat penghakiman dalam saman difailkan terhadapnya, yang mungkin menyebabkan beliau diisytiharkan muflis.

Pada 26 Julai, Mahkamah Tinggi memutuskan Jamal bertanggungjawab memfitnah Kok pada 2017 dengan menuduhnya menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas (SMUE) milik kerajaan negeri.

Mahkamah mengarahkan Jamal membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 dan RM50,000 sebagai kos.

Pada 18 Sept, Kok dilaporkan memfailkan notis kebankrapan terhadap Jamal selepas beliau gagal menjelaskan jumlah wang itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/dakwaan-teresa-mengelirukan-saya-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teresa Jamal Belum Bayar Saman Kelayakannya Jadi Calon Diragui

Teresa Jamal Belum Bayar Saman Kelayakannya Jadi Calon Diragui

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 254 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 4 2022 10 40 AMPenyandang kerusi Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya membatalkan pencalonan Jamal Md Yunos untuk bertanding pada pilihan raya di kerusi Sungai Besar Dalam suratnya ke...
Teresa Kok Hantar Surat Kepada Spr Bantah Jamal Jadi Calon Sungai Besar

Teresa Kok Hantar Surat Kepada Spr Bantah Jamal Jadi Calon Sungai Besar

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 276 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penyandang Parlimen Seputeh Teresa Kok menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya membantah keputusan Barisan Nasional menamakan Jamal Yunos sebagai calon Parlimen Sungai Besar pada pilihan raya umum akan da...
Saya Belum Kena Maki Kata Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas

Saya Belum Kena Maki Kata Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 348 hits
Masuk hari kelima kempen PRU15 semalam Khairuddin Aman Razali yang mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus di bawah tiket BN berkata apa yang rakyat mahukan adalah wakil pemimpin yang berakhlak serta yang bersifat menyatukan Rakyat mahu ...
Anak 2 Tahun Belum Ada 50 Kosa Kata Tak Gabung Ayat Pendek Pakar Bagi Penyelesaiannya

Anak 2 Tahun Belum Ada 50 Kosa Kata Tak Gabung Ayat Pendek Pakar Bagi Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 287 hits
Sebenarnya anak telah berkomunikasi dengan kita sejak dia lahir lagi sebelum mulutnya mampu untuk menuturkan perkataan pertamanya Bagaimanapun ramai yang tak ambil tahu dan hanya akan fokus bila usia anak nak cecah setahun Jika diikutkan ka...
Teresa Jamal Owes Me Money Candidacy Qualification Doubtful

Teresa Jamal Owes Me Money Candidacy Qualification Doubtful

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 353 hits
Incumbent Seputeh MP Teresa Kok has urged the Election Commission to disqualify Jamal Md Yunos candidacy for the Sungai Besar election In a letter to EC chairperson Abdul Ghani Salleh Kok said she had served Jamal with a bankruptcy notice o...
Abdul Hadi Sah Pertahan Parlimen Marang Kata Takiyuddin

Abdul Hadi Sah Pertahan Parlimen Marang Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 275 hits
PAS mengesahkan presidennya Abdul Hadi Awang akan mempertahan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke 15 Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan Saya tidak tahupun desas desus yang mengatakan beliau tidak akan b...
Bye Bye Zuraida Beralih Ke Tambun Kerana Mahu Tawan Kawasan Baharu Kata Anwar

Bye Bye Zuraida Beralih Ke Tambun Kerana Mahu Tawan Kawasan Baharu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 301 hits
October 29 2022 5 00Anwar Ibrahim berkata Parlimen Permatang Pauh dan Port Dickson yang dimenanginya dahulu sudah kukuh untuk meneruskan rentak kemenangan KUALA LUMPUR Presiden PKR Anwar Ibrahim menjelaskan pemindahannya ke kerusi Parlimen ...
Selepas Dikecewakan Ph Dan Pn Apa Kata Mahathir Cari Umno Pula Untuk Bekerjasama

Selepas Dikecewakan Ph Dan Pn Apa Kata Mahathir Cari Umno Pula Untuk Bekerjasama

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 283 hits
Kecewa benar Tun Mahathir Mohamad nampaknya bila keinginannya untuk bekerjasama dengan PN ditolak mentah mentah oleh Mahiaddin Md Yasin Sedangkan Tun Mahathir dipetik sebagai berkata beliau sanggup melupakan perbuatan khianat Mahiaddin terh...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer