Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul




KUANTAN: Dakwaan 10 projek Rumah Pahang gagal dan terbengkalai tidak benar kerana ia berjalan sebagaimana persetujuan ditandatangani dengan kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).
Pengarah Urusan KMDI Holdings Sdn. Bhd., Datuk Azjuriyahti Azlan berkata, dakwaan tersebut merupakan fitnah dengan niat jahat demi kepentingan politik pembangkang di negeri ini.
“Dua projek di Sungai Retang dan Jengka 11 sedang dalam proses pembinaan dan penyiapan yang sudah pun mencapai 80 peratus siap dan dijangka diserahmilik kepada pembeli pada suku pertama tahun 2025 nanti.
“Sebagai mana dipersetujui bersama dengan kerajaan negeri Pahang, 10 projek ini akan dibina secara berperingkat dan akan diserah milik kepada pembeli sebelum akhir 2026 untuk kesemua 10 projek,” katanya dalam kenyataan di sini.
Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin dalam sidang akhbarnya menggesa kerajaan negeri menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh kontraktor Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dan KMDI dengan kadar segera.
Jasri dilaporkan berkata, KMDI yang merupakan syarikat usahasama dengan kerajaan Pahang itu tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik selaku pemaju sehingga menyebabkan kontraktor dilantik menghadapi kerugian sehingga RM30 juta keseluruhan.
Mengulas lanjut, Azjuriyahti berkata, dakwaan Jasri yang menyebut KMDI tidak membuat apa-apa bayaran kepada kontraktor terlibat dengan pembinaan Rumah Pahang adalah tidak benar.
“Kes ini sudah dibawa ke mahkamah sebelum ini dan menunggu tarikh perbicaraan. KMDI telah menyaman syarikat-syarikat kontraktor terbabit kerana menghentikan kerja-kerja pembinaan dan meninggalkan tapak serta tidak mematuhi syarat-syarat dalam surat setuju terima yang telah ditandatangan bersama sebelum syarikat-syarikat ini memulakan kerja-kerja mereka.
“Syarikat-syarikat terbabit juga telah melakukan tuntutan palsu yang tidak disahkan oleh mana-mana perunding bertauliah sebagai mana sepatutnya untuk mereka membuat sesuatu tuntutan terhadap kerja-kerja yang telah pun mereka lakukan,” jelasnya.
Menurutnya, berkenaan dakwaan KMDI tidak memulangkan kembali wang jaminan yang dibayar oleh syarikat-syarikat kontraktor juga tidak berasas dan memperlihatkan ADUN Kuala Sentul tidak faham dengan apa yang diperkatakannya.
“Wang Jaminan hanya akan dikembalikan kepada syarikat-syarikat berkenaan setelah semua kerja yang sepatutnya mereka buat siap sepenuhnya. Dalam kes ini, disebabkan mereka gagal dalam mematuhi syarat-syarat surat setuju terima dan meninggalkan tapak-tapak projek tanpa menyiapkan kerja yang sepatutnya, wang jaminan yang dibayar akan diputuskan sama ada mereka berhak menerimanya atau sebaliknya.


“Untuk mendapatkan kembali wang jaminan dan bayaran terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan sebelum ini, perlu diserahkan kepada keputusan yang akan dibuat mahkamah nanti,” katanya.
Menurutnya, KMDI mengalami kerugian ekoran kegagalan syarikat-syarikat yang disebut ADUN Kuala Sentul menerus dan meninggalkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan sebagai mana dipersetujui dalam surat setuju terima.
Beliau berkata, KMDI bersedia menerima apa-apa sahaja keputusan yang bakal dibuat mahkamah setelah kes ini selesai dibicara dan diadili.
“ADUN Kuala Sentul juga telah membuat hasutan kepada bakal-bakal pembeli untuk tidak menerima tawaran kerajaan negeri yang menawarkan tawaran pembelian unit rumah yang dibina. Perkara ini dilihat akan menyebabkan KMDI mengalami kerugian dan nama baik kerajaan negeri Pahang tercemar,” dakwanya.
Sehubungan itu katanya, selain laporan polis terhadap ADUN Kuala Sentul, peguam KMDI juga akan menghantar surat saman kepada wakil rakyat berkenaan dalam masa terdekat kerana membuat fitnah dan hasutan serta tidak menghormati proses mahkamah yang sedang berjalan ketika ini. #UtusanMalaysia
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/dakwaan-projek-rumah-pahang-gagal-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Kuala Sentul Yakin Perikatan Nasional Mampu Rampas Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16

Adun Kuala Sentul Yakin Perikatan Nasional Mampu Rampas Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 127 hits
SHAH ALAM Perikatan Nasional mampu merampas Pahang jika gabungan pembangkang itu menang enam lagi kerusi dan mempertahankan kerusi sedia ada pada PRU 16 nanti kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Dato Jasri Jamaludin Ketika ini PN m...
Dakwaan Skandal Rasuah Adun Sabah Kaitkan Hajiji Adalah Fitnah Ngo

Dakwaan Skandal Rasuah Adun Sabah Kaitkan Hajiji Adalah Fitnah Ngo

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 227 hits
Zulkarnain menunjukkan laporan yang dibuat beliau di Balai Polis Sri Petaling pada Khamis KUALA LUMPUR Tuduhan mengaitkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dengan skandal dakwaan perlakuan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri di neger...
Makin Panas Laporan Polis Dakwaan Wujudnya Gerakan Merosakkan Menjatu

Makin Panas Laporan Polis Dakwaan Wujudnya Gerakan Merosakkan Menjatu

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 139 hits
Laporan Polis oleh Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar wujudnya cubaan merosakkan reputasi Ketua Menteri dan menjatuhkan Kerajaan GRS PH di Balai Polis Sri Petaling Kuala Lumpur 29hb November 2024
Kes Membodohkan Rakyat Laporan Polis Untuk Kaki Fitnah Dan Pembelit

Kes Membodohkan Rakyat Laporan Polis Untuk Kaki Fitnah Dan Pembelit

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 146 hits
Tuaran SabahLebai PAS Pembohong dan Pemutar Najis Fitnah Demi Kuasa Kita hidup di zaman pembangkang yang tidak segan silu menabur fitnah dan memutar belit fakta demi kelangsungan politik mereka Dalam isu Israel dan Palestin Lebai PAS sekali...
4 Penjenayah Bersenjata Pecah Masuk Rumah Diburu Polis

4 Penjenayah Bersenjata Pecah Masuk Rumah Diburu Polis

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 168 hits
Utusan Borneo Online nbsp Tangkap layar rakaman CCTV kejadian Gambar polisKUCHING Polis sedang mengesan empat suspek lelaki yang terlibat dalam kes samun berkumpulan bersenjatakan parang di sebuah rumah di Kampung Panchor Dayak Jalan Batu 2...
Polis Dipenjara 12 Tahun Kerana Memperdagang Dera Pembantu Rumah

Polis Dipenjara 12 Tahun Kerana Memperdagang Dera Pembantu Rumah

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 181 hits
S VinothaaSeorang pegawai polis dan isterinya yang merupakan ahli perniagaan masing masing dijatuhi hukuman penjara 12 dan 10 tahun kerana memperdagangkan dan mengeksploitasi pembantu rumah warga Indonesia Zailis sebagai buruh paksa S Vijiy...
Laporan Polis Kepada Pemfitnah

Laporan Polis Kepada Pemfitnah

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 95 hits
Tindakan fitnah PMX sokong penubuhan ISRAHELL satu tindakan SABOTAJ NEGARA MALAYSIALaporan polis terhadap berberapa pemimpin dan YB pembangkang telah kami buat harini Syam Ghazhttps vt tiktok com ZSjaVaYDF
Kerajaan Pahang Akan Membina Pangsapuri Bagi Membantu Golongan Muda Dan B40 Memiliki Rumah

Kerajaan Pahang Akan Membina Pangsapuri Bagi Membantu Golongan Muda Dan B40 Memiliki Rumah

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 149 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir daripada mempunyai kediaman sendiri Menteri Besar ...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Kenali Anak Usia 2 Tahun Suka Ikut Kepala Sendiri Perangai Berubah Ubah