Dakwaan Parti Dilahirkan Dap Amanah Akan Buat Laporan Polis Terhadap Sanusi


bharian.com.my
Oleh Essa Abu Yamin 
[email protected]
Februari 1, 2025 @ 8:11pm
Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil (kiri) dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa memfitnah parti itu.

Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil, berkata laporan itu susulan ucapan Muhammad Sanusi pada program Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia di Kedah semalam yang mendakwa AMANAH dilahirkan DAP.

"Fitnah itu sudah lama dimainkan dan ia ditiupkan semula semalam yang menunjukkan betapa terdesaknya PAS untuk terus bermain dengan isu sentimen agama dan kaum.

"Justeru, AMANAH melalui Biro Mobilisasi akan menggerakkan laporan polis dibuat di seluruh negara supaya siasatan dibuat terhadap PAS yang semakin ketagih membudayakan politik fitnah dan adu domba yang kesannya sangat bahaya kepada negara.

"Rakyat Malaysia perlu dijamin kehidupan yang sejahtera dengan membuang awal-awal sikap ekstremisme yang sedang dibina PAS hari ini," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Tambah Faiz, beberapa pemimpin PAS acap kali memfitnah DAP ataupun pemimpin mereka dengan bersandar sentimen agama dan kaum bagi membina persepsi kepada umum bahawa DAP parti yang menentang Islam dan Melayu.

"Dalam masa sama, PAS mencanang fitnah terhadap AMANAH dengan dakwaan DAP melahirkan AMANAH.

"Jelas, siri-siri fitnah dibuat PAS adalah satu serangan tersusun untuk melemahkan AMANAH," katanya.

Menurut Faiz, sejak ditubuhkan sembilan tahun lalu, AMANAH berjaya bergerak ke seluruh negara dengan menubuhkan 180 pertubuhan kawasan dan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dalam dua pilihan raya umum (PRU) bersama rakan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan kini Perpaduan.

"AMANAH ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan Islam yang kini sudah tergelincir jauh daripada kompas perjuangan PAS.

"Dasar perjuangan Islam jelas termaktub dalam Perlembagaan AMANAH dan prinsip untuk menegakkan rahmat untuk semua kekal menjadi teras perjuangan AMANAH," katanya.

Dalam pada itu, Faiz menegaskan AMANAH tidak ditubuhkan untuk melawan PAS dan penubuhan parti itu adalah bebas daripada pengaruh mana-mana parti termasuk DAP, sepertimana sering didakwa PAS.

"AMANAH ditubuhkan atas desakan bekas ahli PAS dan rakyat sivil yang mahu melihat bahtera perjuangan Islam yang lebih progresif dan bersederhana.

"AMANAH bukan PAS 2.0 dan akan terus berpolitik atas nilai. Atas dasar ini, fitnah dan budaya songsang agama yang dibawa PAS perlu diperbetulkan kerana fitnah yang dibuat atas alasan agama dan kaum boleh membawa kepada sikap ekstrimisme," katanya.

Faiz berkata, perkara itu antara tugas AMANAH untuk menyelamatkan umat Islam dan rakyat Malaysia daripada terus ditipu oleh permainan politik murahan PAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/dakwaan-parti-dilahirkan-dap-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Polis Terhadap Pemimpin Mca Hina Agama Dan Menghasut Mana Suara

Laporan Polis Terhadap Pemimpin Mca Hina Agama Dan Menghasut Mana Suara

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 197 hits
Laporan Polis Sidang Media oleh Rozan Azen Mat Rasip Naib Ketua Cabang KEADILAN Batu terhadap Law Yiak Kwang kerana menghina isu sumbangan Gaza di IPD Sentul Kuala Lumpur 31hb Januari 2025 Sumber Video FB SUara Keadilan
Amanah Bakal Ambil Tindakan Terhadap Menteri Besar Kedah

Amanah Bakal Ambil Tindakan Terhadap Menteri Besar Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 266 hits
Malahan menurut Faiz sejak ditubuhkan sembilan tahun lalu AMANAH berjaya bergerak ke seluruh negara dengan menubuhkan 180 pertubuhan kawasan dan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dalam dua pilihan raya umum bersama rakan gabungan ...
Kenyataan Media Biro Undang Undang Parti Amanah Negara

Kenyataan Media Biro Undang Undang Parti Amanah Negara

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 274 hits
REFORMASI UNDANG UNDANG LAPUK TERMASUK AKTA PERHIMPUNAN AMAN1 KANUN menyambut baik pengumuman PMX Dato Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Saifudin Nasution untuk menghormati hak asasi kebebasan berhimpun dan memudahcara p...
Saman Rm3juta Ketua Polis Negara Terhadap Kaki Pemfitnah Papagomo Langg

Saman Rm3juta Ketua Polis Negara Terhadap Kaki Pemfitnah Papagomo Langg

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 240 hits
Ketua Polis Negara Razarudin Husain yang menyaman Wan Azri Wan Deris kerana memfitnahnya kini telah memfailkan prosiding komital terhadap penulis blog itu Peguam mewakili Razarudin S Raam Kumar mendakwa Wan Azri terus memfitnah anak guamnya...
Ibu Tiga Kali Buat Laporan Polis Dakwa Anak Dipukul Guru

Ibu Tiga Kali Buat Laporan Polis Dakwa Anak Dipukul Guru

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 244 hits
BernamaAiza Salzul Hanira mendakwa kejadian disedari pada 9 Sept tahun lepas selepas mengambil anaknya yang berusia enam tahun daripada sebuah sekolah dekat Jelapang Gambar BernamaIPOH Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya...
Hiburan Mereka Tahu Suami Saya Oku Isteri Maklum Tiada Mana Mana Pelaku Datang Mohon Maaf Tak Akan Tarik Laporan Polis

Hiburan Mereka Tahu Suami Saya Oku Isteri Maklum Tiada Mana Mana Pelaku Datang Mohon Maaf Tak Akan Tarik Laporan Polis

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 293 hits
Melalui laporan isteri kepada lelaki orang kelainan upaya yang dipukul secara beramai ramai di sebuah pasar yang terletak di Terengganu baru baru ini masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada mana mana pihak Kata Faridah Abdul ...
Inquest Zara Qairina Landed On Her Feet Says Pathologist

Anwar Should Donate Rm1 Mil Of His Rm11 Mil Personal Wealth To Gaza

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Kg Sg Baru Redevelopment Must Be For Malays Only Johari

Kampung Sungai Baru Bergolak

Chelsea Didakwa Langgar Peraturan Pembayaran Ejen

Macc Confirms Move To Cancel Passport Of Ex Pm S Son In Law Over Graft Probe Believed In West Asia

Heavy Rain Causes Flash Floods At Sultanah Aminah Hospital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Irwan Dino Di Hari Bertemu Waris Bil 1 2025

Keretapi Sarong 2025

Rombengan

Beli Adidas Adilette Platform Slides Masa Sale Berbaloi

Tun M Perli Sprm Pmx Tolong Bagitahu Harta Saya Di Uk Nak Tuntut Hadiah Kepada Orang Miskin

Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa