Dakwaan Campur Tangan Pm Serah Kepada Pdrm Peguam Negara Ambil Tindakan



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan termasuk memanggil wakil Bloomberg, berhubung dakwaan agensi berita antarabangsa itu mengenai campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
(BH) – Anwar berkata susulan itu, beliau menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan perundangan yang bersesuaian.
“Saya serahkan kepada PDRM untuk menyiasat, selain Peguam Negara perlu mengambil tindakan bersesuaian,” tegasnya.
Penegasan Perdana Menteri itu dibuat sekiranya Bloomberg secara jelas membuat laporan berunsur fitnah mengaitkan beliau dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, baru-baru ini.
Beliau memaklumkan, PDRM setakat ini, sudah membuat beberapa tindakan, termasuk memanggil wakil Bloomberg dan individu berkaitan untuk merakam percakapan, masing-masing pada 1, 8 dan 11 Oktober lalu.
“Oleh kerana, ia di bawah siasatan PDRM, saya serahkan kepada PDRM untuk menyiasat dan Peguam Negara untuk mengambil tindakan bersesuaian.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri juga sudah membuat kenyataan tegas menafikan tohmahan terbabit kerana apa yang berlaku hanya arahan umum, termasuk kenyataan saya di Dewan Rakyat,” katanya.
Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai tindakan perundangan ke atas Bloomberg berhubung dakwaan campur tangan Anwar dalam siasatan SPRM di Dewan Rakyat, hari ini.
Bloomberg sebelum ini, melaporkan Anwar meminta SPRM tidak menyiasat Farhash berhubung kes pembelian saham bernilai jutaan ringgit.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, Rabu lalu, dilaporkan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) kanun sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam pada itu, Anwar berkata, dakwaan terkini mengaitkan beliau dan Farhash itu adalah tohmahan kedua dilaporkan Bloomberg, selepas laporan pertama membabitkan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong dalam soal izin pembinaan kasino baharu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, tohmahan pertama dibuat Bloomberg itu akhirnya menjadi fitnah keterlaluan dan tidak pernah dibangkitkan Jemaah Menteri mahupun Yang di-Pertuan Agong.
“Saya di Dewan Rakyat sebelum ini mahu SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, PDRM dan pihak berkuasa bertindak tegas memerangi rasuah, tanpa tolak ansur dan badan penguatkuasaan memerangi jenayah dengan tegas.
“Ini arahan yang diberikan, tetapi tidak membabitkan kes khusus kerana SPRM seperti Peguam Negara, perlu bertindak bebas dan telus ‘without fear or favour’.
“Apakah ada tindakan (lanjut), ia perlu tunggu laporan PDRM. Sekiranya ada kesalahan nyata, itu tugasan Peguam Negara untuk mendakwa,” katanya.
Mengenai kes dikaitkan dengan Farhash, Perdana Menteri berkata, siasatan perlu dilakukan jika terdapat laporan mengenai, selain menegaskan SPRM perlu bertindak mengikut siasatan.
Beliau juga percaya kes dibangkitkan Ahmad Fadhli itu membabitkan syarikat yang ada kaitan dengan Sultan, namun tidak memperincikan identiti baginda.
“Kelulusan kontrak dikaitkan pula, keputusan dibuat kerajaan terdahulu. Kerajaan Yang Berhormat, bukan kerajaan saya.
“Saya tak mahu panjangkan kerana ia membabitkan isu yang pada saya remeh kerana membabitkan individu dan kebetulan dia pernah menjadi staf saya, antara empat hingga lima tahun lalu. Maka ia dibangkitkan.
“Namun, saya ingin maklumkan, kelulusan kepada syarikat terbabit adalah semasa kerajaan terdahulu dan ketika itu, Farhash belum menjadi anggota syarikat terbabit. Saya ada rekod dan bukan soal politik, saya berikan jawapan sopan dan baik kepada Pasir Mas yang tanya soalan dengan baik.
“Kemudian syarikat terbabit sekarang dimiliki tuanku, sebahagian besar sahamnya dan tiada kaitan dengan Farhash. Kalau ada pun, dia menggunakan proses tender biasa. Kalau ada pelanggaran bawa (ke pengadilan),” katanya.
Perdana Menteri juga menegaskan tidak adil untuk terus mengaitkan beliau dalam kes terbabit, hanya kerana Farhash pernah menjadi kakitangannya sebelum ini.
“Saya bercakap di Parlimen ini, kalau ada kes, ia disiasat SPRM dan tidak langsung menutupnya, cuma saya tanya kes apa sekarang ini?.
“Cuma dia kata ada kes… tetapi kalau dirujuk satu kes yang saya tahu, saya cek fail, memang betul diluluskan pada 2022, sebelum saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Namun, untuk terus mengaitkan (dengan saya) kerana dia pernah menjadi staf saya, ia kurang adil. Saya rasa jawapan ini jelas.
“Bagaimanapun, andai kata ada maklumat jelas membabitkan sesiapa pun, termasuk Farhash dalam apa-apa kes, sila lapor dan saya pastikan SPRM tidak akan menutupnya. Ini saya mahu jelaskan supaya tiada permasalahan di kemudian hari,” katanya.
Mengulas pendirian kekal menjalin hubungan dengan Bloomberg, Perdana Menteri berkata, sikap profesional dan menghormati prinsip kebebasan media mendorong tindakan sedemikian.
“Soal mengapa saya masih ada hubungan dengan Bloomberg kerana ia adalah media antarabangsa terkenal. Malah, ketika kerajaan Qatar mengadakan program dan lawatan rasmi saya ke Qatar, baru-baru ini.
“Mereka anjur supaya saya hadir sebagai pengucaptama dalam persidangan dianjurkan Bloomberg. Kita membezakan, kerana kita menghormati prinsip media bebas. Kalau ada fitnah, kita saman atau polis ambil tindakan khusus mengenai perkara berkenaan.
“Namun, ia bukanlah (alasan untuk) harus mengharamkan atau membatalkan semua acara dengan Bloomberg. Bagi saya, prinsip itu harus terpakai bagi semua,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.
The post Dakwaan campur tangan: PM serah kepada PDRM, Peguam Negara ambil tindakan appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/10/15/dakwaan-campur-tangan-pm-serah-kepada-pdrm-peguam-negara-ambil-tindakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Pm Campur Tangan Siasatan Sprm Polis Akan Panggil Bloomberg

Dakwaan Pm Campur Tangan Siasatan Sprm Polis Akan Panggil Bloomberg

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 160 hits
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata laporan dibuat SPRM susulan kenyataan bekas pemimpin Umno Isham Jalil di media sosial Polis akan memanggil wakil media antarabangsa Bloomberg untuk siasatan terhadap dakwaan campur tangan Perd...
Golongan Kaya Dan Miskin Memahami Ketidakseimbangan Sosial Dan Keperluan Campur Tangan Kerajaan

Golongan Kaya Dan Miskin Memahami Ketidakseimbangan Sosial Dan Keperluan Campur Tangan Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 568 hits
mediaislam netDi setiap negara kewujudan jurang ekonomi antara rakyat adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan Struktur sosial dalam sesebuah masyarakat sering kali terdiri daripada tiga kumpulan utama golongan kaya golongan miskin da...
Pmx Dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara

Pmx Dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 95 hits
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 7 Tahun 2024 dan telah meneliti kertas pembentangan melibatkan penambahbaikan tatacara penilaian dan pelaksanaan perbelanjaan pembangunan bagi mendapatkan...
Hadi Awang Ikut Perlwmbagaan Negara Mana Pulak

Hadi Awang Ikut Perlwmbagaan Negara Mana Pulak

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 88 hits
RMSJadi Hadi Awang angkat sumpah sebagai MP ikut perlembagaan negara mana Sejak bila Malaysia bukan negara agama
Kian Membimbangkan Usah Biarkan Warga Asing Terus Monopoli Perniagaan Dalam Negara Kita

Kian Membimbangkan Usah Biarkan Warga Asing Terus Monopoli Perniagaan Dalam Negara Kita

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 149 hits
KUANTAN Lambakan kebanjiran premis warga asing kini semakin parah dan perlu diambil tindakan serius oleh pihak kerajaan untuk menanganinya Fenomena ini bukan sahaja berlaku di bandar ini malahan seluruh negara Demikian ditegaskan oleh aktiv...
Ramai Sangat Pengkhianat Lahanat Dikalangan Penjawat Awam Yang Jaga Pintu Masuk Negara

Ramai Sangat Pengkhianat Lahanat Dikalangan Penjawat Awam Yang Jaga Pintu Masuk Negara

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 137 hits
Pegawai Imigresen makan upah RM55 150 urus orang Indonesia masuk MalaysiaKHAIRUL MOHD ALIMOHD EDISAHRIL mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas 10 pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM55 150 antara November tahu...
46 000 Perniagaan Muflis Penduduk Israel Lari Ke Luar Negara

46 000 Perniagaan Muflis Penduduk Israel Lari Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 136 hits
AgensiBaitulmaqdis Pakar memberi amaran bahawa berbilion bilion yang dibelanjakan Israel untuk memusnahkan Gaza memberikan kesan kepada ekonominya lapor Agensi Anadolu Terdapat sedikit atau tiada tanda tanda pemulihan menurut seorang penyel...
4 5 Juta Orang Cergas Bersama Hari Sukan Negara Tingkat Gaya Hidup Aktif Masyarakat

4 5 Juta Orang Cergas Bersama Hari Sukan Negara Tingkat Gaya Hidup Aktif Masyarakat

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 127 hits
Diadakan setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober Hari Sukan Negara tingkat gaya hidup aktif masyarakat selaras dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh hari ini hadir bersama merasmikan Majlis Sam...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game