Dai Syed Berdepan Pertuduhan Seks Luar Tabii
Bekas peserta siri realiti bercorak keagamaan Syed Shah Iqmal Syed  Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, lebih dikenali sebagai Dai Syed,  dihadapkan dengan pertuduhan melakukan seks di luar tabii, di Mahkamah  Sesyen Petaling Jaya hari ini. 
Menurut kertas  pertuduhan, Syed Shah, 25, didakwa melakukan persetubuhan yang  bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita berusia 22  tahun di sebuah kondominium di Damansara Perdana, di Petaling  Jaya, antara kira-kira jam 3 pagi hingga kira-kira jam 4 pagi pada 17  Oktober lalu.
Dia  didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan  hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan,  jika sabit kesalahan.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan  minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah  di hadapan hakim Faiz Dziyauddin.
Timbalan Pendakwa Raya, Vitiya  Monisha Paranthaman mewakili pendakwaan manakala Syed Shah diwakili  peguam bela Syed Amirul Syed Edros.
Ketika prosiding, Vitiya  memohon agar ikat jamin tidak diberikan kepada tertuduh atas faktor  keselamatan serta dikhuatiri mengganggu mangsa yang menjadi saksi utama  perbicaraan.
Jika ikat jamin diberikan, dia meminta agar jumlah  ditetapkan pada kadar RM100,000 serta surat pengakuan untuk tidak  menggangu mangsa.
Bagaimanapun Syed Amirul berkata anak guamnya  telah memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan polis dan meminta  hakim menetapkan ikat jamin minimum, susulan keadaan kewangan anak  guamnya yang telah terjejas.
Hakim kemudian menetapkan ikat jamin  sebanyak RM20,000 serta beberapa syarat tambahan, antaranya tidak  mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Selepas prosiding  ditangguhkan, Syed Shah yang merupakan peserta program Da’i Pendakwah  Nusantara pada 2016 kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya  untuk pertuduhan yang lain.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/12/dai-syed-berdepan-pertuduhan-seks-luar.html