Dahulukan Yang Lebih Dahulu
malaysiakini.comSURAT | Doktor Hospital Sg Buloh: 'Tolong layan kami dengan manusiawi'SURAT | Bekerja dalam syif on-call, tiada tempat rehat dan tak dapat makan dengan betul, aduan kami pula seolah diremehkan pihak atasan.
BOB KELANANG
Aku tau bebanan tugasan yang ditanggung oleh petugas kesihatan awam di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti Covid-19... walaupun aku belum lagi pergi ke sana... tapi sebelum waktu wabak lagi aku pernah pergi ke sana...
Teringat lagi aku keadaan hospital medan semasa Perang Balkan... bagaimana kelam kabutnya mereka untuk menangani kes-kes yang ada... nasib baik la masa tu xder wabak yang menyerang... wabak Ebola pun belum ada lagi masa tu...
Jadi bila mengenangkan kemudahan yang teruk di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti untuk menangani wabak Covid-19 dengan bebanan serta tekanan bekerja di bawah kemudahan yang tidak lengkap... tentunya aku terasa sangat bilamana Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin bertegas nak mulakan juga pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh seawalnya mulai 1 Mac 2020.
Pembinaan 3 dewan besar ini menggunakan peruntukan sebanyak RM35.4 juta ni pada aku selayaknya ditangguhkan dahulu dan wang itu kita gunakan untuk tambah baik kemudahan hospital yang dikhaskan untuk mengendalikan kes wabak Covid-19... pada aku ini lebih mustahak... ini lebih relevan... ini lebih mendesak...
Bukan bermakna kita batalkan pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh ini... kita faham ianya adalah untuk kemudahan rakyat... yang memang ada dalam peruntukan Bajet Pembangunan sedia ada... tapi apa salahnya kita tangguh dulu DAN gunakan dana sedia ada untuk yang lebih mendesak...
Nyawa lebih penting... kekuatan anggota perkhidmatan kesihatan awam kita kena jaga... kesihatan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental... mereka perlu kita tangani awal... jangan sampai sudah membarah DAN kronik...
Gunalah otak untuk fikir...
Sila baca luahan hati mereka di sini... https://m.malaysiakini.com/news/559276
Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/01/dahulukan-yang-lebih-dahulu.html