Dahulu Perkataan Keling Tidak Membawa Sebarang Maksud Negatif Tetapi Sekarang


Mana permohonan maaf, Ramasamy hentam DBP atas isu ‘keling’ dalam kamus
GEORGE TOWN: Pemimpin DAP, P Ramasamy, menghentam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana tidak memohon maaf atau sesal berhubung perkataan “keling” dalam kamus.

Perkataan itu, yang digunakan bagi menggambarkan seseorang yang berketurunan India, amat menyinggung masyarakat itu.

Isu itu muncul selepas tangkap layar halaman kamus dalam talian DBP tular baru-baru ini. Halaman itu memaparkan perkataan “keling” dalam takrif bagi perkataan “tambi”.

“Daripada meminta maaf atau menyesal kerana menyinggung perasaan masyarakat India, DBP sekadar berkata ia akan mengemaskini Kamus Pelajar.

“Kemas kini bukanlah pengakuan bersalah atau permohonan maaf. Apa DBP fikir orang India boleh dihina dan digelar kerana orang ramai tidak peka?

“Mana rasa sesal dan tanggungjawab DBP?” katanya dalam kenyataan.

Semalam, DBP menjelaskan bahawa versi terbaru kamus fizikal Kamus Dewan Perdana ada menyatakan larangan penggunaan perkataan “keling”.

Badan bahasa itu juga berkata kamusnya bersifat “kamus hidup” yang merekodkan sejarah, namun turut dikemas kini mengikut peredaran masa.

Katanya, pada 2003, terdapat tindakan undang-undang untuk membuang perkataan “keling” daripada Kamus Dewan, namun mahkamah memutuskan ia boleh dikekalkan kerana “tiada mala fide”. - freemalaysiatoday.com
Tak perlu maaf, takrif “keling” DBP tak hina kaum India, KP jawab pemimpin DAP
PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan memohon maaf kepada masyarakat India berhubung takrif “keling” dalam kamusnya, kerana ia tidak membawa sebarang maksud menghina.

Ketua Pengarah Abang Salehuddin Abang Shokeran berkata ada larangan mengenai perkataan itu dalam kamus edisi terbaharunya, manakala penakrifan “keling” merujuk kepada nilai sejarah perkataan itu.

“Kamus ini tidak ada niat sama sekali bertujuan menghina rakan-rakan kita yang berketurunan India. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, DBP dan masyarakat sepatutnya menggelakkan diri daripada menggunakan kata ‘keling’ ini dalam ayat pada masa sekarang,” katanya kepada FMT.

Abang Salehuddin berkata setiap kata ada nilai sejarah, sosial, dan budaya; dan kamus merakam sejarah itu walaupun nilai sosial dan budaya berubah.

Namun, kata-kata yang boleh mencetuskan kontroversi perlu dilabelkan sebagai peringatan kepada kesan penggunaannya.

Abang Salehuddin menambah kewujudan perkataan “keling” dalam kamus DBP tidak bererti ia boleh digunakan oleh mana-mana pihak kerana ia menyinggung perasaan.

“Ubahlah kata ‘keling’ itu kepada kata ‘India’. Untuk apa kita menggunakan kata yang menyakitkan hati orang lain.

“Dalam Islam, kita juga dianjurkan untuk memanggil nama seseorang dengan nama yang baik-baik dan yang disukainya,” katanya.

Beliau memberikan contoh “keling” dalam hikayat Melayu lama kebanyakannya merujuk kepada kebesaran dan kegagahan bangsa itu.

“Dahulu kata ini (keling) tidak membawa sebarang maksud negatif, tetapi sekarang, dalam masyarakat kita, nilai itu telah berubah. Apabila nilai itu berubah, DBP memberikan perhatian terhadap isu ini,” tambahnya.

FMT hari ini melaporkan, pemimpin DAP, P Ramasamy, menghentam DBP kerana tidak memohon maaf atau sesal berhubung perkataan “keling” dalam kamus.

Perkataan itu, yang digunakan bagi menggambarkan seseorang yang berketurunan India, amat menyinggung masyarakat itu.

Isu itu muncul selepas tangkap layar halaman kamus dalam talian DBP tular baru-baru ini. Halaman itu memaparkan perkataan “keling” dalam takrif bagi perkataan “tambi”. - freemalaysiatoday.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/dahulu-perkataan-keling-tidak-membawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkataan Keling Pun Tak Boleh Tulis Dan Sebut

Perkataan Keling Pun Tak Boleh Tulis Dan Sebut

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 477 hits
Benarkah Perkataan Keling Sensitif NAK jadi apa dengan Malaysia ni Perkataan keling pun tak boleh tulis dan sebut sedangkan mahkamah putuskan boleh Dari segi epistimologinya pun tiada masalah Bagaimana dengan nama Zainal Kling Masjid Kapita...
Tunggang La Bahasa Yang Sesuai Sampai Sekarang Satu Hapa Pun Tarak Sebab Tu Orang Pangge Tunggang

Tunggang La Bahasa Yang Sesuai Sampai Sekarang Satu Hapa Pun Tarak Sebab Tu Orang Pangge Tunggang

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 281 hits
Pas sentap dengan filem Penunggang AgamaMarch 26 2021 GENERASI 70 an dan 80 an seperti saya mungkin masih ingat mengenai Hantu Kum Kum dan Hantu Stokin Ia bukan seperti Hantu kak Limah yang hanya filem komedi Ia adalah usaha jahat menyerang...
Dulu Terima Sekarang Tolak Pn Apa Sebenarnya Hala Tuju Umno

Dulu Terima Sekarang Tolak Pn Apa Sebenarnya Hala Tuju Umno

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 328 hits
Kamarul Yusoff Menarik sekali membaca kenyataan media Presiden PAS hari ini yang bertajuk Tawaran Kerajaan Selamatkan Rakyat Berintegriti dan Berkebajikan Di dalamnya ada terkandung petikan berikut Kemunculan Muafakat Nasional pada mulanya ...
Cukup Setahun Kenapa Lateefa Koya Tidak Didakwa Sampai Sekarang

Cukup Setahun Kenapa Lateefa Koya Tidak Didakwa Sampai Sekarang

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 291 hits
Oleh Anasz Lebih dari setahun bekas Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan diantara bekas Perdana Menteri ke 6 Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan Putera Mahkota UAE Mohammed bin Zayed Al Nahyan kepad...
Lepas Lawatan Muhyiddin Ke Indonesia Dan Arab Saudi Cuma Bawa Balik Telor Sekarang Nak Ke China Unrtuk Direct Nego

Lepas Lawatan Muhyiddin Ke Indonesia Dan Arab Saudi Cuma Bawa Balik Telor Sekarang Nak Ke China Unrtuk Direct Nego

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 1034 hits
Rakyat Malaysia tidak akan sekali kali lupa kata kata yang pernah keluar dari mulut Muhyiddin Yassin ketika berada dalam Pakatan Harapan untuk kempen PRU14 yang rakyat Malaysia tidak mengalu alukan kedatangan pelabur dari China kerana konon...
Umno Dulu Dikeji Sekarang Dipuji

Umno Dulu Dikeji Sekarang Dipuji

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 384 hits
Pemimpin PKR Selangor yang juga penyokong kuat Anwar Ibrahim mengucapkan selamat kepada Umno mengalu alukan perwakilan parti Melayu itu berhimpun esok menjadi petanda kedua dua parti itu mula mesra Ketua Pemuda PKR Selangor Najwan Halimi tu...
Usai Hasil Tes Swab Negatif Tim Badminton Indonesia Dipastikan Pulang Hari Ini Ke Tanah Air

Usai Hasil Tes Swab Negatif Tim Badminton Indonesia Dipastikan Pulang Hari Ini Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 352 hits
Dengan begitu mereka pun tak harus menjalani isolasi hingga 23 Maret seperti yang diintruksikan NHS Inggris
Bersatu Cabar Umno Keluar Dari Pn Sekarang

Bersatu Cabar Umno Keluar Dari Pn Sekarang

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 339 hits
malaysiadateline comMarch 30 20217 13 PMOleh SITI NUR ZAWANI MISCON March 30 2021Bersatu mencabar pemimpin Umno untuk menarik diri dari Perikatan Nasional jika itu yang mereka mahukan susulan hasrat gabungan itu tidak akan bekerjasama denga...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu

Tiada Bunga Api Tahun Baru Di Indonesia Kerana Negara Meratapi Mangsa Banjir Di Sumatra