Dahulu Cemuh Sekolah Wawasan


Dalam satu sidang akhbar, pengerusi sebuah persatuan Cina mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) bukan sahaja Sekolah Wawasan (SW) sebenar, ia patut dijadikan yang utama pula ekoran enrolmen murid bukan Cina sekitar 20 peratus yang dilihat sebagai positif dalam pemupukan perpaduan negara. Dakwaan ini meleset sekali kerana etnik Cina menolak projek SW dengan sekeras-kerasnya semasa diperkenalkan pada 1997 dengan melemparkan pelbagai tohmahan. Antaranya, SW akan melunturkan jati diri Cina pada SJKC melalui pentadbirannya serta penggunaan bahasa ibunda akan sakan terkesan.

Kini SW mahu dijulang kembali etnik Cina setelah bukan sahaja kuat mencemuhnya, tetapi menggagalkan projek itu dengan tidak mahu langsung menyertainya di sebilangan lokasi. Ini tidak ubah menjilat lidah sendiri. Dalam pada itu, mereka selain tidak tahu malu kerana sanggup menerima perkara yang pernah dikeji, kini tidak semenggah pula untuk masuk bakul angkat sendiri apabila memuji SJKC sebagai juara perpaduan.

Sebenarnya enrolmen murid bukan Cina kini dijadikan dalil kuat untuk etnik Cina bukan sahaja memohon, tetapi mendesak untuk mengembangkan pendidikan aliran bahasa Mandarin. Dari satu segi, enrolmen itu yang diiringi percakapan semata-mata tidak boleh diterima pakai. Ini kerana ia tidak selari dengan tindakan yang berlaku di SJKC. Ini antaranya dapat dilihat pada penolakan pendidikan tulisan Jawi di SJKC yang ramai murid Melayu, dan sebarang unsur bukan Cina yang meskipun banyak manfaat kepada murid Cina itu sendiri. Semua ini selalu ditakbirkan sebagai ancaman kepada identiti SJKC yang mahu dipastikan wujud dalam keadaan setotok-totoknya.

Sehubungan itu, etnik Cina tidak layak melabelkan SJKC sebagai tapak perpaduan bestari dengan mahu menggunakan nama SW. Sebenarnya enrolmen itu bersifat citra luaran SJKC yang boleh mengaburi persepsi kita. Secara dalamannya, SJKC adalah sekolah etnik Cina. Sehubungan itu, keangkuhan etnisiti Cina dapat dilihat melalui cara penolakan projek SW, yang betul-betul mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira langsung perasaan etnik lain. Ia berkenaan ketakutan masalah sosial etnik lain akan merebak ke SJKC melalui dua jenis sekolah lain kerana berada dalam satu kompleks sama.

JAGUH
Tidak dapat dinafikan, projek SW gagal pada tahap perintisnya untuk diperluas kerana keengganan SJKC menjayakannya. Hanya satu daripada lima lokasi perintis itu berjaya, itu pun tidak sepenuhnya akibat kerjasama yang tidak selalu menggalakkan daripada SJKC. Kegagalan projek SW dahulu kerana etnik Cina dan mereka pula mahu membelanya kini dengan hanya menonjolkan SJKC adalah bukan sahaja perbuatan tidak bermaruah kerana tiada penghormatan kendiri apabila kini mahu mendakap perkara yang mereka pandang jijik dahulu. Ia juga tidak bermoral kerana sanggup mengagung-agungkan SJKC sedangkan hakikatnya sebagai tapak perpaduan utuh adalah tidak seberapa pun.

Pada masa dahulu, enrolmen murid bukan Cina di SJKC amat tidak disenangi, khususnya oleh guru Cina yang perlu bekerja lebih keras untuk memandaikan golongan murid ini yang langsung tiada latar bahasa Mandarin. Selain satu rahmat tersembunyi iaitu perkara yang dianggap malang dahulu itu kini banyak manfaatnya, faktor enrolmen ini ingin digunakan sehingga mahu disalahgunakan untuk segala macam agenda etnik Cina. Ini termasuklah membina SJKC di kawasan etnik lain, mengangkatnya sebagai jaguh hubungan etnik baik dan sebagai sekolah paling popular dalam kalangan ibu bapa kerana terbaik.

Etnik Cina hendaklah menyedari untuk diinsafi bahawa SJKC selama-lamanya adalah bukan aliran persekolahan utama dalam sistem pendidikan negara. Walau bagaimana sekalipun positif persepsi etnik Cina terhadap SJKC, ia bukan aliran terutama untuk diangkat menggantikan sekolah kebangsaan (SK) yang membekalkan pendidikan nasional. Ini kerana SJKC pertama-tamanya dan untuk selama-lamanya adalah sekolah vernakular yang menawarkan pendidikan etnik Cina yang mahu ikut dihadiri etnik lain untuk menguasai bahasa Mandarin. Walaupun ia diberikan nama jenis kebangsaan, yakni ala kebangsaan sahaja, SJKC bukan sekolah negara yang penuh sifat kebangsaannya seperti SK.

Oleh itu, bukan sahaja tidak tepat, malah tidak senonoh sekali untuk etnik Cina cuba mengangkat SJKC ke tahap mulia dalam proses pembentukan negara bangsa dari segi identiti nasional, sedangkan ia tidak pernah bersifat begitu. Ini berdasarkan kerenahnya sepanjang sejarah kewujudannya yang selalu kuat dicemuh semua pihak, sama ada British sewaktu penjajahan dan kini daripada pelbagai sisi.

Dengan ini, kita tidak boleh sesekali terperdaya dengan faktor enrolmen ini, walaupun tidak dapat dinafikan SJKC menjadi semakin popular. Ini baik dan ia harus bersifat melengkapi sahaja dan tidak sesekali menggantikan untuk mengambil alih peranan yang sepatutnya didukung SK.

Sehubungan itu, etnik Cina hendaklah berhenti daripada membuat kenyataan yang boleh menjejaskan status quo sistem pendidikan negara. Ia ibarat hanya batang kayu terapung di sungai yang tidak boleh sesekali berubah menjadi buaya. Oleh itu, SJKC harus mengetahui tarafnya, khasnya bahasa Mandarin yang menjadi tunjangnya. Ia hanya bersifat sukuan Cina di negara ini walaupun ia antara bahasa besar dunia. Dengan ini, etnik Cina hendak berpada-pada sahaja dalam hasrat mahu mengembang dan melestarikannya di negara ini.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/dahulu-cemuh-sekolah-wawasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Boleh Jumpa Kawan Dayah Bakar Hantar Anak Ke Sekolah Seronok Tengok Gelagat Fahri

Dia Boleh Jumpa Kawan Dayah Bakar Hantar Anak Ke Sekolah Seronok Tengok Gelagat Fahri

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 379 hits
Saban hari melihat perkongsian pengacara program Borak Kopitiam ini di Instagram hati terasa berbunga riang melihat kegembiraan pemilik nama Dayah Bakar yang kini berada di Australia bersama suaminya Hampir lima bulan menetap di Australia D...
Difahamkan Polis Akan Kenakan Kompaun Terhadap Sekolah Sekali Ini Ayat Padu Cikgu Fadli

Difahamkan Polis Akan Kenakan Kompaun Terhadap Sekolah Sekali Ini Ayat Padu Cikgu Fadli

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 467 hits
Dilaporkan polis akan keluarkan kompaun terhadap sekolah yang mencetuskan kluster baharu Covid19 sekiranya ia berpunca daripada pengabaian SOP
Pertemuan Pertama Dengan Guru Dan Teman Baru Di Sekolah

Pertemuan Pertama Dengan Guru Dan Teman Baru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 233 hits
Sejak masuk ke SMA Negeri 2 hanya beberapa teman dan guru saja yang dia sudah hapal Itupun diketahui hanya dari video conference saat pembelajaran daring
Sekolah Menengah Sains Banting Kena Pkpd

Sekolah Menengah Sains Banting Kena Pkpd

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 268 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Sebuah lagi sekolah berasrama penuh bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dua minggu bermula esok sehingga 7 Mei ini melibatkan Sekolah Menengah Sains Banting di Jalan Sultan...
Pengurusan Sekolah Caca Marba Hadapi Covid Menteri Timbalan Menteri Pendidikan Perlu Letak Jawatan

Pengurusan Sekolah Caca Marba Hadapi Covid Menteri Timbalan Menteri Pendidikan Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 248 hits
POSTED BY AMIR WRLRMenteri dan Timbalan Menteri Pendidikan perlu meletak jawatan kerana gagal menyelia pengurusan sekolah mendepani wabak Covid 19 Ahli ahli Parlimen pembangkang berkata demikian kerana ketidaktentuan polisi kerajaan Perikat...
Kes Covid 19 Meningkat Di Sekolah Aminolhuda Tempelak Menteri Pendidikan Jangan Jadi Bisu

Kes Covid 19 Meningkat Di Sekolah Aminolhuda Tempelak Menteri Pendidikan Jangan Jadi Bisu

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 276 hits
April 23 2021 Pakatan Harapan Johor menggesa agar Kementerian Pendidikan tidak terus membisu dan segera mengambil langkah proaktif bagi membendung penularan kes Covid 19 di sekolah Pengerusi Pakatan Harapan Johor Aminolhuda Hassan berkata t...
Disdik Malang Akan Evaluasi Sekolah Tatap Muka Terbatas Mulai 19 April

Disdik Malang Akan Evaluasi Sekolah Tatap Muka Terbatas Mulai 19 April

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 288 hits
Suwarjana menjelaskan evaluasi penyelenggaraan sekolah tatap muka secara terbatas akan dilaksanakan bersamaan dengan persiapan pelaksanaan ujian akhir siswa kelas 6 Sekolah Dasar yang akan dilakukan secara tatap muka
Covid19 20 Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Dua Hari

Covid19 20 Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Dua Hari

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 321 hits
nbsp Sebanyak 20 sekolah di Pulau Pinang ditutup selama dua hari susulan laporan kes COVID 19 di premis terbabit Penutupan itu melibatkan sekolah rendah dan menengah di lima daerah di negeri itu Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Abdu...
Sekolah Tutup Lepas Raya

Sekolah Tutup Lepas Raya

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 350 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menutup operasi persekolahan sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei depan Dalam tempoh penutupan sekolah itu para pelajar ak...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life