
Sumber gambar dari Okezone LifestyleIni paling kritikal. Kesilapan memilih warna akan membuatkan mood raya anda terganggu. Manakan tidak, sampel warna yang kita minta tidak sama warnanya setelah kita lakukan kerja-kerja mengecat.
Sumber gambar dari UnsplashMesti anda diantara anda yang menghadapi masalah terlebih atau kekurangan kuantiti cat sewaktu melakukan kerja mengecat sebelum ini kan? Jika kurang, anda terpaksa menambah bilangan tong cat, jelas menambahkan lagi kos anda untuk mengecat. Jika terlebih pula, lebihan itu terpaksa anda simpan. Namun belum tentu anda akan menggunakannya lagi dalam masa terdekat. Akhirnya apabila cat disimpan terlalu lama, ia menjadi rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
Sumber gambar dari UnsplashApa yang Ohmedia cuba sampaikan disini adalah kawasan yang ingin dicat perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Contoh, bersihkan dinding yang mempunyai tompokan kulat atau cat lama dinding yang mengelupas dengan menggosoknya menggunakan kertas pasir. Sekiranya ada sesetengah bahagian dinding yang retak atau bekas tebukan drill, gunakan filler untuk menutupinya.
Sumber gambar dari Tukang Cat DindingAdalah lebih baik cat yang ingin digunakan tidak dicampurkan dengan air. Ini kerana dikhuatiri anda akan menghilangkan warna asal yang ingin anda cat pada dinding. Hasilnya, warna yang anda mahu tidak sama dengan warna dinding yang anda cat. Ini menyebabkan anda terpaksa melakukan dua kali kerja, menyapu lagi satu lapisan cat untuk mendapatkan warna yang anda mahu. Meskipun begitu, kadang-kadang ia tidak menjadi.
Sumber gambar dari HamiltonStep untuk mengecat dengan betul adalah mulakan mengecat pada bahagian bucu atau keliling kawasan dinding kerana ia memerlukan ketelitian. Kebiasaannya berus yang lebih kecil digunakan agar tidak comot ketika mengecat (tidak terkena ketempat lain). Setelah selesai, barulah kawasan dinding yang lebih besar dicat dengan kaedah 'W' atau 'M' dan barulah diratakan cat berkenaan disemua kawasan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |