Dah Jumpa Kedai Jual Bantal Kekabu Murah Di Kl
Joms nak share dengan korang, tempat jual bantal kekabu murah di KL. Ceritanya nak cari bantal kekabu mr hubby yang nak tukar bantal kat rumah kitaorang sebab bantal sekarang dah lama sangat, bila baring dah jadi tak selesa. Itu yang mr hubby duk bising nak tukar bantal. Mr hubby nak bantal kekabu tapi nak cari kat area KL ni, macam agak susah lah kan bantal kekabu. Kebetulan ahad lepas masa keluar breakfast, mr hubby suruh google cari tempat jual bantal kekabu kat area KL & k.fiezz terjumpa Little Maira ni. Kedai tilam yang jual bantal kekabu murah, karpet, cadar serta barang ibu dan bayi yang terletak di Ampang, KL. Sebelum ke situ, kitaorang call dulu tanya betul tak situ ada jual bantal kekabu & berapa harganya sebab kalau mahal malas lah nak pi..hehe..Lepas dah tahu harganya, habis je breakfast terus ke Little Maira di Ampang ni..
LITTLE MAIRA AMPANGLokasi Little Maira ni agak ke dalam so kalau dari jalan besar memang tak nampak. Nasib lah google maps ada..Ikut je lah sampai depan kedai, confirm tak sesat. hehe..
Sampai je depan kedai, dah nampak bersusun karpet, barang-barang baby, set cadar.. Meriah weii..Masuk je dalam kedai, terus tanya bantal kekabu dulu. Itu yang jadi point ke sini, kan. Lepas dah dapat bantal, baru usya barang-barang lain pula. Bantal kekabu rasanya simpan kat tempat lain sebab masa kitaorang tanya baru adik yang kerja kat situ keluarkan beberapa biji bagi kitaorang tengok nak saiz yang mana. Kecil ke besor. Lepas belek-belek, kitaorang ambil terus 4 biji saiz besor. Harga bantal kekabu saiz besor RM30 / sebiji. Saiz kecil RM27 / sebiji. Dah setel part bantal kekabu, baru tengok barang lain pula.
K.fiezz macam minat nak beli karpet sebab nak gantikan karpet kat meja makan yang sedia ada kat rumah. Udah teruk benor plus berbau. Mungkin sebab ada air tertumpah atas karpet, bila dah lama dia jadi berkepam..Itu yang k.fiezz plan nak tukar karpet. Masa ke Little Maira ni, tengok bersusun karpet,eh tergoda juga weiiii..Haha hasilnya tersangkut satu. Karpet ada 2-3 saiz. Kitaorang ambil yang saiz sederhana. Main agak-agak je yang boleh letak lapik kat bawah meja makan. Sebab nak berlapik?Tikar getah kat area meja makan dah compang camping koyak..haha. Jadi kita cover lah dengan karpet...
Kedai Little Maira ni berdepan dengan Sekolah Integrasi. Lokasi kedai ni betul-betul kat tengah, kena masuk ke dalam baru nampak kedai dia. Masa kitaorang ke sini hari minggu, jadi parking banyak kosong.
Deretan bantal
Sambil-sambil tengok bantal kekabu, try tengok deretan karpet-karpet yang bersusun ni... Konon nak usya je design, sekali terbeli pula..hehe..
Set Cadar Patchwork..Set cadar yang sekali dengan comforter ada sekali kat bahagian atas. Jenis patchwork ni, selimut pun ada tapi jenis biasa bukan tebal. K.fiezz & mr hubby pilih set cadar yang ada comforter tebal sebab kat bilik pasang aircond..Kadang sejuk bebenor aircond, memang kena guna comforter...
Baru lah tahu beza cadar patchwork dengan fitted ni
Patchwork cadar dia jenis terus letak je tak ada getah kat setiap bucu & fitted pula ada getah setiap bucu jadi bila letak cadar kat katil, dia elok tegang. Kalau k.fiezz lagi suka fitted sebab bila baring idak lah dia lari sana sini..hehe
Hasil memborong..Karpet satu, set cadar dengan comforter dua & bantal kekabu 4 biji.
Bantal - RM30 / sebiji x 4 = RM120Karpet - RM55 / satu = RM55Set Cadar - RM69 / satu = RM138
Total damage = RM313
Sekarang ni tengah promo sempena cuti sekolah!
Set cadar belum rasmi lagi sebab baru tukar Sabtu lepas.
Karpet, terus rasmi..Pilihan corak, abstrak..Yesss sis sejenis suka corak abstrak, kurang gemor bunga-bunga ni...Mr hubby mula-mula pilih corak bunga yang macam dulu-dulu..Memang k.fiezz tak approve lah..Pilih punya pilih, design yang ni baru kitaorang sefahaman..So onzzz..hehe.
OKEY TAK MATERIAL KAT LITTLE MAIRA NI?So far yang kitaorang dah rasmi guna karpet & bantal kekabu. Karpet memang best bila dipijak, lembut material dia. Bantal kekabu tak lembut & tak keras. Just nice bila baring.. Memenuhi kriteria yang kitaorang cari sebab kalau bantal lembik sangat tak sedap bila baring. Kalau keras pun sama juga. Ada setengah bantal tu pakej sakit kepala bila baring. Aihhh tak suka lah macam tu. Jadi kita cuba pula bantal kekabu ni..Tapi tak silap k.fiezz bantal kekabu ni kena rajin jemur yea. Alaaa, failed betul part ni sebab sis duk umah flat, mana ada tempat nak jemur-jemur ni...Lagi satu risau sat gi hilang sebab ampai baju kat koridor laluan jalan kaki, tempat orang lalu lalang. Faham lah duk flat ni, tak boleh nak positif sangat. haha..Tak apa nanti tengok macamana bila nak menjemur bantal sesekali...Kena time kitaorang ada kat rumah & pintu buka.
Set cadar tak rasmi lagi tapi ada lah kitaorang try rasa-rasa material dia masa nak beli, lembut je & kata staff kat kedai ni, kalau basuh tak berbulu..Okey lah kalau macam tu. Terus 2 sekali beli...Sakan memborong kat Little Maira ni. Dari niat asal nak beli bantal kekabu tetiber set cadar & karpet sekali angkut keluar letak dalam kereta..hehe..Bahaya ni datang sini.
Harga kat sini okey, reasonable. Karpet RM55 saiz L, kira murah lah tu kan. Mungkin kat Nilai lagi murah kot tapi kalau nak ke sana kena kira juga kos minyak, tol lagi rasanya baik lah kitaorang yang duk kat KL ni beli area berdekatan je. Kalau korang yang memang duduk kat belah-belah Nilai, boleh lah pi kat sana..Ikut keselesaan masing-masing & yang mana lebih berbaloi. Nak shopping ni kena kira juga kos-kos selain dari kos barang yang kita nak beli, betul tak
So untuk orang KL yang nak cari bantal kekabu murah atau barang lain macam karpet, set cadar dengan murah, boleh lah ke Little Maira di Ampang ni.
Lagi satu beli kat sini, staff dia peramah & layan kita elok. Jadi rasa seronok membeli-belah kat sini.
YEAY..DAH JUMPA TEMPAT JUAL BANTAL, KARPET & CADAR MURAH...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/02/Dah-Jumpa-Kedai-Jual-Bantal-Kekabu-Murah-Di-KL.html