Baby Shima Mahu Fail Saman Lepas Kena Kecam Konon Dia Jual Agama Di Pahang


 

KUALA LUMPUR - Nampaknya persembahan Baby Shima di Kuantan pada beberapa hari lalu memunculkan bahang tersendiri apabila tercetus pertikaian di antara penyanyi terbabit dengan beberapa ahli politik.
Dikaitkan dengan cara penampilannya semasa program tersebut serta di tempat-tempat lain, penyanyi terbabit kelihatan tidak berdiam diri sebaliknya memberikan reaksi kepada pengkritik di media sosial.
Kini dia tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan saluran perundangan apabila dituduh boleh menjadi punca kemurkaan Allah serta dilabel menjual agama.
Baby Shima menjelaskan, perkara itu kini dalam pemerhatian peguamnya memandangkan kehadiran dia di Sungai Isap, Kuantan pada 18 Feb lalu disalah erti pihak tertentu.
Dia hadir sempena program Hari Bandaraya Mesra Komuniti dan kebetulan pada hari yang sama sambutan Israk dan Mikraj.
“Peguam saya sedang meneliti isu tersebut untuk tindakan lanjut kerana hantaran dibuat di media sosial itu sudah dikira memfitnah saya.
“Posting berkenaan turut mengakibatkan saya dikecam teruk sebelum acara itu berlangsung. Ketika itu mereka anggap saya bakal hadir untuk bergelek dengan lagu dangdut.
“Tapi mereka mungkin terkejut akhirnya saya datang dengan imej sopan malah bertudung dan persembahkan empat lagu selawat ke atas nabi.
“Dah tak ada point kemudian tuduh saya menjual atau menunggang agama pula,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tengok sendiri, bukan andaian
Pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli itu juga tidak menolak kemungkinan pihak yang menimbulkan kontroversi itu sebenarnya mempunyai motif politik tertentu ekoran majlis terbabit dianjurkan oleh kerajaan.
Katanya, dia hairan kerana kedatangannya di Kuantan dua kali sebelum itu langsung tidak mendapat sebarang bantahan.
“Saya pelik, kenapa sebelum itu persembahan dangdut di Serambi Teruntum untuk Pesta Flora dan Fauna dan Hari Radio Sedunia (RTM Kuantan) tak dapat bantahan langsung.
“Jadi kenapa persembahan yang dianjurkan kerajaan sekarang boleh timbul isu pula? Jangan guna saya untuk isu-isu politik,” tegasnya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Kuantan (PAS), Wan Razali Wan Nor, mendakwa pihaknya menghantar surat bantahan rasmi kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) agar menghentikan pembabitan Baby Shima.
Katanya, penyanyi itu sering terpalit isu moral dalam persembahannya dan melanggar tatasusila serta adat ketimuran.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Abdul Rosli Jabar, pula berkata sebagai ADUN Tanjung Lumpur dia tidak rela MBK membenarkan persembahan membabitkan Baby Shima yang dianggap tidak mengikut garis-garis panduan Islam.
Seorang pemimpin Pemuda PAS Pahang juga mendakwa penyanyi terbabit 'menjual agama' kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.
EKoran kontroversi itu media sosial penyanyi Ikatan Asmara itu turut 'meriah' dengan pelbagai komen serta reaksi daripada pelbagai pihak.
Untuk rekod, pada program Hari Bandaraya Mesra Komuniti itu, Baby Shima, 30, mempersembahkan lagu seperti Selawat Nabi, Kangen Rasul, Ya Habibi Ya Rasulullah dan Hikmah.
Menurutnya lagi, majlis itu bukan satu-satunya slot persembahan lagu kerohanian yang pernah dipenuhi atas permintaan undangan.
Justeru dia berpesan agar pihak yang membencinya tidak membuat tuduhan tanpa usul periksa hingga boleh mengundang fitnah dan mendatangkan malu pada diri sendiri.
“Mereka mungkin ingat saya tak pernah nyanyi lagu nasyid.
"Saya pernah diundang bagi mengisi slot lagu-lagu nasyid sebelum ini. Program MBK itu pun bermula jam 10 pagi, takkanlah saya nak berdangdut.
“Jadi, pertama sekali, sebelum majlis berlangsung, jangan nak mengata buruk pasal orang. Tengok dengan mata kepala sendiri sebelum buat andaian,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/02/baby-shima-mahu-saman-lepas-kena-kecam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Haji Mengata Parti Sendiri Ke Tu Difitnah Jual Agama Baby Shima Mahu Saman Pemimpin Pas Pahang

Tuan Haji Mengata Parti Sendiri Ke Tu Difitnah Jual Agama Baby Shima Mahu Saman Pemimpin Pas Pahang

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 209 hits
Baru baru seorang penyanyi terkenal Baby Shima telah diundang untuk membuat persembahan di Sungai Isap Kuantan bersempena program Hari Bandaraya Mesra Komuniti dan hari yang sama sambutan Israk dan Mikraj nbsp Persembahan itu bagaimanapun t...
V Sopan Berhijab Hadiri Majlis Sambutan Israk Mikraj Baby Shima Dikatakan Menjual Agama

V Sopan Berhijab Hadiri Majlis Sambutan Israk Mikraj Baby Shima Dikatakan Menjual Agama

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 341 hits
Penyanyi sensasi Baby Shima tampil bersuara setelah netizen menuduhnya menjual agama selepas mengenakan hijab di sebuah majlis di Kuantan Pahang
Baby B Nak Mommy Sha Je Tak Nak Lepas Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga Comelnya

Baby B Nak Mommy Sha Je Tak Nak Lepas Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga Comelnya

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 206 hits
Pelakon jelita Fasha Sandha dikenali dengan bakat lakonannya yang bersahaja dan sering memberi impak kepada para penonton Fasha juga sering menjadi inspirasi kepada para ibu kerana dia sangat komited dalam menjaga kesihatan serta kecantikan...
Baby Shima Bertudung Dan Nyanyi Lagu Nasyid Hormati Israk Mikraj Di Kuantan

Baby Shima Bertudung Dan Nyanyi Lagu Nasyid Hormati Israk Mikraj Di Kuantan

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 467 hits
KUANTAN Penyanyi sensasi Baby Shima menuai perhatian ramai apabila tampil dengan imej bertudung dalam sebuah persembahan sempena sambutan Israk Mikraj hari ini Pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli itu memberitahu imej berhijab berkenaan meru...
Timbalan Speaker Quot Dun Pahang Quot Sahkan Beliau Di Saman Akibat Kesalahan Trafik

Timbalan Speaker Quot Dun Pahang Quot Sahkan Beliau Di Saman Akibat Kesalahan Trafik

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 492 hits
nbsp KUANTAN Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Lee Chin Chen mengesahkan beliau telah disaman atas kesalahan trafik melibatkan gambar kenderaan peribadinya melanggar peraturan lalu lintas yang tular di media sosial pada Ah...
Ramai Tak Tahu Bezakan Konten Amp Realiti Dikecam Jual Muka Demi Makanan Percuma Influencer Tak Diam Diri

Ramai Tak Tahu Bezakan Konten Amp Realiti Dikecam Jual Muka Demi Makanan Percuma Influencer Tak Diam Diri

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 360 hits
Sedia maklum beberapa hari yang lalu tular video influencer 8216 menjual 8217 muka cantik mereka untuk mendapatkan makanan percuma di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur Susulan berbuat demikian kebanyakkan netizen mengecam kedua dua gadis...
Padam Sajalah Agama Bukan Bahan Lawak Netizen Dakwa Fikry Ibrahim Buat Jenaka Mempersendakan Agama

Padam Sajalah Agama Bukan Bahan Lawak Netizen Dakwa Fikry Ibrahim Buat Jenaka Mempersendakan Agama

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 204 hits
Seperti menjadi trend terkini bahan jenaka atau lawak dijadikan modal untuk menarik perhatian pengikut pengikut selebriti dan pemengaruh di media sosial Namun begitu dalam lawak jenaka ada perkara yang perlu dititikberatkan apatah lagi meli...
Sakit Hati Betul Pengguna Dakwa Pasar Raya Menipu Pelanggan Jual Telur Ayam Gred C Tetapi Claim Gred A

Sakit Hati Betul Pengguna Dakwa Pasar Raya Menipu Pelanggan Jual Telur Ayam Gred C Tetapi Claim Gred A

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 233 hits
Sejak kebelakangan ini ramai pengguna meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan beberapa pasar raya yang didakwa tidak jujur ketika menjual telur ayam kepada pelanggan Menurut seorang pengadu dia mengalami kerugian disebabkan tindakan pasar ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara

Emas Sasarkan Rekod Tertinggi

Rindu Yang Diam Diam Berdoa