Dah Habis Spm Lepas Ini Nak Sambung Mana


AssalamualaikumBismillah
Sebelum ini aku pernah kongsi juga Hala Tuju Selepas SPM tetapi entri itu lebih kepada pengalaman aku nak sambung mana selepas habis SPM. Jadi mungkin adik-adik lepasan SPM yang baca sedikit kecewa sebab masih tak tahu nak sambung mana kan

Aku pasti ramai yang bingung, keliru dan tak tahu kan. Cita-cita nak jadi guru tapi tak tahu nak sambung mana. Akhirnya, ramai yang salah pilih haluan selepas SPM. Akulah antara orang yang keliru nak sambung mana dulu..


Yang kebanyakkan orang tahu habis belajar saja sambung Tingkatan 6, Diploma atau Matrikulasi kan. So, kali ini aku berkongsi panduan nak sambung mana selepas habis SPM. 
1. STPM (Tingkatan 6)Mesti dah ramai tahu pasal Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kan. Yang berminat bolehlah sambung ke Tingkatan 6. Aku pun dulu bekas pelajar Tingkatan 6 juga. Form 6 dah tak macam dulu, sebab Tingkatan 6 dah dikategorikan sebagai Pra-Universiti. 
Peperiksaan pun dah tak macam dulu. Kalau gagal boleh repeat paper haha. Sesiapa yang memilih STPM juga korang boleh terus sambung Ijazah selepas habis belajar. Kiranya pilihan ini merupakan "Fast Track" nak masuk Universiti lah. Belajar pun tak lama, hanya setahun setengah sahaja berbanding diploma. 
Kelebihan masuk Tingkatan 6 juga adalah dari segi kos pengajian yang murah. Lagi-lagi kalau Pusat Tingkatan 6 korang berdekatan rumah, bertambahlah jimat poket korang. Selain itu, dari segi pakaian pun dah macam ala-ala di Universiti. Tak perlu pakai baju sekolah. Peluang pekerjaan untuk STPM juga ada just in case korang dah tak nak sambung Ijazah. 
2. STAM (Tingkatan 6)Memandangkan aku bukanlah pilih STAM selepas SPM, aku pun tak berapa tahu sangat tentang Sijil Tertinggi Agama Malaysia (STAM). Bagi yang memilih haluan ini, kebanyakkan tertumpu kepada pelajar aliran agama. 
STAM ini sama saja dengan STPM, dah habis belajar boleh terus sambung ke peringkat Ijazah di universiti. Kalau keputusan STAM korang bagus, boleh juga sambung belajar di luar negara seperti Jordan dan Mesir. 
Baca Sini : Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam? 
3. MatrikulasiKebanyakkan pelajar yang memilih aliran Matrikulasi ini lebih cenderung ke arah aliran kejuruteraan, perakaunan dan aliran sains tulen. Abang dan adik lelaki aku selepas SPM terus sambung Matrikulasi. Aku pula tak minat nak belajar sains walaupun aku daripada aliran sains tulen semasa SPM.

Ramai yang pilih haluan ini. Kebanyakkan pelajar cemerlang sahaja yang ditawarkan ke Matrikulasi. Sekiranya ditawarkan ke Matrikulasi, secara automatik memang tak dapatlah masuk Tingkatan 6. Matrikulasi ini bukan di sekolah lagi. Macam kat Sabah ini, Matrikulasi Labuan. Tempoh program matrikulasi bergantung dengan course yang diambil samada korang pilih program 1 atau 2 tahun. 

Selepas tamat pengajian di Matrikulasi korang boleh pilih mana-mana universiti awam di Malaysia. Cuma apa yang aku faham berdasarkan pengalaman adik aku yang belajar di Matrikulasi Labuan, bidang yang dipilih di universiti nanti berdasarkan keputusan matrikulasi korang.

Sesiapa yang pernah sambung matrikulasi bolehlah share di ruangan komen di bawah ya. Sama-sama kita bantu kongsi ilmu dan pengalaman supaya adik-adik kita ini boleh buat keputusan dengan baik nak sambung mana.

4. AsasiDulu aku tak berapa faham sangat dengan Asasi ni. Sekiranya korang nak sambung program Asasi ini pun bagus juga sebab Asasi sama juga seperti Matrikulasi. Cuma yang membezakan Asasi dengan Matrikulasi ialah ia dikendalikan oleh pihak universiti. Orang kata kalau pilih Asasi memang dah confirm dapat tempat di universiti

Cuma sekiranya korang nak memilih asasi, pastikan korang dah tahu nak ambil course apa masa sambung Ijazah nanti. 
5. DiplomaKorang juga boleh memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma. Program diploma yang bestnya ada ditawarkan di univeristi awam, swasta dan mana-mana kolej yang berdekatan. Biasanya diploma akan mengambil masa dalam tempoh 2 tahun setengah atau 3 tahun. Bergantung lah dengan course yang korang ambil. 
Aku ada sepupu yang sambung Diploma dalam bidang perakaunan di MSU. Program pengajian dia hanya 2 tahun sahaja. Memandangkan program peringkat diploma ini telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Jadi, korang kena tahu dah apa pilihan course yang diminati

Kalau minat nak jadi guru bolehlah ambil bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Minat memasak? Korang cari bidang Kulinari atau perhotelan. Jangan main-main tau dengan orang yang sambung peringkat diploma ni sebab kebanyakkan course yang ditawarkan mempunyai peluang yang baik untuk pasaran kerja akan datang. 
Pelajar lepasan Diploma juga boleh terus bekerja ataupun meneruskan pengajian Ijazah. Ada yang meneruskan pengajian dalam peringkat Ijazah dalam bidang yang sama. So, korang boleh melakukan pengecualian kredit supaya dapat memendekkan tempoh pengajian semasa degree nanti.

6. PoliteknikHah.. yang tak berapa okay sangat akademik tetapi nak juga sambung belajar bolehlah pilih Politeknik. Politeknik ini pilihan yang sangat tepat buat pelajar lepasan SPM yang cenderung ke arah kemahiran. Ada orang dia mungkin tak berapa okay dari segi akademik, tetapi kemahiran dia power! 
Jangan ingat lepasan Politeknik ini tak laku kalau kerja. Berbanding graduan lepasan universiti, tahap kebolehpasaran graduan lepasan Politeknik ini lebih tinggi sebab korang bukan sahaja belajar teori, malah praktikal sekali.

Politeknik menerapkan pembelajaran 50% teori dan 50% praktikal, berbanding institut universiti yang hanya 80% teori dan 20% praktikal. Yuran pengajian juga murah berbanding universiti awam. Politeknik ini juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


7. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)Siapa cita-cita nak jadi guru tu? Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi cikgu sekolah, inilah peluang korang untuk sambung pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Secara ringkasnya, PISMP merupakan program guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar lepasan SPM.
Korang yang berminat dengan pilihan ini akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun di IPG yang telah ditetapkan. Pelajar yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan kemasukan ke PISMP selama 4 tahun secara sepenuh masa.
Bagi yang meminati sangat bidang perguruan, bolehlah memilih PISMP. Korang yang berumur tidak lebih dari 20 tahun layak memohon. Program ini melatih bakal-bakal guru lepasan SPM. Terdapat pelbagai program yang korang boleh pilih seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan lain-lain lagi.
Apabila korang dah tamat pengajian akan mengajar di sekolah kebangsaan mengikut bidang yang diceburi. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di web rasmi PISMP. Bagi pemohon yang pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu

Baca Sini : Permohonan IPG Online Program Guru Lepasan SPM 

8. Latihan Separa PerubatanKalau korang berminat dalam bidang separa perubatan boleh memohon Latihan Separa Perubatan di laman web rasmi SPA. Sekiranya lulus exam online dan temuduga, segala kos pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kementerian. Selain itu, sesiapa yang memasuki Latihan Separa Perubatan, korang dibayar untuk belajar. 
Apabila memasuki Latihan Separa Perubatan, sebaik sahaja habis belajar, peluang untuk terus diserap masuk sebagai penjawat awam sangat tinggi. Tetapi tiada jaminan akan akan dipanggil berkhidmat dengan KKM. Kerana sekarang ini masih ramai lepasan Latihan Separa Perubatan menunggu panggilan dipanggil untuk berkhidmat.
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun. Bagi pemohon yang baru pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu di web rasmi SPA. Di SPA juga terdapat pelbagai jawatan lain seperti diperingkat PMR, SPM, Diploma/STPM mahupun Ijazah


Baca Sini : Panduan Mengisi Permohonan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) & Tips Memilih Jawatan Yang Betul 
9. Latihan Kemahiran MalaysiaBagi yang meminati bidang pelbagai kemahiran, korang boleh memohon samada Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, Akademi Binaan Malaysia, Giatmara dan banyak lagi. Kursus juga banyak ditawarkan seperti automotif, menjahit, memasak dan lain-lain lagi. Ramai yang tak tahu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ini mempunyai beberapa tahap. 
Aku sendiri tak tahu sangat. So yang berminat boleh baca 5 Tahap Sijil Kemahiran Malaysia, Ramai Tak Tahu Kan?
10. BekerjaHaa.. Yang tak minat nak sambung bolehlah terus bekerja. Cuma kalau nak terus bekerja tidak boleh terlalu memilih. Ambil pengalaman yang penting. Ramai je pelajar lepasan SPM yang lebih berjaya apabila memilih untuk bekerja. Tak masuk Universiti tidak semestinya tidak berjaya dalam hidup kan

Baca Sini : Pengalaman Kerja Part-Time 
Fuh.. panjang gila nak menaip kali ini. 
Akhir kata, walau apa pun keputusan yang kamu pilih. Pilihlah dengan sebaik mungkin, kerana ini melibatkan masa depan kita sendiri. Kalau korang rasa sambung belajar itu lebih baik, maka sambunglah. Lagi-lagi yang ada minat. Insya'Allah Allah akan permudahkan setiap jalan yang kita pilih.
Kalau dengan bekerja itu korang rasa itulah pilihan yang lebih baik. Maka, teruskanlah dengan pilihan korang. Sebenarnya nak sambung atau tidak itu dari diri kita sendiri saja. Apa sahaja pilihan yang korang pilih tiada yang betul atau salah. 
Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke [email protected] Sesiapa yang sudi boleh klik mana-mana iklan di blog ini. Setiap iklan yang ada dalam blog ini adalah sumber pendapatan yang diperoleh oleh penulis. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ciknurul23.blogspot.com/2019/12/dah-habis-spm-lepas-ini-nak-sambung-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawapan Padu Kalau Orang Tanya Mana Dalil Nak Buat Tahlil Ustaz Kazim Elias

Jawapan Padu Kalau Orang Tanya Mana Dalil Nak Buat Tahlil Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 286 hits
Jawapan Padu Kalau Orang Tanya Mana Dalil Nak Buat Tahlil Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Nak Travel Ke Mana Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti

Nak Travel Ke Mana Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 418 hits
Nak Travel Ke Mana Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk BercutiNak Travel Ke Mana Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tetiba Momi rasa gatal gila kaki nak pergi travel dengan kawan kawan kawan Hari it...
Petua Dan Doa Macam Mana Nak Cari Orang Yang Hilang Ustaz Kazim Elias

Petua Dan Doa Macam Mana Nak Cari Orang Yang Hilang Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 475 hits
Petua Dan Doa Macam Mana Nak Cari Orang Yang Hilang Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Lepas Subjek Add Math Ada Pihak Buat Petisyen Minta Turunkan Markah A Sejarah Spm Sampai 50

Lepas Subjek Add Math Ada Pihak Buat Petisyen Minta Turunkan Markah A Sejarah Spm Sampai 50

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 615 hits
Siapa saja mesti inginkan kejayaan dalam mencapai sesuatu dengan usaha yang menggunung dan bertungkus lumus dalam mengejar kejayaan tersebut Sebagai bekas pelajar sekolah keputusan cemerlang dalam peperiksaan sangat dititikberatkan Bahkan u...
Lepas Geng Spm Wujud Pula Petisyen Minta Pointer Anugerah Dekan Diturunkan Kepada 2 00

Lepas Geng Spm Wujud Pula Petisyen Minta Pointer Anugerah Dekan Diturunkan Kepada 2 00

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 293 hits
Hangat kebelakangan ini mengenai isu petisyen yang dibuat untuk penurunan markah bagi subjek Matematik Tambahan dan Sejarah untuk pelajar SPM Ini kerana markah bagi lulus dan cemerlang bagi kedua dua subjek tersebut dikatakan sukar untuk di...
5 Benda Suami Nak Kena Tahu Tentang Isteri Yang Lepas Bersalin

5 Benda Suami Nak Kena Tahu Tentang Isteri Yang Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 383 hits
Mendengar pengalaman orang tentang sakit bersalin bukanlah satu perkara yang menyenangkan Lebih lebih lagi jika ini adalah kandungan pertama Walaupun setiap pengalaman bersalin ibu adalah berbeza namun rata rata pasti ramai yang bersalin no...
Ada Cara Mudah Nak Beri Anak Makan Ubat Tak Perlu Berperang Lagi Lepas Ni

Ada Cara Mudah Nak Beri Anak Makan Ubat Tak Perlu Berperang Lagi Lepas Ni

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 479 hits
Berperang nak beri anak makan ubat supaya cepat sembuh situasi yang biasa yang perlu ibubapa hadapi Sampaikan ada anak meraung raung macam kena dera semata mata terpaksa makan ubat Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh ikuti perkongsian dari ...
Lufya Omar Kejap Nak Cerai Kejap Tak Mana Satu Ni

Lufya Omar Kejap Nak Cerai Kejap Tak Mana Satu Ni

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 630 hits
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar keliru apabila Che Muhammad Hafiz Che Baharum menukar pendirian dengan menolak untuk bercerai sedangkan sebelum ini suaminya itu mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya ketika ditemubual beberapa media Ke...
Bubar Parlimen Kerja Org Terdesak Masih Penipu Dan Nak Lepas Tengkok

Bubar Parlimen Kerja Org Terdesak Masih Penipu Dan Nak Lepas Tengkok

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 317 hits
Dan desak Tun berundur Bolehkah semua pulih Petrol turun Oiii bangang Jangan kau semborono borong cakap orang politik Otak jangan Piai
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims