Dah Daftar Ke Aeon Member Plus Visa Card Aeon Wallet
AEON Member Plus Visa Card & AEON Wallet | Minggu lepas CN berkesempatan ke AEON Mall Shah Alam sempena majlis pelancaran AEON Member Plus Card & AEON Wallet. Memang meriah di sana. Pelancaran kedua-dua produk AEON tersebut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON ASIA Sdn. Bhd. dan AEON Co. (M) BHD, Kenji Fujita, Pengarah Urusan AEON Credit (M) Bhd, Masayoshi Masuda, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd. dan Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia.
CN dah ada kad AEON Member Plus VISA, anda bila lagi?
Cara daftar Kad AEON Member Plus Visa & AEON Wallet
Kad AEON Member Plus merupakan kad 1-for-all yang bukan sahaja membenarkan pemegang kad mengutip mata ganjaran berganda di semua rangkaian AEON, malah berfungsi sebagai kad prabayar Visa untuk transaksi pembayaran tanpa tunai dalam rangkaian jualan terlibat mahupun secara dalam talian.
AEON Member Plus Visa Card & AEON Wallet - I Card For All
Manakala AEON Wallet pulak merupakan sistem aplikasi mudah alih yang menghubungkan Kad AEON Member Plus Visa dan membenarkan pembayaran dibuat menerusi kod QR di kesemua rangkaian peruncitan AEON. Anda boleh download apps ini secara PERCUMA di Google Playstore. Paling best, apps ini membolehkan anda melihat berapa baki kad & point yang anda kumpul.
Apps AEON Wallet yang boleh download secara PERCUMA
Homepage untuk aplikasi AEON Wallet
Kebetulan kad AEON CN dah expired, teruslah sign up AEON Member Plus Visa Card. PERCUMA je. Sempena tour AEON Member Plus Visa Card & AEON Wallet bermula 8 November 2018 hingga 31 December 2018 di semua cawangan AEON, anda hanya perlu mengikut 5 langkah mudah sahaja.
Kaunter sign up
1. SIGN UP
: Anda hanya memerlukan IC untuk sign up. Kemudian verify beberapa maklumat terkini & sign secara maya.
Kaunter set pin
2. SET PIN
: Setelah anda mendapat kad AEON Member Plus Visa, anda dikehendaki untuk set pin kad anda. Ala, macam set pin untuk kad bank anda itu juga lah.
Kaunter redemption
3. REDEMPTION
: Hokay, sempena promosi kad AEON Member Plus Visa, anda berpeluang redeem Yokina bear yang sangat comel ini. Cepat-cepat tau sementara stok masih ada.
Comel kan Yokina bear ni?
Kaunter topup
4. TOPUP: Ok, kini anda dah ada AEON Member Plus Visa Card! Tahniah! Untuk membolehkan anda mendapat point AEON, anda boleh topup nilai di bawah :
AEON points 50 >> topup RM50-RM99.99AEON point 100 >> topup RM100 dan ke atas
Promosi dari 8 November 2018 sehingga 31 December 2018 sahaja!
CN topup RM50 dulu, tunggu dapat gaji baru topup banyak sikit! Hehehe
Kaunter collection
5. COLLECTION: Paling best sempena tour ni, anda boleh dapatkan barangan tertentu pada harga promosi. Selepas anda membeli 2 item dari mesin di bawah, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan memusing ala roda impian. Alhamdulillah, murah rezeki CN dapat kad voucher AEONBig RM20.
Antara barangan promosi dengan harganya
Imbas je AEON Member Plus Card ni, senang sangat!
Muka happy dah cukup 5 cop
Bukti cukup 5 cop & boleh spin !
Jika cukup 5 cop, anda boleh spin & berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik!
Rezeki tangan Encik Suami, menang kad voucher AEONBig RM20 yang warna oren ni
Kelebihan kad AEON Member Plus VISA ini
Kad AEON Member Plus VISA ini merupakan 1 Card For All !
>> Earn up to 2X AEON Point : 2X mata ganjaran AEON untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.
>> Redemption Award Programme : 200 AEON point = RM1. Paling best, points AEON ni sah selama 3 tahun!
>> Exclusive Benefits in AEON Stores & AEON Big Hypermarkets : Barangan harga istimewa serta Thank You day promotion
>> Online Shopping & Global Acceptance : Anda boleh shopping online menggunakan kad AEON Member Plus VISA ini serta berbelanja di luar negara yang menerima kad VISA
>> Tap To Pay With Visa : CN suka fungsi ni, tap je kad di hadapan pengimbas. Tak perlu pin untuk barangan kurang daripada RM250.
>> Budget Control : Tiada kadar faedah bulanan atau caj bayaran lewat. Anda juga boleh tetapkan had bagi setiap transaksi, harian dan bulanan.
>> Safe & Secure : Anda boleh terus report ke syarikat AEON jika kehilangan kad & mereka akan terus block kad tersebut
>> Exclusive Privileges & Discount : Nikmati diskaun eksklusif sehingga 70% & pelbagai keistimewaan lain daripada 200 rakan niaga terpilih seluruh negara seperti Sunway Lagoon, SASA, Focus Point, Carlo Rino, Poh Kong & banyak lagi!
CN dah ada kad AEON Member Plus Visa, anda bila lagi?
Promosi pendaftaran AEON Member Plus Card & AEON Wallet
Dapatkan AEON points 50 setiap nilai topup dari RM50 hingga RM99.99 dalam 1 resit. Manakala AEON points 100 untuk setiap nilai topup dari RM100 dan ke atas. Cepat-cepat kerana promosi ini akan tamat pada 31 December 2018 ini! Jadi apa tunggu lagi, jom daftar AEON Member Plus Card & jangan lupa download AEON Wallet PERCUMA.
#AEON1ForAll #MYAEONWallet #AEON #AEONMall #AEONMallShahAlam #AEONCredit #AEONBig #AEONMaxValu #AEONMaxValuPrime #AEONWellness
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cekgunorazimah.com/2018/11/dah-daftar-ke-aeon-member-plus-visa.html