Dah Boleh Rentas Negeri Jom Balik Kampung


Dah Boleh Merentas Negeri | Jom Balik Kampung! Assalammualaikum semua. Sidang media jam 3PM hari ini membuka sinar  baru buat kita semua. Ruby berada di Selangor, pelbagai pancaroba perlu dilalui sepanjang pandemik wabak COVID-19. 
PKP, PKPD, PKP, FASA 1, FASA 2, dan kini FASA berapa pun Ruby tidak tahu.
Ruby hanya mengikut SOP untuk kemana-mana. Akur dengan arahan kerajaan Malaysia dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Demi keluarga tercinta. Sepanjang itu, banyak juga dikorbankan. Kita sabar duduk di rumah dengan selamat. 
Dah Boleh Merentas Negeri | Jom Balik Kampung!


Ruby dan suami juga telah selamat di vaksinasi dan telah matang 14 hari. Kami gembira dengan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. 
Malah, kami berasa bersyukur sebab telah berjaya melalui zaman pandemik seawal Abah Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin bersama-sama mula menggalas tanggunjawab melindungi rakyat Malaysia. 
Seterusnya kemunculan YBhg Tan Sri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah yang sentiasa menasihatkan kita tentang SOP, pakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan lain-lain. 
Paling kita terkesan setiap kali pengumuman kes kumulatif COVID-19. Serius sangat bimbang ketika itu. Perjalanan yang panjang. Innalillahhiqainnalillahirojiun buat semua yang telah meninggal dunia akibat COVID-19

Apabila merentas daerah dan negeri telah dibuka, automatik kami akan sibuk dengan sekolah anak, pekerjaan hakiki dan mula masuk pejabat setelah hampir dua tahun Work From Home. Hahaha. Tak sempat la kami nak balik kampung. Hahaha. 
Berikut Adalah Teks Ucapan YAB Perdana Menteri

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM KELUARGA MALAYSIA
Keluarga Malaysia yang saya kasihi,
Rentas Negeri
1. Kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini, telah membuat keputusan di mana semua kegiatan rentas negeri dan daerah di seluruh Malaysia tidak dibenarkan tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM)

2. Larangan rentas negeri ini dibuat oleh kerajaan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia, meskipun ia merupakan satu keputusan yang sukar kerana ada pasangan dan ibu bapa yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga dalam tempoh yang terlalu lama

3. Sepanjang larangan ini dikuatkuasa, kerajaan mendengar dan memahami keluhan Keluarga Malaysia yang terpaksa mengorbankan masa berharga bersama keluarga

4. Jika diimbau kembali, keputusan ini bukanlah sesuatu yang disukai rakyat. Namun, ia perlu dilaksanakan ketika itu bagi memastikan penularan wabak dapat dikekang berikutan peningkatan kes positif COVID-19 harian

5. Alhamdulillah, menurut KKM kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini



6. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021

7. Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya

8. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi COVID-19

9. Namun, saya ingin mengingatkan Keluarga Malaysia agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan. Ini penting dalam usaha membantu negara dalam pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely

10. Jika hal ini diambil mudah, tidak mustahil penularan wabak COVID-19 ini akan kembali meningkat. Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19

11. Sebagai contoh, sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, Keluarga Malaysia disaran untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan. Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihatkan anda tangguhkanlah dahulu perjalanan

12. Sekiranya anda didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera

13. Kebenaran ini bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan. Walaupun tiada lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, tetapi SJR untuk jenayah dan keselamatan masih diteruskan. Pemeriksaan secara rawak akan tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

14. Saya juga ingin menegaskan, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

MyTravelPass

15. Sementara itu, kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). 
Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air. Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021

16. Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan. 
Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin

17. Di sebalik semua kelonggaran yang telah diumumkan, hakikatnya kita terpaksa hidup bersama virus COVID-19. 
Situasi ini bukan sahaja menuntut rakyat untuk terus mematuhi SOP, malah penting untuk meningkatkan penilaian kendiri demi melindungi Keluarga Malaysia

18. Untuk itu, bagi mereka yang masih belum divaksin, segeralah berbuat demikian. Ini kerana banyak kelonggaran yang telah diumumkan seperti merentas negeri, melancong dalam dan luar negara, dine-in, dan sebagainya bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi

19. Vaksin mengurangkan risiko jangkitan, mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk, mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 serta mengurangkan beban sistem kesihatan

20. Data terkini oleh KKM menunjukkan bahawa vaksinasi telah berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke ICU sebanyak 83 peratus dan kadar kematian akibat jangkitan COVID-19 sebanyak 88 peratus

21. Bagi memastikan proses peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat, rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk mejayakan usaha ini. Antara langkah yang harus dilaksanakan ialah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan TRIIS iaitu:

a. TEST – Melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan;b. REPORT – Laporkan keputusan ujian pengesanan secepat mungkin di MySejahtera;c. ISOLATE – Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif supaya tidak bahayakan orang sekeliling;d. INFORM – Segera maklum kepada kontak rapat anda sekiranya didapati positif dan laporkan juga semua kontak rapat melalui pautan di dalam MySejahtera. Maklumkan juga kepada CAC berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin di rumah; dane. SEEK – Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat

22. Saya juga ingin mengingatkan semua pemilik premis kedai makan, kedai-kedai runcit, pusat beli-belah, fasiliti-fasiliti sukan termasuk gymnasium, pejabat dan lain-lain, untuk memeriksa status vaksinasi dan juga status risiko COVID-19 pelanggan di dalam aplikasi MySejahtera mereka. Langkah ini penting bagi memastikan risiko berlakunya jangkitan di dalam premis adalah rendah

23. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Keluarga Malaysia yang berdisiplin dan patuh setiap SOP yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas barisan hadapan yang selama ini berjuang tanpa mengenal erti penat lelah bagi membantu negara memerangi COVID-19

24. Besar harapan saya, agar kita semua terus berganding bahu kerana amat jelas kejayaan dalam peperangan ini tidak akan berhasil tanpa usaha semua ahli Keluarga Malaysia. Saya yakin, Keluarga Malaysia boleh lakukannya bersama-sama. Insya-Allah

#KeluargaMalaysia#BekerjaBersamaRakyat#ReopeningSafely
Sumber https://www.pmo.gov.my/2021/10/teks-ucapan-sidang-media-khas-yab-perdana-menteri-10-oktober-2021/

Jadi, semoga kita semua menjaga diri sebaiknya. Amalkan penjagaan diri, patuh SOP sampai bila-bila. Walaupun kita dah lihat di pusat membeli-belah ramai yang tidak menjaga jarak, kita perlu bersuara "mind your gap please", "maaf boleh jarak 1 meter dari saya?". Sebab ramai yang terlupa dengan norma baharu. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/10/dah-boleh-rentas-negeri-jom-balik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Sabarnya Nak Balik Kampung Pm Ismail Sabri Bakal Umum Kebenaran Rentas Negeri Dalam Masa Terdekat

Hiburan Tak Sabarnya Nak Balik Kampung Pm Ismail Sabri Bakal Umum Kebenaran Rentas Negeri Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 297 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri baru baru ini ada membuat pengumuman khas mengenai kebenaran rentas negeri yang dilaporkan akan dimaklumkan tidak lama sahaja lagi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Ismail Sabri kebenaran itu akan d...
Tak Sampai 24 Jam Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri Norman Hakim Terkejvt Abby Abadi Memey Dah Siap Plan Nak Bercuti

Tak Sampai 24 Jam Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri Norman Hakim Terkejvt Abby Abadi Memey Dah Siap Plan Nak Bercuti

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 305 hits
Pelakon Norman Hakim memuat naik beberapa foto perbualan Whatsapp di antara isterinya Memey Suhaiza dan bekas isterinya iaitu Abby Abadi Menerusi perbualan tersebut Abby dan Memey kelihatan bersungguh sungguh melakukan persiapan mengenai pa...
Setakat Rentas Negeri Atau Kampung Tak Penting Pon Bagi Aku

Setakat Rentas Negeri Atau Kampung Tak Penting Pon Bagi Aku

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 180 hits
PETALING JAYA Rentetan kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri bermula semalam pelakon sensasi Rita Rudaini berkata dia langsung tidak kisah jika tidak dapat berbuat demikian ...
Antivaksin Tak Boleh Rentas Negeri Kau Lepak Rumah Rita Rudaini Jelah Tak Pun Zul Yahya

Antivaksin Tak Boleh Rentas Negeri Kau Lepak Rumah Rita Rudaini Jelah Tak Pun Zul Yahya

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 275 hits
Selepas sekian lama menanti semalam kerajaan mengumumkan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri hari ini Susulan berita tersebut ramai yang meluahkan rasa gembira apatah lag...
Alhamdulillah Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021

Alhamdulillah Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 316 hits
hai assalammualaikumAlhamdulillah Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021 Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah rentas negeri dah dibenarkan bermula esok 11 Oktober 2021 Disebabkan atas kesabaran semua walaupun kadang ada juga y...
Seluruh Malaysia Boleh Rentas Negeri Bermula Isnin Ini Pula Pendirian Kerajaan Negeri Sabah

Seluruh Malaysia Boleh Rentas Negeri Bermula Isnin Ini Pula Pendirian Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 330 hits
SABAH PUTUSKAN RENTAS NEGERI PADA RABUKota Kinabalu Kerajaan Negeri Sabah akan membuat keputusan sama ada membenarkan pergerakan rentas negeri seperti diputuskan kerajaan Pusat selepas mesyuarat Kabinet negeri pada Rabu ini Menteri Kerajaan...
Ni Konfem Boleh Rentas Negeri Gelagat Wanita Cucvk Vaks1n Pakai Picag4ri Gerg4si Cuit Hati Netizen

Ni Konfem Boleh Rentas Negeri Gelagat Wanita Cucvk Vaks1n Pakai Picag4ri Gerg4si Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 306 hits
Tidak dinafikan sekarang ini banyak 1su2 yang menjadi bahan lawak untuk hiburan masyarakat Sebagai contoh vaks1n merupakan isu yang popular sekarang ini Vaks1n merupakan salah satu 1su pan4s yang selalu menjadi bahan atau isu kepada netizen...
Seriusnya Pm Umum Boleh Rentas Negeri Nenek Terus Buat Pengumuman Penting Untuk Anak Cucu Datang Jumpa Opah

Seriusnya Pm Umum Boleh Rentas Negeri Nenek Terus Buat Pengumuman Penting Untuk Anak Cucu Datang Jumpa Opah

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 270 hits
OPAH nak umumkan esok boleh rentas negeri Datang jumpa opah Begitulah sedutan ucapan seorang warga emas dalam sebuah video yang dimuat naik oleh cucunya pada Ahad malam Pengumuman yang nampak serius dan penting itu dikongsi bersama ahli kel...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects