Dah Boleh Diharap
Salam dears… Rasa macam lama tak bercerita tentang kerenah si kembar tiga ni kan. Hmm kali ni terasa nak coretkan sikit lah untuk kenangan diri sendiri. Sebab rasa macam alolo sweetnya anak anak aku ni.
Kisahnya beberapa minggu lepas Mama tak sihat. Balik je dari staycation kitorang di Hotel Best Western i-City, Mama kena pergi kursus. Dan sebab masa kursus tu ramai sangat yang hisap rokok, Mama kena semput teruk!
Lepas dah baik semput tu, tup tup ntah kenapa tiba tiba je demam laa pula. Demam bukan biasa biasa nya demam plak tu, tapi jenis yang sampai rasa sengal sengal bisa satu badan. Serius rasa lemah yang amat.
Mama ni biasanya kalau demam skit skit tu makan Panadol dua tiga kali dah ok dah. Tapi kali ni, dari hari Jumaat dah dok makan Panadol setiap 4 ke 6 jam, tak kebah gak demam..makin teruk adalah.
Sampaikan masa pergi tidur hotel The Boulevard (redeem hadiah contest), terasa rugi yakmat sebab Mama ni memang pergi tidur semata…makan ubat dan tidur. Tak merasa berendam dalam bathtub pun huhuhu.
Ehh panjang plak mukadimahnya, nak cerita pasal si kembar sebenarnya ni hahaha.
Nak cerita pasai dak 3 orang ni sebenarnya hehehe
Kisahnya…sepanjang masa Mama sakit ni lah si kembar berjaya tunjuk kan sifat caring dan boleh diharap.
Masa tu lah kain baju diorang tolong uruskan..uruskan as in tolong sidai dan kutip lah. Mama basuh (mesin lah basuh hehe), diorang sidai.
Walaupun senget benget ka bergulung ka, janji kering sudah. Kering terus angkat pakai untuk esok, tak yah lipat pun haha. Nasib lah nak, Mama korang tak sihat tak daya nak fikir bab wardrobe anak smart smart. Ulang pakai ja baju sama, asalkan baju tu bersih hehe.
Pastu..si kembar lah tolong buatkan Milo, siapkan roti ka biskut kaa bagi Mama makan alas perut. Tolong ambilkan ubat, pesan Mama suh makan ubat.
Malah ada satu hari tu, diorang pun alas perut makan biskut ja sebab Mama memang tidur ja langsung tak larat nak bangun. Sedar sedar dah lewat malam, tanya diorang makan apa? “Takpa Mama, kita dah minum milo, makan biskut, dah kenyang”. Alolo sian anak anak Mama…makan biskut je seharian huhu.
Mungkin sebab Mama jarang sakit gitu, jadi kali ni si kembar pun risau dan kejap kejap datang jenguk Mama. Bila Mama tidur lama sangat, kang diorang kejut tanya “Mama ok ka?”. Sebab diorang tahu, Mama ni bukan jenis yang asyik tidur je selalu, biasa sakit camna pun paksa kuatkan diri gak buat itu ini.
Bila Mama mengadu sakit sakit badan, diorang pakat tolong urutkan. Ada yang urutkan kaki, ada yang urutkan bahu. Haishhh time tu lah rasa beruntungnya aku ada anak tiga orang, ada juga yang boleh diharap tolong skit skit itu ini.
Pastukan…yang paling syahdunya kan…ada sekali tu, lepas jemput kembar balik dari taska, si Faris datang duduk slow talk ngan Mama. Dia kata “masa kat taska tadi Faris risau takut Mama tak sihat. Faris doa banyak banyak Ya Allah bagi lah Mama aku sihat dan ceria”. Sambil cakap tu, mata dia berkaca ja. Alololo sweetnya anak Mama ni kan? Hehe
Alhamdulillah…terima kasih Allah atas kurniaanMu yang paling berharga ni. Moga anak anak Mama sentiasa baik dan sweet sweet gini sampai bila bila lah yer, Aamiin…
102 total views, 102 views today
The post Dah Boleh Diharap… appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2019/11/dah-boleh-diharap.html/