Dah Belasah 2 Bodyguard Sampai Teruk Majikan Mengaku Tak Bersalah Mohon Dibicarakan


Dah belasah 2 bodyguard sampai teruk, majikan mengaku tak bersalah & mohon dibicarakan



Dua lelaki terdiri daripada majikan, Chung Chee Yang dan pembantu peribadinya, Choo Hin Voon, yang masing-masing menghadapi lima dan dua pertuduhan berkaitan kes pukul dua pengawal peribadi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang hari ini.


Chung dan Choo, masing-masing berusia 43 tahun, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P Sarulatha.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di halaman rumah di Bukit Tinggi di sini antara 10.30 malam dan 11.30 malam pada 13 April lepas.


Bagi pertuduhan pertama, Chung didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan pistol ke arah pengawal peribadinya, Mohd Azminizam Zulkepli, 44, dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.


Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Chung didakwa bersubahat dengan Choo, mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ahmad Shamsuri Zailani, 27, dan Mohd Azminizam, dengan menggunakan sebatang rotan.


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 109 KK dibaca bersama dengan Seksyen 324 KK yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.


Untuk pertuduhan keempat, Chung juga didakwa mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan mangsa mengenai agama yang dianuti mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 298 KK dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.


Pertuduhan kelima, Chung didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 KK iaitu penjara satu tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.


Sementara itu, pembantu peribadinya, Choo menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri menggunakan rotan.


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 KK yang boleh dihukum sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.


Sarulatha membenarkan Chung diikat jamin RM50,000 manakala Choo, RM20,000 masing-masing dengan seorang penjamin.


Mereka juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri sebulan sekali di Balai Polis dan menetapkan 23 Jun sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman manakala Chung diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman dan peguam Loi Yap Loong mewakili Choo.


Media sebelum ini melaporkan dua pengawal peribadi cedera selepas dirotan dan diugut bunuh menggunakan pistol oleh majikan dipercayai akibat perselisihan faham berkaitan puasa.


Sumber: Bernama


Sumber: Dah belasah 2 bodyguard sampai teruk, majikan mengaku tak bersalah & mohon dibicarakanBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2021/04/dah-belasah-2-bodyguard-sampai-teruk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Lah Tak Pakai Baju Lokap Majikan Cina Tak Mengaku Bersalah

Sudah Lah Tak Pakai Baju Lokap Majikan Cina Tak Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 525 hits
AGENDA DAILY Majikan Cina yang memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa membuat pengakuan tidak bersalah Sudah lah menerima layanan istimewa tidak memakai baju lokap majikan Cina yang memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa membu...
Majikan Mengaku Tak Bersalah Cederakan Pengawal Peribadi Kerana Puasa

Majikan Mengaku Tak Bersalah Cederakan Pengawal Peribadi Kerana Puasa

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 447 hits
Ahli perniagaan Chung Chee Yang yang menghadapi empat pertuduhan mencederakan dua pengawal peribadinya ditahan semula anggota polis akta AMLATFPUAA di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Selepas menjalani lima pert...
Belasah 2 Bodyguard 4 Suspek Termasuk Ahli Perniagaan Yang Kata Dia Pegang Igp Ditahan

Belasah 2 Bodyguard 4 Suspek Termasuk Ahli Perniagaan Yang Kata Dia Pegang Igp Ditahan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 411 hits
Belasah 2 bodyguard 4 suspek termasuk ahli perniagaan yang kata dia pegang IGP ditahanSusulan kes dua pengawal peribadi dibelasah kerana berpuasa polis telah menahan empat individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu Antara yang dit...
Pukul Penghantar Makanan Penganggur Ini Mengaku Tidak Bersalah

Pukul Penghantar Makanan Penganggur Ini Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 199 hits
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di George Town atas pertuduhan memukul seorang penghantar makanan mengunakan tukul besi Selasa lepas Namun tertuduh Muhammad Aslam Hashim 31 mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul kep...
Sebab Puasa Bodyguard Kena Pukul Ugut Bunuh Oleh Majikan

Sebab Puasa Bodyguard Kena Pukul Ugut Bunuh Oleh Majikan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 933 hits
HANYA disebabkan berpuasa dua lelaki yang bertugas sebagai pengawal peribadi dipukul sehingga cedera selain menerima ugutan bunuh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata kejadian berlaku di sebuah ko...
Majikan Durjana Belasah Pekerja Muslim Yang Berpuasa

Majikan Durjana Belasah Pekerja Muslim Yang Berpuasa

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 345 hits
Bukan setakat dihalang berpuasa 2 orang pekerja tersebut juga digertak dan turut dibelasah sehingga menyebabkan kecederaaan Paling tidak boleh diterima apabila majikan tersebut turut menggunakan nama IGP kononnya dia berkuasa keatas IGP Pet...
U Mau Complaint Saya Ke 2 Bodyguard Dibelasah Majikan Sampai Lebam Kepala Diacu Pistol Sebab Berpuasa

U Mau Complaint Saya Ke 2 Bodyguard Dibelasah Majikan Sampai Lebam Kepala Diacu Pistol Sebab Berpuasa

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 212 hits
2 192 total views 1 506 views today Dua lelaki mengalami lebam dan luka teruk di bahagian belakang badan akibat dipukul serta diugut dengan senjata api dalam kejadian yang berlaku pada Selasa 13 April 2021 di sebuah kondominium di Jalan Pin...
Penganggur Tukul Kepala Rider Food Panda Sampai Berdarah Enggan Mengaku Bersalah Di Mahkamah

Penganggur Tukul Kepala Rider Food Panda Sampai Berdarah Enggan Mengaku Bersalah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 606 hits
Penganggur tukul kepala rider Food Panda sampai berdarah enggan mengaku bersalah di mahkamahPenganggur yang memukul dan mencederakan seorang penghantar makanan yang kononnya telah memarahi isterinya pada Selasa lalu telah dihadapkan ke Mahk...
How Regular Hvac Maintenance Can Improve Indoor Air Quality Across Kansas Communities

The Rise Of Haptic Feedback Technology In Virtual Training

Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning

Isyarat Protes Rafizi Sedia Undur Diri Dari Parti Dan Kabinet Anwar

Saya Tak Nafi Tak Iya Dayang Nurfaizah Didakwa Bakal Berkahwin Dengan Hael Husaini

Wanita Hilang Sejak 9 April Ketika Dalam Perjalanan Ke Sprm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mayat Manusia Purba Ditemui Di Atas Ais

Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Siti Kasim Wants The Malays To Stop Being Afraid Of Anything T Shaped Start Respecting Christian Cross

8 Cara Hasilkan Banyak Artikel Blog Yang Terbukti Berkesan