
Throwback gambar birthday umur 1 tahun, comel ja semua kan hehe
04.09.2020 – dah besar tinggi dah anak anak Mama ni
Apa Permintaan Si Kembar Sempena Harijadi?
So…macam mana kitorang celebrate birthday yang ke 12 tahun ni? Simple simple ja. Si kembar ni pun bukan jenis yang demand nak buat birthday party ka apa kaa. Kek pun tak ada. Cukup dengan sesuatu yang lain daripada biasa, diorang dah seronok dah.
Ofismate Mama belanja pie ala ala kek untuk si kembarnya birthday ni, TQ Unty Julie
Kali ni, yang diorang minta ialah nak minum Cool Blog paling besar & mahal (sebab biasa Mama kedek suh pilih yang paling murah ja hahaha), nak makan KFC (sebab jarang dapat makan KFC, tambahan sekarang ni Mama tiap hari masak sebab nak jimat) dan nak beli komik sorang 3 buah (sebab biasanya Mama bagi beli sorang 1 ja, tu pun jarang sangat beli komik).
Akhirnya….dapat gak si kembar ni jejak kaki kat shopping complex setelah lama terperap kat rumah hehe
Sampai ja kat Midvalley, dah pakat kelaparan. Terus cari KFC tapi staff cakap kalau nak dine-in, situ tengah tak ada air. Laaa tak syiok laa nak makan ayam KFC tapi tak leh basuh tangan kan. So kitorang decide beli ja roti bun dulu buat alas perut dan pi shopping dulu.
Beg jenama New Balance jadi pilihan diorang kali ni, barulah style katanya hehehe
Lepas beli beg tu, kitorang gerak ke Aeon plak sebab nak gi makan KFC dan nak cari dompet plak. Opah & Wan si kembar ni bagi duit suruh beli dompet elok elok sebagai hadiah birthday. Maklumlah… dah umur 12 tahun kan, nanti ada IC mesti nak ada dompet untuk bawa IC kann.
Kebetulan Body Glove ada diskaun kaw kaw punya, jadi grab lagi sorang satu beg sekolah & dompet.
Ikutkan Opah & Tok Wan bagi duit suruh beli dompet kulit yang elok. Tapi si kembar ni nak juga dompet Body Glove, baru lah remaja katanya hahaha. Disebabkan Body Glove tengah diskaun, jadi cukup lah duit untuk beli dompet Body Glove dan dompet kulit gak sorang satu. Yang Body Glove nak bawa ke sekolah, dompet kulit nak buat guna masa keluar jalan jalan katanya. Ikut suka hati korang lah si kembar oii, janji duit cukup hehehe
Seronok si kembar ni dapat makan apa yang dihajati
Hari Sabtu tu memang shopping & layan permintaan birthday boys saja. Mama tak sempat nak cuci mata tengok tengok atau beli barang untuk diri sendiri pun. Errr..adakah ini bermakna Mama nak kena cari masa keluar shopping untuk diri sendiri plak? Hehehehe|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |