Daging Salai Cik Lyn Tampil Unik Untuk Tembusi Pasaran Antarabangsa


Siapa sini peminat tegar Daging Salai Masak Lemak Cili Api? To be honest, I'm one of them. Pendek kata, kalau pergi restoran nasi campur, cafe, buffet atau mana-mana tempat yang ada Daging Salai Masak Lemak Cili Api, hah menu itu dulu lah yang akan diterkam. Walaupun aku bukan orang Negeri Sembilan, tapi kalau cerita bab Daging Salai Masak Lemak Cili Api, automatik boleh buat aku kecur


Jadi, bila dapat tahu sekarang ni siap ada daging salai yang ready-to-eat dijual di pasaran, memang excited nak try. Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk turut serta dalam majlis pelancaran Daging Salai Cik Lyn (DSCL). Selain dapat tengok produk yang ditawarkan dengan lebih dekat, aku juga dapat tahu serba-sedikit tentang latar belakang pengasas Daging Salai Cik Lyn iaitu Cik Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew, sejarah terciptanya produk daging salai dan tak ketinggalan tentang teknik salai yang digunakan. Memang inspired dengan perjalanan Puan Lynda Chew dalam membina legasi business daging salai ni. Paling best, aku dapat try sendiri macam-macam menu berasaskan daging salai yang ada



Majlis perasmian Daging Salai Cik Lyn telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar di Impiana Hotel, KLCC. Lagi teruja, bila ada demo masakan daripada chef tersohor tanah air iaitu Dato' Chef Ismail. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran host yang tak asing lagi di Malaysia iaitu Maria Tunku Sabri. Memang meriah. Sambil-sambil mencuba keenakan daging salai, sambil belajar sesuatu yang baru. Time macam ni la boleh jumpa dengan rakan bloggers juga. Maklumlah, semenjak COVID-19 ni, lama betul tak jumpa dengan member-member. Jadi, di kesempatan ni aku nak share serba-sedikit tentang kemeriahan majlis pelancaran Daging Salai Cik Lyn dan menu-menu yang telah kami cuba untuk tatapan pembaca di blog



Sebelum kita berkenalan dengan pengasas produk Daging Salai Cik Lyn ni, jom kita tengok dulu menu-menu yang telah dihidangkan kepada kami. Antara menu yang kami cuba adalah sushi daging salai, daging salai masak lemak cili api, lawa daging salai (kerabu), dan tortila daging salai. Allahu, sedap betul menu-menu ni. Aku paling suka tekstur daging salai yang dhiris besar-besar dan nipis. Rasanya memang betul-betul kaw, lembut dan sedap. Ada aroma asap api tu lagi membangkitkan selera bila makan daging salai. Kalau nak tahu, Daging Salai Cik Lyn ni special sebab disalai di rumah salai dengan menggunakan tempurung kelapa. 








Macam mana, menggiurkan tak menu-menu yang ada? Seriously, semua sedap-sedap. Paling rare semestinya sushi daging salai. First time try dan rasanya sangat sedap. Korang pun boleh try nanti. Sekarang kalau sebut tentang daging salai, bukan hanya sekadar masak lemak cili api, malah macam-macam menu lagi kita boleh buat. Menarik kan


Dari segi packaging pulak, Daging Salai Cik Lyn dijula dalam kotak. Ini memang sesuai kalau nak beli dan hadiahkan kepada kenalan, nak letak dalam hamper atau nak bawa pergi travel ke mana-mana. Lagi best, daging salai ni hanya perlukan 5 minit untuk dimasak. Memang dah ready untuk dimakan, cuma perlu panaskan sahaja atau masukkan dalam masakan yang kita suka. Actually, aku pun tak sabar nak try masak daging salai ni kat rumah. Tak tahu lagi jadi menu apa, stay tune


Kalau nak kenal, inilah dia pengasas Daging Salai Cik Lyn iaitu Puan Lynda Chew. Sebelum penubuhan pengilangan secara besar-besaran, Cik Lyn Smoked Mansion adalah sebuah smoked house yang kecil. Kini, syarikat pengilangan Cik Lyn Smoked Mansion sudah berkembang pesat dan dalam proses melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan meningkatkan dan memperbesarkan lagi keupayaan syarikat dalam aspek pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk dalam merealisasikan matlamat syarikat untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi

Cik Lyn Smoked MansionMisi syarikatMenjadi syarikat bumiputra muslim yang dapat menerokai pasaran antarabangsa. Bermula dari pasaran dalam negara sehingga ke Asia Timur, Asia Tenggara, dan Timur
VisiMemajukan dan meningkatkan ekonomi bumiputera
Daging Salai Cik Lyn (DSCL)Perniagaan Daging Salai Cik Lyn bermula pada tahun 2020 dikendalikan sepenuhnya oleh pengasas syarikat iaitu Puan Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew. Cik Lynda adalah seorang usahawanita yang gigih dalam bidang perniagaan. Beliau adalah graduan dalam ijazah sarjana muda seni reka dalaman & luaran. Sebelum ini, Puan Lynda pernah menjadi pereka seni bina kontena (kontraktor) yang kebanyakan didominasikan oleh kaum lelaki. Puan Lynda Chew juga terlibat dalam beberapa sukarelawan, koperasi & persatuan. Beliau sangat aktif dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan di saat-saat getir terutamanya ketika pandemik melanda. Beliau antara usahawanita yang berjaya. Antara kejayaannya dalam bidang perniagaan adalah dengan memilik 2 perniagana sebelum ini iaitu spa dan bengkel besi (fabrication)


Apabila pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun 2020, beliau telah menceburi dan menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan daging salai. Dengan hanya bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2021 di rumah salai (smoked house) yang terletak di Besut, Terengganu, kini Daging Salai Cik Lyn sudahpun berjaya menempa nama di pasaran tempatan


Kategori Produk150g, 200g, 300 & 500g
FlavourMoist, BlackPepper & Spicy
Daging Salai Cik Lyn menawarkan 3 flavors iaitu moist, blackpepper dan spicy. Dari segi packaging, Daging Salai Cik Lyn menawarkan beberapa packaging mengikut berat iaitu 150g, 200g, 300g ataupun 500g

Daging Salai Ori Cik Lyn (DSCL) adalah perniagaan milik muslim. Selain daging salai, mereka juga menawarkan itik salai. Antara keistimewaan DSCL adalah daging yang digunakan adalah daging premium yang bermutu dan mempunyai tekstur rasa yang istimewa. Manakala itik salai pula adalah daripada itik organik yang sihat dan berkualiti

Kelebihan Daging Salai Cik LynDSCL menggunakan daging berkualiti premium.Rempah rahsia yang digunakan adalah resepi tradisional dan Western dengan gabungan rempah yang berbeza menghasil citarasa yang luar biasa & unik.DSCL disalai menggunakan 100% tempurung kelapa bagi menghasilkan aroma yang menyelerakan.Memiliki dapur rekaan khas sendiri untuk  mengekalkan pengasapan (smoked house)Produk Muslim yang dijamin Halal
Buat masa ini, DSCL memberikan tumpuan kepada segmen perniagaan Business to Customer (B2C) dan Business to Business (B2B). Kaedah pemasaran yang agresif dan mengamalkan budaya keusahawanan cemerlang terbukti membuahkan hasil yang mengagumkan. Melalui segmen B2C and B2B, DSCL telah berjaya menghasilkan pengeluaran sebanyak 20 hingga 30kg sehari. Dengan adanya kilang yang baru, DSCL mampu menghasilkan sehingga 1-5 tan daging salai sebulan


Daging Salai Cik Lyn mengeluarkan 4 varian produk yang utama iaitu 500gm, 300gm & 200gm (untuk pasaraya) dan 150gm (untuk stesten minyak). Kaedah pengurusan yang cekap dan efektif telah membolehkan perniagaan dapat berkembang dengan baik. Kini, DSCL sudahpun mempunyai pelanggan dari pelbagai peringkat pendapatan dan sudah tiba masanya untuk kembangkan perniagaan dalam segmen Business to Business (B2B)

Pasaran DSCL kini lebih luas dan besar. Jadi, tidak hairanlah DSCL bakal menakluki pasaran Asia Tenggara dan Middle East. Segmen perniagaan ini mempunyai cabaran dan peluang yang hebat untuk diterokai. Buat masa ini, DSCL tengah membuat rundingan dengan beberapa negara luar seperti Qatar, Morocco, Singapura dan Brunei untuk membekalkan daging & itik salai Cik Lyn

Untuk korang yang berminat nak dapatkan Daging Salai Cik Lyn, boleh dapatkan di beberapa lokasi yang terpilihPasaraya MerhabaPasaraya IkhwanJaya GrocerRosyam MartShell SerembanShell Karak Highway (arah Kuantan) BentongShell Karaka arah KL (Bentong)Petronas Klang (Taman Rishna)
Memandangkan sambutan yang baik terhadap permintaan daging salai sejak beroperasi, syarikat pengilangan Cik Lyn Smoked Mansion telah membuat perancangan untuk memperbesarkan perniagaan daging salai ke tahap yang lebih tinggi melalui beberapa pendekatan dan strategi
Kini DSCL mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat bagi memenuhi permintaan sedia ada yang semakin meningkat.Pengedar di seluruh Malaysia, Asia Tenggara, Asia Timur & Timur Tengah.Café or Restaurant Francise My Way dalam perancanganPembinaan Kiosk Mozlyn mampu milik dengan design yang moden dan menarik untuk rakyat Malaysia dengan harga berpatutan dan menyediakan kursus percuma kepada usahawan-usahawan yang terpilih.Memperkenalkan resipi menu yang moden & unik dengan menggunakan daging salai ke seluruh dunia untuk menjadikan daging salai lebih versatil dan bukan hanya boleh dimasak dengan cara traditional.Permintaan yang mengalakkan dari Asia Timur, Asia Tenggara & Timur Tengah. 
Apapun, dari saya selaku peminat setia daging salai mengucapkan tahniah dan semoga terus maju jaya kepada Puan Lynda Chew dalam meneraju Daging Salai Cik Lyn (DSCL) untuk membawa produk ini terbang lebih tinggi dalam melebarkan sayap ke persada dunia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2022/01/daging-salai-cik-lyn-dscl-tampil-unik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekspo 2020 Dubai Jendela Malaysia Tembusi Pasaran Dunia Annuar Musa

Ekspo 2020 Dubai Jendela Malaysia Tembusi Pasaran Dunia Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 167 hits
Oleh EKSPO 2020 Dubai yang disertai Malaysia disifatkan sebagai jendela peluang dalam memastikan perkembangan Malaysia setaraf negara lain kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa Beliau berkata penglibatan Kementerian Kom...
Peskit Mngadu Pgawai Farmasibladap Pengarah Hkl Tampil Ddah Cerlta Sebenar

Peskit Mngadu Pgawai Farmasibladap Pengarah Hkl Tampil Ddah Cerlta Sebenar

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 177 hits
Kuala Lumpur H ospital Kuala Lumpur HKL telah mengenal pasti pegawainya yang did akwa tidak memberikan layanan baik kepada pelanggan seperti tular di laman sosial kelmarin
Villa Kristal Siri Original Pertama Wetv Tampil Empat Pelakon Wanita Hebat

Villa Kristal Siri Original Pertama Wetv Tampil Empat Pelakon Wanita Hebat

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 257 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera VILLA KRISTAL SIRI ORIGINAL WETV PERTAMA DITERAJUI EMPAT PELAKON WANITA HEBATSarang madu golongan elit kini dibongkar Baru baru ini berkesempatan ke majlis sidang media yang dianjurkan oleh WeTV untuk mem...
Pengalaman Unik Harungi Laut Jalan Kaki Ke Pulau

Pengalaman Unik Harungi Laut Jalan Kaki Ke Pulau

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 169 hits
Pengalaman unik harungi laut jalan kaki ke pulau PANGKOR Pengalaman ini unik dan mengujakan kerana saya dapat menyeberang ke pulau dengan berjalan kaki kata pelancong dari Pulau Pinang Ahmad Hafizuddin Abdullah yang tidak melepaskan peluang...
7 Kebiasaan Unik Orang Sukses Di Dunia Salah Satunya Berpikir Di Dalam Air

7 Kebiasaan Unik Orang Sukses Di Dunia Salah Satunya Berpikir Di Dalam Air

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 201 hits
Biar tertular sukses juga nggak ada salahnya nih pikirkan kebiasaan unik apa yang kamu punya Hihihi
Trend Unboxing By Husband Sampai Pengantin Nak Sam4n Peguam Tampil Beri Penjelasan

Trend Unboxing By Husband Sampai Pengantin Nak Sam4n Peguam Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 201 hits
SEJAK kebelakangan ini kecoh dengan trend video unboxing by husband oleh pasangan pengantin baru di aplikasi TikTok
Logik Ke Saya Buat Begitu Fizo Omar Tampil Jawab Tuduhan Bekas Isteri Abaikan Anak Ketika Bercuti

Logik Ke Saya Buat Begitu Fizo Omar Tampil Jawab Tuduhan Bekas Isteri Abaikan Anak Ketika Bercuti

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 317 hits
TAK masuk akal Itu jawapan Fizo Omar atas dakwaan bekas isterinya Mawar Karim bahawa dia tidak memberi perhatian terhadap anak mereka Wan Maryam ketika bercuti di Johor Ahad lalu
Sederet Band Ini Wajib Tampil Seandainya When We Were Young Festival Ada Di Indonesia

Sederet Band Ini Wajib Tampil Seandainya When We Were Young Festival Ada Di Indonesia

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 164 hits
Kira kira bakalan ada yang mau mengadakan acara festival musik yang isinya band band lawas ini nggak ya
Andaian Budak Sudah Makan Lauk Rmt Individu Ini Tampil Beri Penjelasan

Andaian Budak Sudah Makan Lauk Rmt Individu Ini Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 189 hits
Rancangan Makanan Tambahan RMT merupakan pemberian makanan kepada murid murid sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan fizikal dan amalan pemakanan
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan