Daging Harimau Menangis
Jadi bualan hangat betul harimau menangis. Terbatuk batuk harimau bila manusia sebut nama dia. Dengan viralnya harimau menangis, maka ramailah dah tahu harimau menangis maksud nya apa. Kalau tak viral, tak siapa ambil peduli. Kan
Harimau MenangisHarimau menangis adalah bahagian daging PALING LEMBUT dan mungkin sangat mudah empuk bila dimasak. Nama "HARIMAU MENANGIS" kerana bahagian paling sedap tu tidak boleh dicapai oleh mulut atau gigi harimau disebabkan kedudukannya di celah tulang belakang lembu
kredit : google
Jadi, harimau tidak dapat memakannya akan "menangis". Begitulah kisahnya harimau menangis dan bahagian daging tu dipanggil DAGING HARIMAU MENANGIS. So, dah tahu dah maksud daging harimau menangis tu
TenderloinDikenali dengan nama 'daging batang pinang' terletak di bahagian belakang lembu di tengah tengah badan lembu.
Tenderloin merupakan sebahagian kecil daripada potongan loin pendek. Tekstur daging batang pinang disukai ramai kerana lembut dan tiada lapisan lemak.
Antara potongan steak yang digunakan di bahagian tenderloin ni adalah T-bone steak, Strip steak dan Porterhouse Steak.
Dalam masakan tradisional melayu, daging batang pinang sedap dimasak rendang, kari, gulai, daging salai dan sebagainya
SirloinJuga dikenali dengan nama 'daging batang pinang' tapi potongan daging yang berbeza. Sirloin terletak di antara bahagian pinggang lembu dimana bahagian ini mempunyai daging yang bercampur dengan lemak tidak tepu.
Daging ini mempunyai rasa lemak (buttery), juicy dan paling lembut bila dimasak. Bahagian sirloin lah sedap di dipotong nipis, diperap dan dibakar menjadi 'daging harimau menangis'.
Selain tu, potongan terbaik untuk buat steak dari bahagian sirloin ni adalah Top Sirloin filet, Sirloin Steak dan Tri-Tip Steak.
Nilai harga bahagian ini semestinya tinggi. Jangan ditanya kenapa harga daging harimau menangis tu mahal. Setanding dengan kesedapan dia.
Harimau Menangis/ Crying Tiger/ Suea Rong HaiHarimau menangis in english crying tiger, betul kan? Asalnya hidangan daging harimau menangis ni adalah dari Thailand, iaitu Suea rong hai.
Suea rong hai hidangan ringkas daging Thai. Potongan daging dipotong nipis, diperap dengan rempah, kemudian di grilled. Dihidangkan bersama dengan sos pedas Thai nam jim jaew
Di Malaysia, daging harimau menangis popular di negeri Kelantan. Patutlah pun popular kat Kelantan sebab sempadan je pun.
Sinonim Harimau MenangisSelain harimau menangis, boleh letak lagi Ghimau gheyau, Ghimau teriak, harimau sodih, harimau melalak, harimau meratap. Nah, banyak sinonim perkataan menangis tu
Sampai sekarang masih belum pernah lagi rasa daging harimau menangis tu. Mungkin sebab bukan seorang pemakan daging sangat.
Jadi, keinginan untuk mencuba tu tak berapa nak ada. Tapi kalau ada depan mata, boleh je makan
So far, daging harimau menangis review mostly kata sedap. Tak cukup se pek! Hebat betul penangan daging harimau menangis
Kalau ada stok daging batang pinang tu boleh lah cuba resepi harimau menangis di rumah. Resepi daging harimau menangis tak susah pun. Paling mudah, boleh cuba resepi daging harimau menangis khairulaming
Daging Harimau Menangis (untuk raya haji)
Tengok tweet kat bawah untuk Part 2 pic.twitter.com/KK935WBs3x
— Khairulaming (@khairulaming) July 29, 2020
Selamat mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/01/daging-harimau-menangis.html