Daging Babi Punca Banyak Jenis Penyakit
Banyak penyakit berpunca dari daging babi. Babi sangat kotor punca penyakit kerana makan segala jenis termasuk bangkai dan najisnya sendiri. Dalam daging babi terlalu banyak bakteria, parasit dan kuman berbahaya. Sebab itu, daging babi cepat busuk berbanding daging binatang lain. Bahkan, jika dimasak daging babi paling lambat ‘masak’. Manakala proses penghadaman unsur babi mengambil masa paling lama iaitu kira-kira lima jam, berbanding hanya tiga jam untuk daging lembu dan kambing.
Singkatnya, Allah SWT ketika mengharamkan babi pasti memiliki maksud yang baik. Allah SWT faham betul batas kemampuan tubuh manusia mencerna makanan dan mempertahankan diri dari berbagai macam serangan parasit.
Jadi, mengapa masih makan daging babi? Kita tidak mampu menanya lanjut kerana ia sering dianggap isu sensitif dan berkaitan agama. Akan ada yang mengatakan, itu haram untuk agama Islam, tetapi tidak kepada yang bukan beragama Islam. Maka, ia sekadar terhenti di situ.
Pun, wajar bagi orang Islam lebih memahami atau mendapat maklumat sedikit sebanyak mengenai babi untuk dijadikan panduan pencegahan dan menginsafi tentang keburukan babi yang diharamkan. Sesungguhnya, yang diharamkan Allah SWT itu pasti mempunyai tujuan untuk kebaikan.
Seperti telah dijelaskan, antara sebab babi diharamkan ialah kerana ia punca penyakit. Daging babi mempunyai cacing pita yang mendiami di dalamnya.
Kisah tentang cacing pita yang berbahaya ini, tabib perubatan terkenal China seperti Yan Show Tan, Sun See Moa dan Lee Shih Chen pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Ming telah memperingatkan tentang pelbagai mudarat yang boleh menimpa umat manusia yang memakan daging babi.
Antara kesan keburukan memakan daging babi ialah akan mudah mendapat penyakit kemandulan, sakit tulang dan asma
Daripada kenyataan tabib terkenal Cina ini, dapat kita rumuskan bahawa bahaya yang menimpa manusia dari makan daging babi kepada 3 iaitu serangan pada sistem pembiakan, sakit tulang merujuk kepada tubuh badan manakala asma menerangkan serangan kepada sistem pernafasan manusia.
Daging babi juga mempunyai virus atau kuman dalam genetik babi yang akan menghasilkan puluhan penyakit lainnya. Demikian menurut hasil kajian saintis Barat.
Penemuaan yang mengejutkan telah dilaporkan oleh Journal of Virology 1997, kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin.
Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya,menjangkiti dan membunuh manusia.
Lebih membimbangkan lagi, menurut Dr.Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini
Sebagai bukti yang hampir dan jelas seperti kenyataan yang dibuat oleh Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London, berkata pada babi wujud retrovirus dari keluarga yang sama dengan kuman HIV. Ia tidak dapat dibuang atau dipisahkan dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya.
Merujuk kepada kenyataan pakar-pakar sains yang menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’ dan juga kenyataan DR Virgina Hinshaw, tidak hairanlah kuman HIV yang wujud sekarang ini adalah dari retro virus yang wujud pada babi yang telah dimutankan.
Daniel S.Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat banyak penyakit yang boleh dijangkiti dari babi.
Penyakit tersebut ialah;
- Anthraxc
- Ascaris suum
- Botulism
- Brucella suis
- Cryptosporidiosis
- Entamoeba polecki
- Erysipelothrix shusiopathiae
- Flavobacterium group IIb-like bacteria
- Influenza
- Leptospirosis
- Pasteurella aerogenes
- Pasteurella multocida
- Pigbel
- Rabies
- Salmonella cholerae-suis
- Salmonellosis
- Sarcosporidiosis
- Scabies
- Streptococcus dysgalactiae (group L)
- Streptococcus milleri
- Streptococcus suis type 2 (group R)
- Swine vesicular disease
- Taenia solium
- Trichinella spiralis
- Yersinia enterocolitica
- Yersinia pseudotuberculosis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hwaliman.blogspot.com/2023/01/gtf.html