Dadah Rm404 375 00 Disembunyi Di Dalam Kotak Ikan Sejuk Beku Di Maskargo


JKDM Sabah rampas dadah bernilai lebih RM400,000 8.668 kg dadah bernilai RM404,375.00 dijumpai dalam kotak ikan sejuk beku di LTAKK, seorang ditahan KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah sentiasa komited dalam menangani sebarang aktiviti melibatkan penyeludupan dadah.

Abdullah Jaapar Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Sabah, Dato’ Abdullah Jaapar berkata, baru-baru ini, satu kes berkaitan bahan terlarang dadah berjaya diperolehi oleh Pasukan Cawangan Penguatkuasaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di mana dengan anggaran jumlah dadah ditangkap sebanyak 8.668 kg yang bernilai lebih kurang RM404,375.00.


Beliau menjelaskan, pada 29 Ogos 2021, jam lebih kurang 7:00 pagi, anggota Keselamatan dari MasKargo mendapati terdapat hasil imej imbasan yang mencurigakan ke atas 16 kotak polisterin yang diisi dengan ikan sejuk beku (chilled seafood) di mana imej imbasan menunjukkan terdapat satu imej lapisan di bawah ikan tersebut.

“Kes dimaklumkan kepada pihak Kastam iaitu Cawangan Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dan kemudian diserahkan kepada Cawangan Penguatkuasaan, LTAKK.

“Hasil pemeriksaan lanjut Cawangan Penguatkuasaan, LTAKK mendapati 16 bungkusan plastik lutsinar ditemui berisi serbuk kristal yang disyaki dadah jenis Ketamine dengan anggaran berat dan nilai sebanyak 5.431 kg dan RM287,843.00, manakala dadah jenis Methamphetamie dianggarkan seberat 3.237 kg dengan nilai anggaran sebanyak RM116,532.00.

“Seorang lelaki warganegara tempatan berumur 32 tahun ditahan berhubung kes ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Menurut beliau, modus operandi kes ini adalah dengan mengisi bahan yang disyaki bahan terlarang dadah jenis Ketamine dan Methamphetamine ke dalam plastic lutsinar sebelum disembunyikan ke dalam ruangan tersembunyi di bahagian dalam kotak polisterin ikan sejuk beku.

“Kaedah ini dipercayai digunakan dengan tujuan untuk mengaburi mata pihak penguatkuasaan,” katanya, sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Abdullah turut mendedahkan sejak awal Januari 2021 sehingga kini, JKDM Sabah telah berjaya memperoleh dadah jenis Methamphetamine seberat 235.358 kg dan dianggarkan bernilai RM8.47 juta, dadah jenis Ketamine seberat 5.431 kg dengan nilai anggaran sebanyak RM287,843.00, ganja seberat 1.022 kg dengan nilai anggaran sebanyak RM2,555.00 dan ketum seberat 3.400 dengan nilai RM34.00.

Sehingga kini, katanya, seramai enam orang yang disyaki (OYDS) ditahan dan dua orang kena tuduh (OKT) dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.


Katanya, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identitI setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/dadah-rm40437500-disembunyi-di-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Memilih Ikan Segar Sesuai Jenisnya Jangan Asal Bisa Keracunan

Tips Memilih Ikan Segar Sesuai Jenisnya Jangan Asal Bisa Keracunan

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 198 hits
Belum bisa bersihin ikan nggak apa apa yang penting bisa bedain ikan yang udah busuk dan yang masih segar
Ikan Rare Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai Timbulkan Keresahan Kerana Dianggap Bukan Satu Petanda Baik

Ikan Rare Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai Timbulkan Keresahan Kerana Dianggap Bukan Satu Petanda Baik

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 474 hits
Orang ramai terperanjat besar seekor Ikan aneh menggerunkan berwarna hitam ditemui terdampar di pantai timbulkan keresahan netizen yang berpendapat ia bukan petanda baik apabila diketahui ikan itu berasal dari laut dalam Penduduk di Pantai ...
Bantuan Ikan Ayam Untuk Keluarga Dikuarantin Video

Bantuan Ikan Ayam Untuk Keluarga Dikuarantin Video

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 164 hits
Bantuan ikan ayam untuk keluarga dikuarantin Kira kira 1 654 tan ikan dan ayam segar dibekalkan kepada 827 keluarga yang menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID 19 Daripada jumlah itu sebanyak 920 kilo...
Hiburan Ryzal Duriankimchi Pening Cari Makanan Tradisi Korea Isteri Mengidam Ikan Pari Mentah Diperap

Hiburan Ryzal Duriankimchi Pening Cari Makanan Tradisi Korea Isteri Mengidam Ikan Pari Mentah Diperap

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 198 hits
Kini pasangan selebriti media sosial iaitu Ryzal DurianKimchi dan Maryam tinggal hanya menunggu dalam 50 hari lagi untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muh...
Vide0 Kucing Dengan Ikan Ini Main Cuit2 Civm2 Buat Ramai Terhibur

Vide0 Kucing Dengan Ikan Ini Main Cuit2 Civm2 Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 210 hits
Lagaknya mengalahkan salah satu adeg4n dalam filem klasik iaitu filem Bawang Putih Bawang Merah Lagak seekor kucing yang comel bermain di tepi kolam ikan Tidak menerkam tetapi hanya bermain2 dengan ikan2 yang ada dalam kolam tersebut Selalu...
Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 355 hits
RESEPI SAMBAL PETAI IKAN BILIS YANG SEDAP DAN MUDAH Assalamualaikum Selamat pagi Saban hari banyak perkongsian resepi di facebook Ada banyak kumpulan masak resepi di facebook Melihat sahaja gambar dah membuatkan Cik Rose rasa mahu mencubany...
Gulai Taucu Ikan Bilis Resipi Orang Lama Lemak Masin Cukup Rasa

Gulai Taucu Ikan Bilis Resipi Orang Lama Lemak Masin Cukup Rasa

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 229 hits
Resipi lama yang dikongsi oleh Kak Yan ni memang jarang dimasak Bagi mengembalikan nostalgia lama di kampung halamannya ia dimasak mengikut cara orang lama Gulai taucu ini enak dimakan dengan pulut putih dan menjadi sarapan yang disukai di ...
Kari Ikan Bawal Ibu

Kari Ikan Bawal Ibu

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum KALAU ibu dah sebut sebut dari pagi hari ni Uda datang kau janganlah tak datang pulak Itu maknanya ibu dah plan nak masak kari atau asam pedas Jadi bila Angah hantar mesej dalam whatsapp grup Sk pun fikir fikir apa nak bawa ...
Seekor Ikan Lumba Lumba Didapati Terdampar Di Persisiran Pantai Kuala Perlis

Seekor Ikan Lumba Lumba Didapati Terdampar Di Persisiran Pantai Kuala Perlis

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 163 hits
Seekor lagi ikan lumba lumba hidung botol terdampar di pantai Padang Keria dekat Kampung Sungai Padang Kangar menjadikan empat ekor kesemuanya Ikan lumba tersebut ditemui oleh seorang nelayan kira kira jam 9 pagi semalam kemudian nelayan te...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah

Fiersa Besari April Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Bolehkah Berangkat Umrah Tetapi Ke Madinah Terlebih Dahulu

Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya