Cuti Peristiwa Johor 25 Ogos Sempena Piala Fa 2024


Kerajaan Negeri Johor mengumumkan cuti peristiwa negeri itu pada 25 Ogos (Ahad) susulan kejayaan mara ke final Piala FA.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam muat naik di Facebook memaklumkan cuti tersebut sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong Harimau Selatan.
Jelas Onn, pengisytiharan cuti berkenaan mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Onn turut mengharapkan sokongan padu penyokong JDT pada aksi final itu nanti.
JDT mara ke Final selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC pada aksi separuh akhir.
Cuti Peristiwa Johor 25 Ogos Sempena Piala FA 2024 Berikut dikongsikan kenyataan rasmi oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkenaan cuti peristiwa di Johor pada 25 Ogos sempena Piala FA 2024 :
Nama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya tidak asing lagi bukan sahaja di negara ini, bahkan turut menjadi buah mulut dan juga perhatian di peringkat Asia serta juga dunia. Namun, ibarat kata pepatah “Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari” amat bertepatan sekali dengan perjalanan bola sepak Johor yang telah melalui beberapa era jatuh bangun yang amat pahit. Sehinggalah pada 16 Februari 2012 apabila DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dilantik sebagai Presiden Johor FA (PBNJ) yang baharu dan menyaksikan pelbagai rombakan strategik yang berani telah dimulakan. Tahun 2013 adalah tahun pertama JDT atau Harimau Selatan membuat penampilan sulungnya di bawah inisiatif transformasi baharu dan pada tahun berikutnya, kejayaan demi kejayaan mula ditempa bermula dengan menjuarai Liga Super dan mengekalkan rekod kejuaraan selama satu dekad (10 tahun berturut-turut) pada tahun lalu. JDT tidak menunggu lama apabila pada tahun 2015 menyaksikan Harimau Selatan mencatat sejarah dengan menjadi satu-satunya pasukan Asia Timur yang menjuarai Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan sehingga hari ini, JDT menunjukkan peningkatan dengan penampilan konsisten di Liga Juara-Juara AFC apabila JDT mencatat satu lagi sejarah selepas mampu layak ke pusingan kalah mati (16 pasukan terbaik). Rekod ini amat membanggakan apabila JDT, sebuah kelab dari negeri ini mampu bersaing dengan kelab-kelab terbaik di Asia. Baru-baru ini, JDT juga telah berada di ranking No.9 di Asia berdasarkan statistik. JDT bukan sahaja meletakkan nama Harimau Selatan di pentas tertinggi, malah turut mempromosikan Johor kepada dunia melalui kolaborasi-kolaborasi dengan kelab-kelab dan jenama-jenama terkemuka. Dengan prestasi membanggakan dan kesungguhan yang ditunjukkan pasukan JDT, saya menyeru seluruh Bangsa Johor untuk datang beramai-ramai pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi sama-sama memberi sorakan dan semangat sebagai ‘Pemain ke-12” JDT. Kita penuhkan lautan Merah Biru di Stadium Nasional Bukit Jalil. JDT telah memenangi Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2016 dan dua kali berturut-turut pada tahun 2022 dan 2023. Insya-Allah Bangsa Johor, ayuh kita pastikan tahun ini JDT mempertahankan kejuaraan untuk mencipta rekod hatrik kemenangan Piala FA! Dengan perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 25 Ogos 2024, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sebagai tanda penghargaan buat ‘Pemain ke-12’ pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala FA 2024. Marilah kita ramai-ramai turun bersama membanjiri stadium Bukit Jalil hari Sabtu ini dan memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT yang kita sayangi dalam mempertahankan kemenangan Piala FA 2024 ini. Sama-samalah kita doakan! Ayuh Johor! Luaskan Kuasamu Johor!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Sumber: Onn Hafiz Ghazi
Baca juga:
Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2025/2026 Cuti Deepavali 2024 & Cuti Sekolah Tambahan KPM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cuti-johor-piala-fa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cuti-johor-piala-fa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti Tambahan Sempena Hari Jadi Tyt Melaka 26 Ogos 2024

Cuti Tambahan Sempena Hari Jadi Tyt Melaka 26 Ogos 2024

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 231 hits
CUTI HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI KE 75 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI PERTUA NEGERI MELAKA Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju bahawa tarikh 26 Ogos 2024 sebagai Hari Kelepasa...
Harga Tiket Zoo Johor Dibuka Pada 31 Ogos 2024

Harga Tiket Zoo Johor Dibuka Pada 31 Ogos 2024

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 281 hits
Harga Tiket Zoo Johor Dibuka Pada 31 Ogos 2024 Zoo Johor akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 31 Ogos ini Bagi pengunjung yang merancang untuk ke Zoo Johor pada 31 Ogos ini sila letakkan kenderaan anda di tapak parkir Penjara Ayer Mo...
Juara Piala Fa 2024 2025 Johor Darul Ta Zim

Juara Piala Fa 2024 2025 Johor Darul Ta Zim

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 224 hits
JUARA PIALA FA 2024 2025 JOHOR DARUL TA ZIM Tahniah diucapkan buat Johor Darul Ta zim juara 3 tahun berturut turut PialaFA2024 25 LigaMalaysia DemiLigaKita mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photo...
Water Taxi Putrajaya Percuma Pada 31 Ogos 2024

Water Taxi Putrajaya Percuma Pada 31 Ogos 2024

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 222 hits
Teksi air disediakan bagi memudahkan orang ramai hadir untuk sambutan Hari Kebangsaan ke 67 di Dataran Putrajaya nanti Perkhidmatan bermula seawal 5 00 pagi hingga 12 00 tengah hari Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Water ta...
Pengambilan Jawatan Kosong Upnm Ogos 2024 Kini Dibuka

Pengambilan Jawatan Kosong Upnm Ogos 2024 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 237 hits
Info mengenai jawatan kosong UPNM Ogos 2024 Para pemohon boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan kosong UPNM Ogos 2024 yang diumumkan oleh pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan pelbagai tawaran kerja dibuka Makluman k...
Finale Piala Fa 2024

Finale Piala Fa 2024

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 283 hits
Finale Piala FA 2024 Dengan perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad 25 Ogos 2024 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sebag...
Vlog Seperti Pro Dalam 4k Dengan Infinix Zero 40 5g Baharu Di Malaysia Pada 29 Ogos 2024

Vlog Seperti Pro Dalam 4k Dengan Infinix Zero 40 5g Baharu Di Malaysia Pada 29 Ogos 2024

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 313 hits
Infinix jenama teknologi bergaya yang direka untuk pengguna muda dengan bangganya mengumumkan pelancaran Infinix ZERO 40 5G yang akan datang pada 29 Ogos 2024 Telefon pintar terobosan ini bersedia untuk mengubah vlogging dan penciptaan kand...
Str Fasa 3 Diberi Mulai 29 Ogos 2024

Str Fasa 3 Diberi Mulai 29 Ogos 2024

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 136 hits
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Pembayaran STR Fasa 3 akan disalurkan mulai 29 Ogos 2024 kepada penerima sedia ada Penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 Untuk bujang baki akan diberi pada fasa 4 Kemaski...
Semakan Keputusan Uitm Semester Mac Ogos 2024

Semakan Keputusan Uitm Semester Mac Ogos 2024

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 552 hits
TERKINI Semakan keputusan UiTM bagi peperiksaan semester Mac Ogos 2024 akan diumumkan pada 30 Ogos 2024 pada jam 11 00 pagi di Portal MyStudent UiTM Semakan keputusan peperiksaan UiTM boleh dibuat secara atas talian boleh dibuat melalui 2 c...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing