Cuti Cuti Kami Ke Pulau Pangkor Ada Yang Best Dan Ada Yang Kurang Best


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lamanya tak tulis kisah jalan-jalan atau makan-makan kat blog. Sibuk juga sekarang ni dengan kerja hakiki dan terpaksa membahagi keutamaan kepada yang mana kita perlu laksanakan dahalu. Tapi dalam kesibukan tetap juga sempat lagi pergi bercuti tau. 


Ini semua kerana ada kawan-kawan yang sekepala dan juga mahu untuk pergi jalan sama-sama. Kalau tanpa mereka tak pergi jugalah Maha ni duduk kerja dan pening kepala sahaja. Terima kasih kepada Zulhelmi a.k.a Zuzu dan Faris selaku PM project Pangkor kali ni, Cik Lily Putih kaunter pinjaman duit yer wakakaka., Abang Ridzman, Zharif, Kifli Mally sebagai Miss Pangkor 2023 @ Jajan_Kudapan, Rawlins, Jae dan Louis kerana sudi ajak Maha join jalan-jalan. Kali ni tak jauh sangat pun walaupun dekat hanya ke Pulau Pangkor tapi pengalaman itu yang berharga



Sebenarnya kisah untuk bercuti kat Pulau Pangkor ini kita orang telah plan sejak tahun 2019 lagi. Dah ada tarikh, dah dibayar booking untuk hotel, pula tu siap pergi shopping cari baju nak OOTD kat sana bagi nampak sama. Semua dah plan rapi dan tunggu masa nak berangkat sahaja. Tapi apakan daya seminggu jer lagi kami nak berangkat negara diserang Covid-19 dan kerajaan umumkan PKP pertama. Jadi semua shout down dan tak boleh bergerak kemana-mana. Kami pun terpaksa batalkan semua perancangan yang dibuat. Kecewa sangat time tu. Nasib semua bayaran dapat dipulangkan semula



Jadi akhirnya tahun ini pada tanggal 18 Ogos hingga 20 Ogos 2023 tercapai juga hajat nak bercuti ke Pulau Pangkor beramai-ramai. Ini adalah perjalanan Maha bersama kawan-kawan ker Pulau Pangkor jom ikuti yukkk..

Penginapan Di Nipah Bay Villa
Inilah tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam sepanjang di Pulau Pangkor. Kami pilih tempat ini kerana ia adalah satu rumah yang besar dua tingkat mampu untuk muatkan sehingga 10 orang sekali masuk. Ada beberapa bilik dan juga ada dua bilik air satu tingkat bawah dan satu tingkat atas. Rumah tidak berapa besar tapi boleh untuk buat lelap mata waktu malam kerana banyak masa kami habiskan di luar. 


Kat sini ada kolam renang dan kolam tu betul-betul depan pintu rumah yang kami duduk. Nak tengok rupa kolam renang tu besar mana boleh tengok video TikTok Challange dalam TikTok @Jajan_Kudapan. Cuma mungkin dari segi perkhidmatan boleh di pertingkatkan lagi. Maha senaraikan apa yang kurang semasa kami datang hari tu. Kami dijanjikan dengan tilam untuk 10 orang tidur tapi kami tidak dapat pun tilam yang dijanjikan walaupun dan mengadu pada kaunter penyambut tetamu. 


Kemudian ada satu sofa bed yang dikatakan boleh dijadikan katil untuk tidur. Tapi sayang sofa bed rosak dan kalau tidur akan sakit belakang. Kami dah panggil pihak pengurusan untuk baiki katil tersebut tapi orang yang datang tu tidak dapat baiki katil tu. Kami minta ganti dengan tilam tapi kami tidak dapat tilam yang dijanjikan sehingga balik. Nasib baik kami bawa spare tilam angin. Pulak tu bantal dan selimut tidak cukup jadi terpaksa tidur dengan alas apa yang ada maaf cakap yer. 


Penginapan situ disediakan sekali dengan sarapan pagi kat ruang makan depan tu. Ok lah boleh buat alas perut makan banyak juga. Tapi kalau dah datang Pulau Pangkor tak akan nak makan kat villa kami cari makan juga kat luar

Pilihan Lokasi Teluk Nipah
Kami pilih situ kerana kawassan tu sangat meriah pada hari Jumaat dan Sabtu. Tak kira siang malam ada sahaja orang yang memenuhi kawasan tepi pantai. Penginapan kami dengan pantai tak jauh hanya jalan kaki dalam 5 minit dah sampai. Kawasan tu ramai orang siang malam jadi tak adalah sunyi sangat. Cuma kawasan pantai tu tak berapa sesuai nak mandi kerana banyak sangat boat



Lokasi Teluk Nipah juga sangat cantik untuk melihat matahari terbenam waktu senja. Korang boleh duduk tepi pantai sambil menikmati waktu-waktu indah tenang bila siang melabuhkan tirai dan senja mula menjelma. Seronoknya rasa macam nak duduk seminggu kat sana lak hurmm




Kawasan tu jugalah kami ambil perkhidmatan untuk Island Hopping dan juga Snorkeling. Cuma tak tahu nak gelak ke atau nak apa tapi macam tak seperti Island Hopping langsung. Pemandu boat pun hanya bawa lalu sahaja kawasan pulau dan kami tak singgah ke pulau-pulau lain hanya lalu dan tengok sahaja. 



Lepas tu untuk nak Snorkeling Pulau Pangkor bukan pilihan yang terbaik. Mungkin korang boleh pergi kat Pulau Tioman atau Pulau Redang lagi cantik dan berbaloi. Maaf cakap kawasan snorkeling sangat tidak bagus untuk pelancongan. Kawasan yang sempit dan juga laluan boat keluar masuk. Jadi tak sesuai untuk snorkeling nak tengok-tengok ikan. Ikan pun tak cantik kat sana sorry to say

Syurga Makanan
Bab makan memang kat area Teluk Nipah tu syurga makanan. Harga tak mahal sangat dan banyak pilihan nak makan apa sahaja siang malam tak lapar. Cuma kena sediakan duit tunai senang sikit tapi ada juga khidmat QR Code kedai tertentu sahaja. Kami sampai-sampai sana terus perkena mereka punya Air Kelapa Muda dan Coconut Shake kat gerai dibuat dari kayu tepi pantai. Memang healing sangat pemandangan cantik air kelapa segar perhhh best gilerrrr. Korang kena jumpa akak rambut warna pink masa kami datang di sangat mesra melayan kami



Lepas tu sepanjang jalan tu ada macam-macam orang jual makan di gerai kecil-kecil tepi jalan. Korang wajib cuba Lempeng Pisang Warisan Pangkor yang abang tu jual tepi jalan. Perhhh makan waktu petang sangat nikmat. Gerai dia buka waktu petang sahaja dan kalau lewat ramai orang berbaris panjang. Pembelian terhad untuk 10 keping seorang sahaja. Tapi puas hati sangat makan lempeng abang tu sedap weiii rasa nak datang lagi makan lempeng sahaja. Selain tu abang tu juga ada jual Pulut Panggan pun sedap




Kalau macam Maha suka makan aiskrim kat tepi pantai. Feeling di private beach luar negara sambil makan aiskrim ditiup angin sepoi-sepoi kat tepi pantai tu. Abang jual airkrim hensem orangnya comel lak tu beli dengan dia tau. Ada aiskrim dalam cup, corn atau dalam roti. Buat mereka yang Kaki Kopi sini pun ada banyak sepanjang jalan tu gerai kopi duduk sahaja order dan minum penuh nikmat. Cuma Maha tak minum kopi lebih baik minum jus gituwwww



Kalau nak makanan berat sini pun banyak pilihan kedai makanan laut. Style kat sini kedai-kedai makan akan pamerkan pelbagai jenis makanan laut ada ikan, sotong besar-besar, udang, ketam dan macam-macam lagi lah. Korang kena pilih makanan laut yang belum masak and timbang tanya harga dulu kalau jenis yang bajet-bajet nak makan lah. Dah puas hati dengan harga lepas tu baru pilih nak masak apa untuk makanan laut tu. Malam kedua tu kami makan puas-puas makanan laut best sambil meilihat persembahan api. Kat tepi pantai tu ada adik-adik buat persembahan api malam hari Sabtu tu kalau tak hujan lah



Kami pergi juga kat Daddy's Cafe jalan kaki tau sebab tak jauh pun. Situ untuk orang T20 lah minum kopi and jus-jus mahal sambil makan depan pantai. Sekali sekala nak rasa ada ker daddy yang nak cekup hari tu ehhh

Nak Sewa Kenderaan
Masa kami booking hotel tu kami booking sekali dengan perkhidmatan vab pink. Kat Pulau Pangkor sangat sinonim dengan van pink tu. Jadi pengankutan utama kat situ van tu lah. Van itu yang jempurt kami dari jeti masa sampai dah ada van pink tu boleh muat untuk 10 orang masuk. Sebab jeti nak ker Teluk Nipah tu jauh juga. Juga khidmat van pink yang sama kami guna untuk hantar pulang ke jeti bila nak balik nanti so senang lah




Khidmat van pink tu juga kami sewa untuk bawa ronda-ronda petang selepas Island Hopping dan Snorkeling pagi tu. Van pink tu dah tahu nak bawa kemana lokasi menarik antaranya mestilah kilang satay dan ikan kering. Sini kedai jual ikan kering, udang mata biru, ikan masin dan macam-macam lagi makanan popular di Pangkor ni. Penting ada status Halal dan boleh beli borong murah sangat. Lepas pergi kedai ikan kering kami pergi lak kat Masjid Al Khairiyah @ Masjid 1000 Doa. Masjid dengan reka bentuk bangunan cina dan juga dinding penuh dengan ayat Al-Quran. 
Kilang Satay dan Ikan Kering
Masjid Al Khairiyah @ Masjid 1000 Doa

Kemudian lagi pergi lak Masjid Al-Badr @ Masjid Seribu Selawat @ Masjid Terapung banyak nama masjid ni. Walupun enjoy healing-healing akhirat tidak lupa dik gituwwww.. Lagi pun abang driver van pink ni sangat mesra. Kemudian last bawa pula kami ke tempat sejarah iaitu Kota Belanda Pulau Pangkor. Memang best lah jalan-jalan petang tu lepas tu terus pergi minum kopi

Masjid Al-Badr @ Masjid Seribu Selawat @ Masjid Terapung
Kota Belanda Pulau Pangkor

Kemudian kalau korang sana nak jalan berdua-dua feeling bulan madu gituwww boleh sewa motor. Kat sana sangat banyak khidmat sewa motor. Korang kena rajin tanya kerana harga berbeza dan ikut pada waktu. Ada yang sediakan khidmat sewa motor ikut jam sahaja tapi ok lah boleh pusing-pusing sampai pekan Pangkor tu. Kami sewa motor nak rempit and jalan-jalan ke bandar Pangkor. Kat situ banyak kedai dan juga sebab nak keluar duit dah habis cashkan dan juga nak cari makan area bandar pulak

Pulau Bebas Cukai
Status Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai maka banyak kedai-kedai jual coklat dan juga barang tiada cukai kat merata-rata. Yang tak halal tu jangan tanya kami tak pergi ok. Kami pergi kedai coklat sahaja itu pun masa naik motor tengok-tengok sahaja tak beli pun. Terbaik nak beli coklat waktu nak pulang tu sebelum naik ferry korang letak barang kat jeti dan jalan sikit ada banyak kedai jual coklat. Nak kata murah sangat tu boleh lah dan banyak juga yang kami beli hehehehe



Kedai jual cenderamata pun banyak memang meriah kat situ. Kedai baju semua ada kat tepi jeti tu sebab kami check-out villa tu pukul 11.00 pagi dan ferry kami pukul 1.30 tengah hari. Jadi ada masa nak jalan-jalan area jeti dan bandar tu. Nak beli coklat, nak makan semua boleh buat. Tadi lupa nak bagi tahu kami naik feri dari Marina Island Pangkor Ferry Jetty sekejap sangat sampai duduk tak sempat panas buntut dah sampai 10 minit sahaja. Jeti Marina ni ni lebih senang tak ramai orang dan juga parking banyak. Hari tu kami parking kereta 3 hari dalam RM69 kot tong-tong bayar lah gituwww



Jadi habislah percutian yang ada seronoknya dan ada yang kurangnya. Apa pun plan nak ke Pulau Pangkor check. Jadi lepas ni mana lagi nak pergi yer. Tunggu ada lagi tempatnya. Selamat bercuti semua. 









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/09/cuti-cuti-kami-ke-pulau-pangkor-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Best Onlyfans Pages Try Top Onlyfans Girls

Best Onlyfans Pages Try Top Onlyfans Girls

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 297 hits
The Very Best OnlyFans Young girls of 2023 You ve asked for a lot when you asked for the best Onlyfans girls because so much can go into determining what constitutes the best It s inadequate to get a great deal of enthusiasts who like one f...
Find The Best Person Available And Enjoy A Night Of Passion

Find The Best Person Available And Enjoy A Night Of Passion

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 383 hits
Find the best person available and enjoy a night of passion Looking for per night of passion look absolutely no further compared to the local sex scene whether you are looking for a one time hookup or something more severe the local sex sce...
Best Food Pretty Mid Autumn Moon Cake

Best Food Pretty Mid Autumn Moon Cake

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 320 hits
For all coffee lovers I have something to share with you where you will surely enjoy every sip of your coffee in peace I was amazed and excited by their amazing latte art strawberry yoghurt drink and lemon orange sour coffee drink Something...
30 Tempat Menarik Di Johor Best Dikunjungi 2023

30 Tempat Menarik Di Johor Best Dikunjungi 2023

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 337 hits
Negeri Johor mempunyai banyak pilihan dan lengkap dengan lokasi menarik antaranya pantai pulau taman tema taman negara pusat membeli belah dan banyak lagi Jom kita terokai 30 tempat menarik di Johor yang cukup popular untuk anda seisi kelua...
Sanusi Best Kutip Duit Rakyat

Sanusi Best Kutip Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 139 hits
terima kasih kerajaan negeri kedah sanusiBEST ini bukan arahan PmX ye
Malay Muslim Dilemma Can Anwar Bring Out The Best From Both

Malay Muslim Dilemma Can Anwar Bring Out The Best From Both

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 341 hits
In 2009 a highly regarded American weekly magazine The New Yorker which features journalism commentary criticism essays fiction satire cartoons and poetry published an article by author Ian Buruma examining political developments in Malaysi...
Bertemu Anak Prabowo Gibran Mas Didit Itu Best Friend

Bertemu Anak Prabowo Gibran Mas Didit Itu Best Friend

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 116 hits
Grup idol asal Korea Selatan XODIAC mengirimkan tiga member untuk ikut perform di Pura Mangkunegaran
Kata Sanusi Best Awat Tak Pi Pujuk

Kata Sanusi Best Awat Tak Pi Pujuk

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 283 hits
Jamzuri ArdaniTak ada rezeki orang Kedah Pelaburan RM3 bilion batal
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia