Cuti Cuti Di Pantai Sedili


 Assalamualaikum...

PERANCANGAN asalnya Sk mengajak Angah, Cikwa dan Cik Ani berkelah. Ini gara-gara Berhibur Di Pantai, rasa seronok sangat tengok orang berkelah. Lama sangatlah rasa tak berkelah, dah tua-tua ni, teringin pulak nak berkelah di pantai yang indah, hahahahahah. Tapi, dah jadik lain, bila Angah menyewa dua buah homestay di Sedili Kecil, Kota Tinggi. Sk pulak, asalnya tak ada plan untuk bermalam, tapi sebab Pak Inche asyik tanya aje, nak buat bbq tak malam tu? banyak kali.. jadinya, Sk pun join la sekali. Tapi, kami ambil bilik lain la yang comel sikit, hihi.

Bersemangatlah Pak Inche, dia kan memang suka bab perap-perap ni, jadinya bahagian kambing dan ayam diambil oleh Pak Inche, dari membeli dan memerap. Tapi, bab cuci tu semua, kenalah Sk yang buat. Dah sampai sana, Pak Inche membakar bersama-sama Che Li dan Ilham. Ilham tu pulak, memang boleh diharap la bab bakar-bakar ni. Kemudian kami gilir-gilir la bakar, supaya mereka pulak boleh makan


Kambing dan ayam yang telah siap dibakar. Kembang bontot hidung Pak Inche bila semua memuji perapannya sedap. Ilham siap suruh Pak Inche buat kambing perap, nanti dia nak jual, hahaha


Bakar ikan jugak, ikan Cik Ani beli di Pendas. Ada caru dan siakap, senang sikit la makan ikan besar-besar ni, kan. Seronok nampak ibu makan caru bakar


Terlanjur Cik Ani membeli ikan di Pendas, dia kenalah beli makanan laut yang lain. Bagi yang tak tahu Pendas tu di mana, Pendas tu kampung nelayan yang terletak di Gelang Patah. Orang JB tahulah kan


Udang dan sotong ditaja oleh Cikwa. Kami makan cicah dengan sos cili hijau Thai, sedappppp

Nasi Lemak Daun Pisang tempah dengan isteri sepupu Sk.

Tempah sekali epok-epok kentang.

Cik Ani tempah Cream Puff.. gebu betul.

Sk buat cheese tart sehari sebelum pergi tu.. tak terjojol la.. supaya boleh dapat banyak cheese tartnya, hahaha. Crust beli siap dengan kawan bakers.

Masa beli kambing di Mydin, nampak ada promo epal ni, sebiji 10 sen, tapi terhad lima biji sahaja setiap pelanggan. Kami beli lima biji kali dua, hehehe.

Wajib hidang makanan elok-elok dan tegak-tegak. Pak Inche pelik apalah yang dibawa banyak-banyak beg. Bininya siap bawa cerek dan cawan ayan. Cawan tu bawa dua biji aje sebab dah ada cawan plastik. Sekali ibu dengan Pak Inche pun suka jer guna, hurmm.. kalau tau bawa semua. Dah terpaksa kita guna cawan plastik lembik tu, haha.

Gambar kabur la, cahaya tak banyak, padahal terang aje. Ni pun semua gambar dari kamera Cikwa. Sk cari-cari mana la beg aku nak ambil gambar, rupanya disimpan dalam bilik. Terus malas nak ambil gambar. Sayang bulan tak mengambang tapi bersyukurnya kerana cuaca begitu baik sepanjang kami berada di sana walaupun hujan turun lebat semasa keluar rumah.

Iman dan Cikwa.. masa ni acara makan belum bermula. Eh, ada pulut kuning dan rendang juga yang dimasak Angah. Jap, apasal ada cili gentayangan kat situ???

Indah, Izzat dan ibu mereka, Angah.. geng makan.

Ibu sedang menikmati nasi lemak dan bbq. Ni lah homestay yang Angah tempah, sebelah aje dengan laut tapi InsyaAllah, masih selamat walaupun air pasang sebab air pasang sampai kat tebing aje.

Makan.. makan.. makan!

Che Li beli Lokching 100 cucuk.

Sebelum zzzzzz.

Pemandangan dari homestay. Jom terjun laut!

Boleh mandi tanpa rasa bimbang sebab tak ramai orang dan laut tidak bergelora kerana kedudukan pantai dalam kawasan berteluk.

Homestay ni agak terpencil, masuk pun ikut celah rumah orang. Ini salah satu jenis chalet yang ada di sini.

Kekurangannya.. tak banyak pokok untuk berteduh.

Bentang tikar, makan nasi dagang. Sedili ni ala-ala Pantai Timur tau makanannya.

Eh, tak kenyang lagi, balun pulak nasi lemak sebungkus, hahaha.

Siap-siap kemas semua, nak balik dahhhh.. entah bila nak datang lagi? Tak larat la datang selalu, jauhhhh dan penat nak buat persediaan, hahaha.

InsyaAllah.. nanti kami datang lagi.. tahun 2022 kot, Semoga masih ada peluang untuk berkumpul dan bercuti bersama... Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/11/cuti-cuti-di-pantai-sedili.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Operasi Pantai Stulang Laut Elak Jadi Lokasi Minum Arak

Operasi Pantai Stulang Laut Elak Jadi Lokasi Minum Arak

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 288 hits
JOHOR BAHRU Majlis Bandaraya Johor Bahru akan melakukan operasi bersama pihak polis untuk memastikan kawasan Pantai Stulang Laut di sini yang merupakan lokasi tumpuan orang ramai untuk beriadah tidak menjadi lokasi aktiviti minum minuman ar...
Berhujung Minggu Di Nabila Farm Jalan Pantai

Berhujung Minggu Di Nabila Farm Jalan Pantai

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 365 hits
Assalamualaikum Hi korang Ni kisah minggu lepas di Nabila Farm seperti yang korang tau Opick adalah pencinta haiwan segala jenis haiwan dia suka x kisah la apa x tau la mengiku siapa dia ni mengikut sebelah ayah dia ke atau sebelah Ibu puas...
Pantai Dengan Ombak Yang Tenang Cocok Untuk Liburan Bersama Keluarga Dan Anak Anak

Pantai Dengan Ombak Yang Tenang Cocok Untuk Liburan Bersama Keluarga Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 305 hits
Pergi ke pantai bersama keluarga merupakan hal yang menyenangkan Tapi kalau bersama keluarga besar dan juga ada anak anak sebaiknya sih pilih yang ombaknya tenang ya
Berhibur Di Pantai

Berhibur Di Pantai

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 507 hits
Assalamualaikum BALIK dari makan di Leban Condong kami singgah di Pantai Hiburan Rompin Cantik sangat Pantai Hiburan ni yang diteduhi dengan pohon pohon cemara Terus nak nyanyi lagu Exist Rahsia Pohon Cemara Tapi Iman kata ni pokok rhu Rhu ...
Pantai Peranginan Dikendalikan Swasta Terjamin Bersih

Pantai Peranginan Dikendalikan Swasta Terjamin Bersih

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 216 hits
Di Kelantan terdapat banyak pantai peranginan diuruskan pihak swasta yang mendapat kunjungan ramai Pihak pengurusan pantai mengenakan bayaran atau tiket masuk kawasan berkenaan sama ada atas kiraan individu atau kenderaan Hakikatnya banyak ...
Lokasi Laut Terbelah Pantai Mek Mas Ditutup

Lokasi Laut Terbelah Pantai Mek Mas Ditutup

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 926 hits
Kawasan laut terbelah lebih satu kilometer yang menjadi tarikan baharu orang ramai ke Pantai Mek Mas Kuala Besar di sini ditutup sejak tiga hari lalu atas faktor keselamatan Tinjauan NSTP di sekitar pantai berkenaan mendapati pita amaran di...
Satu Hari Satu Malam Di Pantai Pengkalan Balak Melaka

Satu Hari Satu Malam Di Pantai Pengkalan Balak Melaka

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 1594 hits
Alhamdulillah kerajaan telah mengumumkan pembukaan semula sempadan negeri pada 11 Oktober 2021 selepas hampir 2 tahun kita rakyat Malaysia berperang dengan pandemik COVID 19 namun masih tertakluk kepada warganegara yang sudah lengkap 2 dos ...
Buaya Tembaga 300kg Ditemui Di Pantai Resort Felda Sahabat

Buaya Tembaga 300kg Ditemui Di Pantai Resort Felda Sahabat

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 402 hits
Buaya tembaga jantan yang berjaya ditangkap pasukan APM di sebuah resort di Felda Sahabat Lahad Datu pada malam Isnin LAHAD DATU Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas dilihat berada di kawasan pantai resort Felda Sahabat di sini pa...
Program Sumbangan Kpd 37 Nelayan Tg Dahan Kuala Linggi Di Adakan Di Persisiran Pantai Tg Dahan Ptg Semalam

Program Sumbangan Kpd 37 Nelayan Tg Dahan Kuala Linggi Di Adakan Di Persisiran Pantai Tg Dahan Ptg Semalam

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 167 hits
Bismillahhirrahmannirrahhim 19 Oct 2021 Alhamdulillah Program sumbangan kpd 37 nelayan Tg Dahan Kuala Linggi di adakan di persisiran pantai tg dahan ptg semalam Saya telah mendapat aduan dari penduduk Kuala Linggi berkenaan sepanjang persis...
Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Pulanglah Wahai Sahabat


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Explore The Advantages Unlimited Postpaid Plans Offer

Desak Kawal Harga Tambang Bas Sekolah Sinar Harian 11 01 2025

Filem Limbungan Tragedi Hitam 1975

Emakan Awaran Emasukan E Ingkatan An Ahun

Januari 11 2025 01

Bantuan Ketua Isi Rumah Sarawak Syarat Cara Permohonan