Curi Kabel Tm 3 Lelaki Ditahan


 
Ketua Polis Taiping Mohamad Nasir Ismail menunjukkan barang rampasan pada sidang media. (Gambar Bernama)TAIPING: Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat kegiatan mencuri kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan Padang Gajah di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Taiping, Mohamad Nasir Ismail, berkata ketika serbuan Op Telaga, ketiga-tiga suspek berusia 26 hingga 27 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja membuka lubang utama kabel TM kira-kira 12.20 tengah malam.
Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dikenal pasti baru berjinak dalam kegiatan mencuri kabel TM di daerah Taiping.
“Polis turut merampas besi T iaitu pembuka lubang utama, besi kuku kambing, tukul besi, pemotong besi dan pemutar skru dipercayai peralatan untuk mencuri kabel TM selain merampas sebuah kereta yang digunakan mereka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi kumpulan itu ialah menyasarkan kabel bawah tanah milik TM dengan membuka penutup lubang utama, sebelum suspek masuk ke dalam untuk memotong kabel dan ditarik menggunakan kenderaan.
Mohamad Nasir berkata polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan sekiranya masih terdapat ahli kumpulan itu yang masih bebas bagi mencegah kegiatan berkenaan terus berlaku.
“Kabel yang cuba dicuri bernilai anggaran RM20,000 manakala harga pasaran pula secara keseluruhannya bernilai RM50,000,” katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu direman selama enam hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan seorang lelaki yang cuba melakukan jenayah samun menerusi Op Sentap di sebuah stesen minyak di Simpang di sini pada hari sama.
Beliau berkata penganggur yang juga penagih dadah tegar berusia 37 tahun itu ditahan hasil maklumat orang awam dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi.
“Polis merampas barang digunakan suspek semasa melakukan cubaan samun antaranya sebilah pisau, topi keledar, telefon bimbit, baju hujan dan motosikal,” katanya.
Katanya, suspek membuat tinjauan ke stesen minyak yang disasarkan sebelum mengacukan senjata tajam bagi mengancam pekerja serta melakukan jenayah samun secara berseorangan.
“Hasil siasatan mendapati tangkapan ini mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan dadah. Dengan tangkapan ini, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes samun dan ragut di daerah ini,” katanya.
Beliau berkata penggeledahan di rumah suspek kemudian telah menemukan peralatan dipercayai bagi melakukan kegiatan jenayah antaranya sebilah kerambit, topi keledar dan telefon bimbit.
Suspek direman selama enam hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/01/curi-kabel-tm-3-lelaki-ditahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Curi Kabel Lari 100km Sebelum Dicekup

Suspek Curi Kabel Lari 100km Sebelum Dicekup

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 108 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menahan seorang lelaki manakala dua lagi rakannya melarikan diri selepas lori dinaiki mereka dikejar anggota polis sejauh hampir 100km di Dungun awal pagi tadi Ketua Polis Dungun Maizura Abdul Kadir berkata ...
Pengawal Keselamatan Ditahan Curi Komputer Riba Sekolah

Pengawal Keselamatan Ditahan Curi Komputer Riba Sekolah

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 179 hits
FMT ReportersKomputer riba berharga RM4 000 yang dicuri pengawal keselamatan sebuah sekolah di Bahau PETALING JAYA Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana mencuri sebuah komputer riba berharga RM4 000 milik Kementerian Pendidikan dari m...
Tiga Calon Spm Ditahan Curi Motosikal

Tiga Calon Spm Ditahan Curi Motosikal

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 125 hits
PASIR PUTEH Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia selepas ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri serta meleraikan komponen motosikal jenis Honda Ex ...
Penagih Pecah Rumah Curi Kereta Ditahan

Penagih Pecah Rumah Curi Kereta Ditahan

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 100 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com mySUSPEK memecah masuk rumah dan melarikan kereta ditahan polis FOTO ihsan PolisAmpang Jaya Tindakan penagih dadah yang tidak bekerja memecah masuk rumah di Bandar Baru Ampang dan melarikan kereta Prot...
Kes Culik Ahli Perniagaan Bangladesh Inspektor Antara 7 Ditahan

Kes Culik Ahli Perniagaan Bangladesh Inspektor Antara 7 Ditahan

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 147 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pegawai polis antara tujuh suspek ditahan disyaki terbabit kes penculikan seorang warga Bangladesh di Bandar Seri Sendayan Seremban minggu lalu New Straits Times melaporkan ahli perniagaan itu dikatakan me...
3 Lelaki Dipercayai Dalang Kartel Perolehan Tldm Ditahan

3 Lelaki Dipercayai Dalang Kartel Perolehan Tldm Ditahan

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 164 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia Johor menahan tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada kartel perolehan melibatkan kerja kerja pembinaan di sebuah kem Tentera Laut Diraja Malaysia bernilai lebih RM9 juta Menurut sumb
Inspektor Polis Antara 7 Ditahan Disyaki Larikan Lelaki Bangladesh

Inspektor Polis Antara 7 Ditahan Disyaki Larikan Lelaki Bangladesh

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 132 hits
SEORANG inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah di Seremban pada 10 Januari lepas Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata penahanan dilakukan s...
Guru Berusia 28 Tahun Lakukan Amang Seksual 4 Pelajar Spm Ditahan

Guru Berusia 28 Tahun Lakukan Amang Seksual 4 Pelajar Spm Ditahan

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 127 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myAmpang Jaya Tindakan seorang guru yang melakukan amang seksual ke atas empat pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia mengundang padah apabila dia ditahan polis kelmarin Setakat kini polis su...
Bunuh Rakan Sekerja Di Kebun Durian 2 Warga Asing Ditahan

Bunuh Rakan Sekerja Di Kebun Durian 2 Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 140 hits
FMT ReportersMayat seorang lelaki warga asing ditemui di kawasan kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang Bentong semalam PETALING JAYA Dua warga asing ditahan kerana dipercayai terbabit kes pembunuhan rakan sekerja mereka di kebun durian d...
Unseen Power Of The Administrative State

Laws On Caning Make Ratifying Un Convention Hard Says Saifuddin

Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Ada Apa Sebenarnya Dengan Ikhlas

Seludup Dadah Dari Luar Negara Guna Kurier

Anwar Lebih Untung Dari Sunak Dan Biden

Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm

Palestin Hancur M Sia Masih Konsert S Norhaliza



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Drama Dan Mimpi Pun Berguguran

Projek Pistol Aku Tahu Chord

Nama Kucing Jantan Pilihan Terbaik Untuk Si Bulus Anda

Lagu Maal Hijrah Lirik Lagu Huraian

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm

Japanese Cold Somen Noodles