Cupid Panahan Cinta Dari Yunani Ke Rom


Perayaan Hari Kekasih atau ia lebih dikenali di dunia Barat sebagai Valentines Day yang jatuh pada tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari sejarah peringatan kepada pengorbanan Saint Valentine yang telah dijatuhkan hukuman mati pada 14 Februari disebabkan kesalahannya yang menyebarkan cinta dikalangan para tentera pada zaman empayar Rom dahulu diingati sehingga ke hari ini.
Di sebalik sejarah tersebut, lahirnya sebuah perayaan. Daripada sebuah perayaan itu, lahirnya juga sesosok ‘maskot’ yang seringkali dikaitkan dengan dunia percintaan antara sesama manusia iaitu Cupid. Cupid dipercayai sebagai salah satu dewa atau malaikat yang bertanggungjawab dalam menyebarkan cinta di dalam hati manusia, melalui teknik panahan cintanya kepada dua insan tertentu.
Senang cerita, sosok Cupid ini kita sudah selalu lihat di dalam kartun, animasi, filem ataupun drama dari dunia Barat. Wujudnya dalam media sekarang ianya digambarkan sebagai seorang pemuda kacak ataupun seorang bayi bersayap burung yang membawa sebuah busur dan sebakul anak panah emas yang mana, mata panahnya bersimbolkan hati.
Tetapi sebenarnya Cupid bukan merupakan dewa yang asli malahan ianya merupakan dewa milik bangsa Rom yang sosoknya diambil daripada dewa sembahan agama Yunani iaitu Dewa Eros. Kebanyakan dewa-dewa sembahan bangsa Rom sebelum menganut agama Kristian merupakan cedokan daripada dewa-dewa Yunani ataupun Mesir Kuno. Sepertimana Dewa Eros yang diambil dan dijadikan sebagai dewa cinta Cupid dalam agama pagan Rom.
Dalam artikel History Channel yang ditulis oleh Laura Schumm, Dewa Eros pertama kali dicatatkan di dalam sejarah oleh Hesiod di dalam karya puisi ‘The Theogony of Hesiod’.
Mengikut sejarah mitologi bagaimana perjalanan hidup Dewa Eros:
1. Dewi Aphrodite terlahir daripada cebisan daging Titan Uranus.
2. Ketika mana terciptanya Dewi Aphrodite, Dewa Eros turut tercipta di dalam kandungan rahimnya. Setelah tumbuh dewasa Dewi Aphrodite dikenali sebagai Dewa Kecantikan.
3. Lahirnya Dewa Eros di atas muka bumi dan kecintaan penuh seorang ibu, Dewi Aphrodite ke atas anaknya menukarkan suasana huru-hara dunia menjadi aman damai semula. Itu sebabnya, Dewa Eros dikenali sebagai Dewa Cinta.
4. Setelah beberapa lama, Dewi Apheodite melahirkan tiga dewa lainnya, adik kepada Dewa Eros iaitu Dewa Antheros (Dewa Cinta Dalam Keluarga), Dewa Porthos (Dewa Mengabulkan Cinta) dan Dewa Himeros (Dewa Nafsu).
5. Pada awalnya, tugas Dewa Eros tidak lain hanyalah sebagai ‘doktor cinta’. Untuk menjalankan tugasnya ini, ayah angkatnya, Dewa Hephaestus menciptakan beberapa bilah anak panah yang diperbuat daripada emas murni untuk digunakannya di dalam seni memanah hati manusia.
Pekerjannya hanya mencari dua insan yang saling membenci antara satu sama lain, lalu kedua orang itu akan dipanah hatinya sehingga membuatkan kebencian menjadi sebuah percintaan. Tetapi adakalanya dengan tiada tujuan, Dewa Eros memisahkan dua pasangan yang sedang hangat bercinta.
6. Pada suatu hari, timbulnya khabar angin tentang kecantikan seorang anak dara Yunani yang kecantikannya mengalahkan Dewi Aphrodite iaitu Psyche. Dengan perasaan amarah, beliau mengutuskan anaknya, Dewa Eros untuk menjodohkan Psyche dengan seorang lelaki yang miskin dan kaki pukul. Apabila Psyche berkahwin dengan lelaki miskin maka martabatnya akan jatuh dan setiap hari beliau akan dipukul lalu wajahnya yang cantik pasti akan hancur.
7. Maka terbanglah Dewa Eros ke rumah Psyche di malam hari. Ketika sampai, Dewa Eros pun terpana dengan kecantikan yang dimiliki oleh Psyche ketika gadis itu sedang nyenyak dibuai mimpi. Pada waktu itu, Dewa Eros pun jatuh hati pada Psyche dan beliau mengambil jalan untuk mengingkari arahan ibunya.
Dewa Eros mengambil langkah yang lebih selamat untuk menyelamatkan kecantikan Psyche iaitu dengan menyumpah gadis ini tidak akan laku dan tiada lelaki mana pun di Yunani yang akan jatuh hati padanya dengan air yang diambil daripada air terjun Aphrodite.
8. Tahun pun berlalu, Psyche masih kekal berdara, keseorangan dan tiada siapa pun yang mahu menikahinya sedangkan adiknya sendiri pun sudah berkahwin. Dengan amarah yang membuak-buak, Psyche pun berdoa di Oracle of Delphi. Di sini, beliau diberikan petunjuk untuk menemui cinta sejatinya yang tinggal di sebuah kediaman emas di atas puncak gunung yang tinggi.
9. Setibanya di atas puncak gunung, Psyche disapa oleh seorang lelaki berjubah yang misteri. Psyche pun mengadu kepada lelaki itu tentang yang terjadi ke atasnya, maka atas dasar simpati, lelaki itu pun menerima Psyche sebagai isterinya tetapi dengan syarat, Psyche dilarang untuk mengetahui latar belakang lelaki/suaminya tersebut. Psyche patuh tanpa membantah.
10. Bulan pun berlalu, Psyche memohon kepada lelaki tersebut untuk menemui adiknya, maka lelaki tersebut membawa adik Psyche ke atas gunung tersebut. Ketika mana adiknya bertemu dengan Psyche, adiknya berpesan supaya mengorek rahsia suaminya itu, kerana takut ianya bukan manusia tetapi raksasa.
11. Pada suatu malam, Psyche menunggu sehingga suaminya tidur. Ketika suaminya tidur, Psyche menuju ke bilik tidurnya dan di situlah Psyche terkejut. Suaminya merupakan seorang dewa setelah melihat dua buah kepak. Dewa Eros terjaga dari tidurnya lalu kecewa kerana Psyche telah mengingkari janji antara mereka berdua. Dewa Eros pun terbang berlalu dari situ meninggalkan Psyche.
12. Setelah kejadian tersebut, Psyche menjelajah ke seluruh tanah Yunani mencari Dewa Eros. Psyche menemui sebuah jalan pintas untuk menemui Dewa Eros dengan bekerja dibawah Dewa-Dewi Yunani. Psyche menemui Dewi Demeter, Dewi Hera dan Dewi Athena. Ketiga-tiga dewi ini mahu menolong Psyche tetapi dengan syarat, beliau wajib bekerja dibawah Dewi Aphrodite. Dewi Aphrodite bersedia untuk membawa Psyche menemui dengan Dewa Eros tetapi dengan sebuah syarat. Beliau wajib menempuhi semua ujian yang diberikan kepadanya.
13. Ujian yang kebanyakan mematikan ini berjaya ditempuhi oleh Psyches berkat pertolongan daripada Dewi Demeter dan Dewi Athena. Tetapi hanya tinggal satu lagi tugas terakhir iaitu menghantar sebuah kotak kepada Dewi Persephone di alam baka. Di dalam perjalanan, Psyches tertarik dengan isi kandungan kotak tersebut, lalu beliau pun membukanya. Rupa-rupanya di dalam kotak tersebut terkandungnya sebuah sumpahan tidur selamanya kepada si pembukanya. 
14. Mujur Psyches berjaya diselamatkan oleh Dewa Eros lalu beliau membawa Psyches ke Dewa Zeus. Dewa Zeus memberikan air minuman Ambrosia kepada Dewa Eros. Dengan tegukan air dan ciuman, maka Psyches berjaya kembali ke dunia. Psyches bukan sahaja diberikan peluang kedua untuk hidup, bahkan beliau tidak akan mati (immortal).
15. Dewa Zeus memerintahkan kepada Dewi Aphrodite untuk menerima Psyche sebagai menantu dan setelah itu Psyche diberikan gelaran sebagai Dewi Kehidupan. Hasil perkahwinan rasmi diantara Dewa Eros dan Dewi Psyches, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Dewi Voluptas (Dewi Keberkatan).
Dalam teori lain, menyebutkan bahawasanya Cupid merupakan anak kepada Dewa Eros dan hasil daripada kelahiran Cupid, ia diambil dan diangkat sebagai Dewa Cinta di dalam agama pagan Rom. Tetapi teori yang paling diterima adalah Dewa Cupid merupakan Dewa Eros dalam versi Rom.
Dewa Cupid kembali diagungkan pada zaman Renaissance, di mana para pelukis menggambarkan Dewa Cupid sebagai Dewa Cinta dan kepopularan inilah yang seterusnya mengangkat martabat Dewa Cupid sebagai maskot Hari Kekasih ataupun yang berkaitan dengan cinta.
Nama Dewa Eros juga digunakan di dalam karya William Shakespeare yang bertajuk ‘A Midsummer Night’s Dream’.
RUJUKAN:
1. Handbook of World Mythology oleh A.S. Murray dan William H. Klapp (halaman 194).
2. Greek and Roman Mythology, A to Z oleh Kathleen N. Daly dan Marian Rengel (halaman 52).
3. Gods, Goddesses, and Mythology, Volume 4 oleh C. Scott Littleton (halaman 488).



Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/02/cupid-panahan-cinta-dari-yunani-ke-rom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Curi Curi Cinta

Drama Curi Curi Cinta

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 1401 hits
Nantikan drama adaptasi novel Curi Curi Cinta karya Siti Rosmizah yang bakal mengisi slot MegaDrama di Astro Ria Menampilkan gandingan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson Drama bersiri 28 episod arahan Raja Ahmad Alauddin Akan menemui penonto...
Menhub Budi Masjid Harus Jadi Sarana Menyebar Cinta Bukan Mengajak Permusuhan

Menhub Budi Masjid Harus Jadi Sarana Menyebar Cinta Bukan Mengajak Permusuhan

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 223 hits
Pria yang juga menjabat sebagai Ketua Dewan Pembina MCM ini berharap MCM bisa tumbuh berkembang di tengah tengah masyarakat Dengan demikian bisa mengajak lebih banyak masyarakat untuk mencintai tempat ibadah
Pemuda Ini Jatuh Cinta Dengan Lipas Dan Mahu Mengadakan Hubungan Kelamin Dengannya

Pemuda Ini Jatuh Cinta Dengan Lipas Dan Mahu Mengadakan Hubungan Kelamin Dengannya

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 394 hits
Bagi kebanyakan orang lipas merupakan serangga yang paling jijik dan seboleh bolehnya cuba mengelak dari bertembungnya Tetapi lelaki dari Jepun ini pula sebaliknya Dia sangat menggemari serangga itu dan jatuh cinta terhadap lipas selain per...
Hadiri Harlah Nu Di Kendal Ma Ruf Amin Tegaskan Jokowi Cinta Ulama

Hadiri Harlah Nu Di Kendal Ma Ruf Amin Tegaskan Jokowi Cinta Ulama

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 291 hits
Itu menunjukkan bahwa beliau itu cinta ulama menghormati ulama Tidak seperti yang dituduhkan selama ini jelas Kiai Ma ruf
Lirik Lagu Terasa Cinta Fara Hezel Ft Aiman Tino

Lirik Lagu Terasa Cinta Fara Hezel Ft Aiman Tino

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 429 hits
Lirik Lagu Terasa Cinta Fara Hezel Ft Aiman TinoBerdegub jantungkuBila kau didepankuApakah ku bermimpiDi dalam jaga kuTidak lena tidurkuSering mengenang kamu ooo Apakah yang ku rasaSama juga denganmu ohhh owoo Ku suka kamu ku sayang kamuKu ...
Lirik Lagu Shah Rezza Adakah Cinta

Lirik Lagu Shah Rezza Adakah Cinta

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 496 hits
Lirik Lagu Shah Rezza Adakah Cinta Lirik Lagu Shah Rezza Adakah Cinta
Tahun Baru Imlek Presiden Jokowi Berharap Persaudaraan Berlimpah Cinta

Tahun Baru Imlek Presiden Jokowi Berharap Persaudaraan Berlimpah Cinta

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 245 hits
Tidak hanya memberikan ucapan Jokowi juga mengunggah foto dirinya bersama barongsai berupa karikatur Dia mengenakan kemeja putih sambil memegang barongsai dan sisipi tulisan Gong Xi Fa Cai
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm