Cuma Besanya Pas Tidak Bersama Mungkin Kuga Punya Pandangan Berbeza Jentera Pas Yang Punyasampai Bila Nak Jadi Balaci






 
APABILA YANG BERBEZA SUDAH BOLEH BERSAMA, INI PETANDA BAHAYA


19 July 2025


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin semalam mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti blok bukan kerajaan bagi membincangkan cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti di kalangan parti-parti pembangkang.


Pemimpin pembangkang yang hadir ialah Tmbalan Presiden Bersatu dan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin; Presiden Gerakan, Dominic Lau; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Punithan Paramsiven; Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir; Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali; Ketua Belia Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Sathiah Sudakaran; Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim; Presiden Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P Ramasamy dan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP), P Waytha Moorthy.


Turut sama hadir ialah pemangku Presiden Muda, Amira Aisya dan Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan.


Menurut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, pertemuan itu adalah bagi membincangkan penubuhan barisan rentas parti yang bertujuan untuk memperkukuhkan peranan semak dan imbang parti-parti pembangkang di dalam dan di luar Parlimen.


“Semua yang hadir telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap cadangan itu.


“insya Allah, saya akan membawa pandangan-pandangan yang diutarakan dalam pertemuan itu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang,” katanya dalam kenyataan media.


Bagaimanapun, wakil Pas tidak hadir dan tidak diketahui sebab sebenar ketidakhadiran itu.


Tetapi, dua tiga maklumat yang dihubungi berkata, ketiadaan wakil Pas tidak bererti blok pembangkang sudah berpecah.


“Pas akan tetap bersama PN,” kata seorang yang dekat dengan gabungan tersebut ketika dihubungi.


Walaupun pertemuan itu mendapat kritikan daripada pihak pro kerajaan, khususnya kerana kehadiran beberapa sosok yang sebelum ini didapati sering mengeluarkan kenyataan ekstrim berkenaan kaum dan sering berbalah sesama sendiri, tetapi kesediaan mereka untuk duduk bersama adalah perkembangam yang sihat kepada rakyat dan negara.


Setidak-tidaknya blok pembangkang menjadi lebih bersatu dan mampu menjalankan peranan semak dan imbang dengan lebih berkesan lagi.


Kejayaan menyatukan semua parti dalam blok pembangkang untuk bergerak bersama dan dengan matlamat yang sama serta untuk bersama menentang musuh yang sama, mahu tidak mahu, ia adalah sesuatu yang positif dalam usaha mengejar kejayaan.


Sudah tentu, ia juga merupakan tanda bahaya kepada kerajaan madani.


Lantaran itu, jangan pandang rendah atau melekehkan apa yang dilakukan Muhyiddin dan PN ini kerana ia tidak mustahil boleh menjadi gelombang yang mampu meruntuhkan apa jua tebing dan tembok pada PRU16 akan datang.


Tambahan lagi, parti-parti dalam blok kerajaan sendiri berdepan masalah dalaman yang tak berkesudahan, selain sering bercakaran sesama sendiri.


Kalau tanya pengampu dan penjilat, memang mereka akan kutuk dan pandang rendah cadangan mewujudkan barisan rentas parti ini, namun jangan lupa bagaimana BN tumbang pada PRU 2018 dulu.


Pengampu dan penjilat ketika itu hampir-hampir sama dengan pengampu dan penjilat yang ada di sekeliling madani hari ini. – ShahbudinHusin 19July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/apabila-yang-berbeza-sudah-boleh-bersama-bermakna-ini-tanda-bahaya/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/cuma-besanya-pas-tidak-bersama-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Cuma Nak Teruskan Hidup Tapi Hidup Mereka Tamat Dalam Sebuah Iswara

Kami Cuma Nak Teruskan Hidup Tapi Hidup Mereka Tamat Dalam Sebuah Iswara

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 279 hits
Bayangkan hidup serba sederhana hanya berniaga roti canai demi sesuap nasi dengan satu harapan untuk membesarkan anak anak dalam kasih sayang seadanya Tapi siapa sangka sekelip mata segalanya hilang Itulah kisah penuh pilu Allahyarham Nurul...
Apa Punya Lemah Berapa Kali Nak Siasat Kalau Fitnah Saman Saja Ratu Badak Ka Naga Hatta Rimau Sekli Pun

Apa Punya Lemah Berapa Kali Nak Siasat Kalau Fitnah Saman Saja Ratu Badak Ka Naga Hatta Rimau Sekli Pun

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 271 hits
Hantaran Jelik SKMM Siasat Ratu Naga SKMM menyiasat aktivis dikenali sebagai Ratu Naga yang hadir memberi keterangan di IPD Petaling Jaya dipercayai berkaitan hantaran media sosial mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubu...
Hiburan Muat Naik Ucapan Modal Pihak Pembangkang Pmx Beri Bayangan Apa Nak Umum Hari Ini

Hiburan Muat Naik Ucapan Modal Pihak Pembangkang Pmx Beri Bayangan Apa Nak Umum Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 536 hits
Perdana Menteri telah memberikan petunjuk mengenai pengumuman penting yang bakal dibuat pada hari ini melalui sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi beliau Anwar menyertakan klip ucapan lama beliau yang kini menjadi bahan...
Nak Harap Zaman 33 Bulan Kwsp Jadi Cagaran Harga Barang Dan Teloq Ayam Tak Ada Tu Pun Ko Nak Cakap Kiok

Nak Harap Zaman 33 Bulan Kwsp Jadi Cagaran Harga Barang Dan Teloq Ayam Tak Ada Tu Pun Ko Nak Cakap Kiok

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 214 hits
Jika kamu bersyukur Aku akan tambah nikmat Tetapi jika kamu kufur azab Ku amat pedih Surah Ibrahim 7 Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak bersyukur kepada manusia Riwayat Abu Daud al Tirmizi Hadis Hasan Sahih
Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 336 hits
Jerebu bukan sekadar fenomena alam yang mengurangkan jarak penglihatan dan menggelapkan langit tetapi ia sebenarnya satu ancaman kepada kesihatan khususnya kepada golongan paling terdedah seperti kanak kanak Dalam situasi ini peranan ibu ba...
Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet

Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Tandas Sekolah Di Seremban Pada 1 10 2025

Lirik Lagu Sampaikan Rindu Ippo Hafiz

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hiburan Keanu Azman Dedah Berhenti Jadi Dj Radio Kerana Enggan Mainkan Lagu Penyokong Zi Nis Saya Tak Nak Jadi Hipokrit

Masak Lemak Ikan Baung Menyambut Kepulangan Dania

Hanya Au Mig Punya Sistem Ini

Persediaan Kepada Wanita Sebelum Berkahwin

Makan Makan Sempena Sembahyang Cina

Kenapa Pepatung Semakin Banyak Di Kawasan Rumah Selepas Kabel Unifi Dipasang