Cukuplah Berpolitik India Sudah Ke Bulan



Membaca titah Sultan Selangor, ketika upacara angkat sumpah Menteri Besar negeri itu dan 10 Exco Selasa lalu menginsafkan sejenak.
Antara titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melekat di minda ialah baginda memohon semua pihak berhenti berpolitik kerana rakyat dan baginda sendiri sudah penat dan mahukan semua kaum hidup bersatu semula.
Sultan Selangor yang menginjak usia 78 tahun turut berharap ekonomi Selangor akan gemilang semula. Demikianlah realiti politik Malaysia ketika ini, orang politik masih terus berpolitik biarpun PRU15 dan PRN di enam negeri sudah tamat.
Tindak tanduk puak-puak yang tidak penat menjaja isu politik jelas lagi nyata membabitkan kumpulan yang kemaruk kuasa. Sehingga cita-cita mereka tercapai dijangkakan sampai bila-bila rakyat akan disumbat dengan isu-isu karut-marut. Sepatutnya selepas PRN 12 Ogos lalu, semua parti sudah berlapang dada menerima keputusan pengundi dan kembali fokus untuk menguruskan isu rakyat dan memajukan negara.
Namun ia tidak berlaku malah adakala menjadi-jadi apabila permainan politik tersebut semakin tidak bertempat sehingga tahap menggusarkan. Suhu politik mulai panas lagi menjelang PRK di DUN Pelangai, Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
Antaranya, terus ditiup ura-ura Kerajaan Perpaduan bakal runtuh dan kempen-kempen di tiga PRK terus dimainkan referendum rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.
Begitu juga cubaan Kelantan mahu menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan berbeza dengan Pusat walaupun, kontroversi itu ditamatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, namun ura-ura tersebut tidak sihat.
Kelantan walaupun dipimpin Pas namun negeri tersebut masih dalam Malaysia dan Pusat masih mempunyai tanggung jawab ke atas negeri itu berasaskan konsep fe­deralisme seperti di ulang laung Pas.
Begitu juga dengan kenyataan MB Kelantan, Datuk Nassaruddin Daud yang memberi bayangan seolah-olah ADUN Galas dan ADUN Kota Lama sebagai menentang perjuangan Islam. Ada yang mempersoalkan, Pas adalah parti politik dan bukan agama, jadi sangat tidak relevan untuk memberi contoh sebegitu lebih-lebih lagi Nassaruddin sepatutnya lebih arif membezakan yang mana parti dan yang mana agama.
Beberapa tindak-tanduk yang menyebabkan pergeseran antara Pusat dan negeri sebegini akan membawa kepada pertelagahan politik berterusan manakala rakyat yang penat menjadi keliru.
Justeru, titah Sultan Selangor patut dijadi panduan bukan sahaja di Selangor tetapi semua negeri kerana kemelut politik ini merebak di semua negeri.
Semua orang politik sepatutnya move on dan bukalah minda masing-masing menyaksikan bagaimana India sedang berbangga dengan pendaratan Chandrayaan-3 di kutub selatan Bulan pada Rabu lalu.
India kini sudah dalam liga Amerika Syarikat, China dan Russia berjaya melakukan pendaratan di Bulan. Malaysia jangan mahu merancang misi ke Bulan tetapi mungkin ramai dalam kalangan kita tidak dapat bayangkan di manakah Bulan itu berada - Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/cukuplah-berpolitik-india-sudah-ke-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Bangga Chandrayaan 3 India Berjaya Menawan Kutub Selatan Bulan Buat Kali Pertama

Pm Bangga Chandrayaan 3 India Berjaya Menawan Kutub Selatan Bulan Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 191 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus ucapan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi di atas kejayaan mendaratnya pesawat ruang angkasa Chandrayaan 3 di kutub selatan bulan yang belum pernah diterokai ma...
Cukup Cukuplah Kita Berpolitik Rakyat Dah Penat Beta Pun Penat Dengar

Cukup Cukuplah Kita Berpolitik Rakyat Dah Penat Beta Pun Penat Dengar

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 255 hits
Cukup Cukuplah Kita Berpolitik Rakyat Dah penat Beta Pun Penat Dengar Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar semua ahli politik memberi khidmat cemerlang dengan mengutamakan rakyat Baginda turut mengingatkan supaya meng...
Jadwal Puasa Sunnah Bulan Safar 1445

Jadwal Puasa Sunnah Bulan Safar 1445

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 173 hits
Bulan Safar atau Shafar merupakan bulan kedua dalam penanggalan Islam Shafar bisa berarti sepi atau kosong Dinamakan bulan Safar karena pada bulan ini perkampungan Arab sepi ditinggal para lelaki bepergian atau berdagang Meskipun tidak ada ...
Cara Mendapatkan Ribuan Visitor Website Setiap Bulan

Cara Mendapatkan Ribuan Visitor Website Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 259 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT Mengandalkan penghasilan dari website atau blog saat ini hampir mustahil tanpa memperhatikan optimasi SEO Onpage dan SEO Onpage karena selain jumlah kompetitor besar juga kualitas kompetitor yang bukan kaleng...
Wanita Belikan Shah Rukh Khan Sebidang Tanah Di Bulan

Wanita Belikan Shah Rukh Khan Sebidang Tanah Di Bulan

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 334 hits
WAN SITI AMINAHPelakon Bollywood lagenda Shah Rukh Khan kembali menyita perhatian orang ramai setelah membuat satu pendedahan yang mengejutkan Siapa sangka selebriti yang telah dinobatkan sebagai pelakon terkaya di Asia itu rupa rupanya mem...
Kenal Di Ig Story Abang Tesla Kahwini Isteri Kedua Selepas Enam Bulan Berkenalan

Kenal Di Ig Story Abang Tesla Kahwini Isteri Kedua Selepas Enam Bulan Berkenalan

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 363 hits
Pempengaruh media sosial Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusr berkongsi detik perkenalannya dengan isteri kedua Nursyafiqa Mohd Hanafi yang dinikahi 18 Ogos lalu Memetik portal Gempak Abang Tesla yang lebih selesa dipa...
Asn Dki Bakal Wfh 50 Persen 3 Bulan Pdip Sentil Heru Budi Apa Enggak Kelamaan

Asn Dki Bakal Wfh 50 Persen 3 Bulan Pdip Sentil Heru Budi Apa Enggak Kelamaan

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 246 hits
Kebijakan WFH ASN Pemprov DKI itu rencananya bakal dimula 21 Agustus sampai 7 September 2023
Ambilan Jawatan Kosong Di Kpwkm Bulan Ogos 2023

Ambilan Jawatan Kosong Di Kpwkm Bulan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 229 hits
Ambilan Jawatan Kosong Di KPWKM Bulan Ogos 2023 Berita baik kepada rakyat Malaysia kini dibuka permohonan kerja dibawah syarikat gergasi kpwkm yang menginginkan anda dalam organisasi kerja mereka Kepada para calon yang berminat jom semak ma...
Kaedah Simpan Cili Tahan Lama Hingga 8 Bulan Masih Segar

Kaedah Simpan Cili Tahan Lama Hingga 8 Bulan Masih Segar

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 335 hits
Kaedah Simpan Cili tahan lama hingga 8 bulan masih segarCili memang stok wajib ada di dapur kita kerana boleh kata saban hari digunakan dalam masakan Biasanya kita akan beli dalam jumlah yang banyak Selalu juga terjadi bila dah beli banyak ...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhkan Anak Dari Pedofilia Ajar Anak Sentuhan Tak Selamat

Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri