Cukup Cukuplah Tun Izinkanlah Melayu Bersatu


BUKANLAH sesuatu yang mengejutkan apabila Pengerusi Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘melompat’ apabila UMNO dan Pas menjalinkan kerjasama secara rasmi.
Hujah pemimpin politik berusia 94 tahun tersebut, kerjasama antara kedua-dua parti itu adalah usaha mengembalikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang didakwa dilakukan bekas Perdana Menteri itu.
Entah dari mana Dr. Mahathir mendapat idea untuk berhujah demikian sedangkan Najib bukan lagi berada dalam UMNO apatah lagi Pas.
Tetapi tidak mengapalah itu hak beliau untuk memberi pandangan walaupun boleh dipersoalkan lagipun sejak bila pula Dr.Mahathir pernah berkata baik tentang UMNO selepas meninggalkan parti itu.
Malah kalau dikaji selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dahulu Pas tidak pernah terlepas menjadi sasaran serangan beliau.
Bacalah teks ucapan sepanjang beliau menjadi Presiden UMNO, ‘membelasah’ Pas sudah menjadi salah satu point penting beliau, DAP pun tidak pernah begitu teruk diserang oleh Pengerusi Bersatu tersebut.
Tetapi itu dulu, sepatutnya sekarang dalam keadaan (kononnya) Malaysia melangkah ke arah lebih terbuka di dalam era Malaysia Baharu sepatutnya Dr.Mahathir lebih terbuka.
Tidak mengapa kita faham, selagi berkawan dengan DAP dan kedudukan politik pun dilihat bergantung kepada DAP, Bersatu tidak boleh bercakap banyak soal penyatuan Melayu dan agama Islam tetapi janganlah dengki bila UMNO-Pas bekerjasama.
Janganlah sampai Dr. Mahathir dilihat tiada bezanya dengan DAP yang gelabah tidak tentu hala bila UMNO dan Pas berpakat.
Cukup,cukuplah Tun, izinkanlah orang Melayu bersatu. Jangan lupa siapakah yang dituduh bertanggungjawab memecah belahkan orang Melayu kerana politik.
Jangan lupa sejarah kewujudan PKR,Parti Melayu Semangat 46 dan Bersatu. Siapa yang bertanggungjawab memungkinkan kesemua parti ini muncul yang akhirnya bukan sahaja memecah belah orang Melayu tetapi juga melemahkan kuasa politik mereka.
Sebagai seorang pemimpin yang sering sebak dan menitis air mata apabila mengenang nasib bangsa Melayu, Dr.Mahathir sepatutnya mengalu-alukan kerjasama UMNO-Pas.
Ia kerana apapun sedikit sebanyak tindakan itu akan menguntungkan orang Melayu.
Kita faham Bersatu mungkin tak perlu undi orang Melayu kerana pengundi-pengundi lain boleh beri sokongan tetapi janganlah halang UMNO-Pas melakukan langkah ke arah perpaduan ummah.
Dr.Mahathir yang disanjung sebagai pemimpin Melayu yang cukup hebat sepatutnya perlu berjiwa besar mengizinkan usaha menyatukan orang Melayu dilakukan oleh mana-mana pihakpun dan bukannya melakukan tindakan atau membuat kenyataan sehingga dianggap penghalang perpaduan ummah hingga akhir hayat. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/07/cukup-cukuplah-tun-izinkanlah-melayu-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majoriti 2 3 Mahathir Nak Tunai Janji Atau Bersatu Tak Cukup Kerusi

Majoriti 2 3 Mahathir Nak Tunai Janji Atau Bersatu Tak Cukup Kerusi

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 402 hits
Masa berkempen di Semenyih 28 Februari lalu Mahathir tegaskan PH perlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji2nya pada rakyat Katanya bila majoriti dua pertiga dah dapat ia memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam...
Cukup Cukuplah Kecam Beri Oktovia Ruang Perbetulkan Diri

Cukup Cukuplah Kecam Beri Oktovia Ruang Perbetulkan Diri

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 380 hits
Sudah hampir seminggu berlalu namun ruangan Instagram pelakon Oktovia Manrose masih lagi dihujani dengan kecaman netizen susulan kontroversinya bersama Aliff Aziz Sebagai The post appeared first on
Kekalahan Ph Di Semenyih Tamparan Buat Tun M Dan Bersatu

Kekalahan Ph Di Semenyih Tamparan Buat Tun M Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 367 hits
Sebagaimana yang dijangka dan tidak keterlaluan kalau dikatakan turut menjadi keinginan majoriti penyokong PH sendiri calon Bersatu yang mewakili gabungan parti pemerintah Aiman Zainali tewas kepada calon BN Zakaria Hanafi dalam PRK Semenyi...
Kerjasama Pas Dengan Parti Melayu

Kerjasama Pas Dengan Parti Melayu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 368 hits
Hebat perancangan Tuan Guru Semoga PRU 15 ada sinar yang lebih baik untuk Islam
Alhamdulillah Demi Melayu Islam

Alhamdulillah Demi Melayu Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 290 hits
Oleh Zulkifli Jalil SIAPA sangka gambar di atas boleh dipetik lensa kamera Siapa sangka selepas puluhan tahun UMNO menjadi musuh Pas setelah Pilihan Raya Umum Ke 14 barulah Pas nampak siapa lawan siapa kawan dalam memperjuangkan agama Islam...
Adakah Guan Eng Isytihar Perang Terhadap Orang Melayu

Adakah Guan Eng Isytihar Perang Terhadap Orang Melayu

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 331 hits
KUALA TERENGGANU Tindakan Lim Guan Eng yang panas di sebalik kerjasama UMNO dan Pas menimbulkan persoalan adakah Setiausaha Agung DAP itu sebenarnya yang sedang mengisytiharkan perang terhadap orang Melayu Ketua Penerangan Pas negeri Mohd N...
Umno Dan Bn Yang Lingkupkan Hak Hak Melayu Di Malaysia Bukan Dap

Umno Dan Bn Yang Lingkupkan Hak Hak Melayu Di Malaysia Bukan Dap

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 393 hits
Sewaktu kerajaan di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional merekalah yang melingkupkan hak hak Melayu itu kata Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu ketika ditanya mengenai agenda Perpaduan Ummah yang diuar uarkan melalui kerjasam...
Guan Eng Melenting Kerana Orang Melayu Semakin Kuat

Guan Eng Melenting Kerana Orang Melayu Semakin Kuat

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 417 hits
Tun Abdul Hamid MohamadKUALA LUMPUR Kerjasama UMNO dan Pas telah membuatkan Lim Guan Eng melenting kerana beliau tahu perancangan DAP gagal jika orang Melayu tidak berpecah Kejayaan dua PRK di Cameron Highlands dan Semenyih membuktikan kerj...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kalimah Terindah Xpose

3 Perkara Jangan Dipermainkan Hati Janji Dan Kepercayaan

D Kunafa Cafe Shaftsbury Mall Putrajaya

Catatan Diari Dunia Yang Kian Tua

Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu

Burung Tempua Bersarang Tinggi