Cukai Progresif Untuk Golongan Kaya


KETIKA kebanyakan rakyat biasa di negara kita sedang terkesan teruk kerana pandemik Covid-19, 50 bilionair menetap di negara ini yang berada dalam Senarai Orang Paling Kaya Malaysia Forbes 2021 terus mencatatkan peningkatan jumlah kekayaan.

Kekayaan mereka sekarang telah meningkat sebanyak 14 peratus walaupun ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 5.6 peratus pada tahun lalu.

Nampaknya, golongan bilionair bukan sahaja tidak terjejas kerana kemelesetan ekonomi, malah menjadi lebih kaya semasa ekonomi negara berada dalam krisis yang menyaksikan semakin ramai rakyat bawahan tidak mempunyai pendapatan mencukupi untuk menyara kehidupan mereka.

Jumlah kekayaan 50 bilionair Malaysia itu telah mencecah sebanyak AS$90 bilion atau lebih RM370 bilion. Adakah kehidupan rakyat biasa telah bertambah baik sebanyak 14 peratus ketika para bilionair meningkatkan kekayaan mereka sebanyak 14 peratus?

Syarikat pengeluar sarung tangan getah telah mencatatkan peningkatan keuntungan yang besar ketika dunia sedang diancam pandemik Covid-19. Peningkatan kekayaan itu berlaku ketika heboh pelbagai kontroversi mengenai eksploitasi pekerja.

Golongan terkaya menjadi semakin kaya ketika dunia dalam krisis, bukan sesuatu yang mengejutkan di bawah sistem kapitalis. Sistem itu telah mewujudkan ketidaksamarataan pengagihan kekayaan masyarakat dan sering berlaku eksploitasi.

Ketika ekonomi sedang berkembang pesat, golongan pekerja telah diperah tenaga mereka dengan bayaran gaji tidak setimpal dengan sumbangan diberikan. Sebaliknya, semasa ekonomi mengalami kemerosotan, pekerja pula menjadi korban apabila diberhentikan atau dikurangkan gaji bagi menyelamatkan syarikat.

Rakyat biasa akan terus mengalami kesusahan dalam kehidupan dengan ancaman pandemik yang masih berterusan dan krisis ekonomi yang diburukkan oleh Covid-19. Kita boleh menjangkakan ekonomi tidak akan pulih ke tahap seperti sebelum berlakunya pandemik dalam jangka masa singkat.

Jika ekonomi dipulihkan kepada keadaan sebelum ini pun, ia masih tidak membawa makna yang besar kepada rakyat biasa kerana sistem ekonomi kapitalis yang mengeksploitasi pekerja dengan gaji rendah, masa kerja panjang dan kekurangan perlindungan sosial terus berfungsi.

Kita bukan sahaja perlu memulihkan ekonomi, tetapi harus memulihkan juga fungsi ekonomi yang sebenar, iaitu menjamin kesejahteraan hidup masyarakat yang mampan. Untuk berbuat demikian, kita perlukan anjakan paradigma dalam dasar ekonomi kita.

Kita tidak boleh lagi bergantung kepada ekonomi pasaran kapitalis yang berlandaskan cukai ke atas keuntungan korporat untuk membiayai keperluan masyarakat.

Matlamat mengaut keuntungan lumayan dalam masa singkat di bawah sistem ekonomi kapitalis dikuasai oleh golongan pemodal yang mempunyai wang banyak telah melemahkan keimunan masyarakat kita terhadap ancaman krisis.

Masalah ini hanya dapat diatasi dengan jika dasar sosioekonomi kita beralih daripada dasar mengutamakan keuntungan korporat kepada polisi mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Antara perkara yang boleh dilakukan termasuk memastikan golongan bilionair yang mengaut keuntungan lumayan daripada kesengsaraan rakyat itu membayar lebih banyak cukai melalui sistem percukaian progresif yang mengagihkan semula kekayaan.

Bayangkanlah jika 14 peratus peningkatan kekayaan 50 bilionair di Malaysia itu boleh digunakan sepenuhnya oleh kerajaan.

Kita sudah tentu dapat mengatasi banyak kekangan dalam sistem kesihatan awam, di samping menyediakan lebih banyak kediaman dan meningkatkan kemudahan asas untuk rakyat.

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)
Kuala Lumpur

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/cukai-progresif-untuk-golongan-kaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Usaha Jangan Malas Dato Seri Vida Nasihat Golongan Terjejas Jangan Guna Alasan Pkp

Hiburan Usaha Jangan Malas Dato Seri Vida Nasihat Golongan Terjejas Jangan Guna Alasan Pkp

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 296 hits
Menerusi akaun rasmi TikTok nbsp usahawan terkenal Dato Seri Vida menasihati orang ramai yang meminta bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan ketika ini untuk berusaha mencari sumber rezeki BACA Lelong Cincin Kahwi...
Lebih Rm600 Juta Disalur Agensi Agama Kepada Golongan Memerlukan Kata Menteri

Lebih Rm600 Juta Disalur Agensi Agama Kepada Golongan Memerlukan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 214 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad menyerahkan replika cek kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Zulkifle Ali untuk pembinaan Masjid Kampung Sungai Isap 2 hari ini PEKAN Bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai lebih RM6...
5771 Bantuan Infaq Rezeki Buat Golongan Penerima Terkesan Pkpd Ppim 06 07 2021

5771 Bantuan Infaq Rezeki Buat Golongan Penerima Terkesan Pkpd Ppim 06 07 2021

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 318 hits
Sumbangan 150 Kotak Infaq Rezeki Kepada Golongan Yang Terkesan PKPD Bersama JPJ Malaysia Balai Polis Wangsa Maju SCOPURS Malaysia Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah dan Alhamdulillah syukur PPIM bersama JPJ Malaysia Balai Polis Wangsa Maju SCOPUR...
Bank Makanan Dirompak Golongan Tamak

Bank Makanan Dirompak Golongan Tamak

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 228 hits
ARIF ATANBukan sedikit rakyat yang terkesan termasuk hilang punca pendapatan akibat kegagalan kerajaan Perikatan Nasional memerangi pandemik Covid 19 Siri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak berkesudahan dan darurat sejak awa...
Bekas Pesakit Covid 19 Masih Boleh Dijangkiti Long Covid Ini Antara Gejala Dan Golongan Yang Berisiko

Bekas Pesakit Covid 19 Masih Boleh Dijangkiti Long Covid Ini Antara Gejala Dan Golongan Yang Berisiko

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 227 hits
Long covid boleh dialami bekas pesakit Covid 19 meskipun sudah bebas daripada wabak itu GEJALA selepas dijangkiti Covid 19 atau long covid boleh terjadi kepada bekas pesakit selama berminggu minggu atau berbulan lamanya
Hiburan Elizabeth Tan Sumbang 50 Peratus Pendapatan Untuk Bantu Golongan Memerlukan

Hiburan Elizabeth Tan Sumbang 50 Peratus Pendapatan Untuk Bantu Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 233 hits
Sudah pun bergelar isteri Elizabeth Tan nampaknya lebih senang menghabiskan masanya bersama suami namun kekal berinteraksi dengan peminat menerusi laman Instagram miliknya BACA Tak Kisah Isteri Terima Komen Nakal Peminat Puji Elizabeth Tan ...
Rafidah Persoal Mengapa Golongan Berpendapatan Masih Perlukan Bantuan

Rafidah Persoal Mengapa Golongan Berpendapatan Masih Perlukan Bantuan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 200 hits
PETALING JAYA Seorang bekas menteri mempersoalkan alasan di sebalik permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam baru baru ini untuk penangguhan pembayaran balik pinjaman perumahan yang diambil oleh penjawat awam Rafi...
Tak Jadi Artis Pun Kaya 5 Selebriti Bollywood Ini Rupanya Bersuamikan Hartawan

Tak Jadi Artis Pun Kaya 5 Selebriti Bollywood Ini Rupanya Bersuamikan Hartawan

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 341 hits
Ramai selebriti Bollywood yang bertuah berkahwin dengan ahli perniagaan yang kaya Anda ingin tahu siapakah selebriti Bollywood yang berkahwin dengan ahli perniagaan yang kaya Scroll sampai habis okay
Tauhu Kaya Dengan Asid Folik Bagus Untuk Bayi Dalam Kandungan Ibu Hamil Amalkan Superfood Ini

Tauhu Kaya Dengan Asid Folik Bagus Untuk Bayi Dalam Kandungan Ibu Hamil Amalkan Superfood Ini

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 386 hits
Selaku ibu hamil anda perlu tahu apa yang perlu dimakan dan begitu jugalah sebaliknya Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian amat penting agar ia menjamin kesihatan diri anda sendiri dan perkembangan positif kandungan BACA Makanla...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi