Cukai Lvg 10 Bunuh Peniaga Online


 


Cukai jualan 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang akan dilaksanakan 1 Januari depan mampu melindungi pembuat barangan tempatan daripada persaingan barangan luar negara, terutama barangan buatan pengilang dari China.


Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, cukai untuk LVG yang dijual secara dalam talian itu juga hanya membabitkan barangan import dan bernilai RM500 ke bawah.


Dapatkan Maklumat Lanjut Disini: https://mylvg.customs.gov.my/


"Cukai LVG ini sebenarnya pernah diumumkan oleh kerajaan terdahulu dalam belanjawan negara sehingga perubahan kepada cadangan pindaan kepada Akta Cukai Jualan 2018 untuk mencukai jualan LVG melalui Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2022 dilaksanakan.


"Ia dibentangkan di Parlimen pada Ogos 2022 dan dilaksanakan di bawah Rang Undang-undang itu, malah Seksyen 11A baharu akan diwujudkan yang akan mentakrifkan LVG sebagai mana-mana barangan atau kelas barangan yang ditetapkan di luar Malaysia yang dijual dan dibawa masuk ke Malaysia.


"Undang-undang baharu itu akan meliputi kedua-dua penjual, di dalam atau di luar Malaysia, yang menjual LVG di pasaran online atau mengendalikan pasaran online untuk penjualan dan pembelian LVG.


"Justeru, cukai ini juga seharusnya menjadi pemangkin kepada pengeluar Malaysia untuk meningkat pelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk yang lebih kompetitif dan berdaya saing di pasaran tempatan dan dapat menembusi pasaran luar negara," katanya kepada Bisnes Metro.


Menurutnya, pelaksanaan cukai LVG pernah dimohon untuk dilaksanakan pada 2023 tetapi ditangguhkan kerajaan memandangkan ekonomi negara masih lagi dalam fasa pemulihan.


Beliau berkata, pengumuman kerajaan untuk melaksakan cukai LVG tahun depan, mungkin sudah sampai masanya, memandangkan kerajaan mahu menambahkan lagi sumber pendapatan dan mengurangkan defisit perbelanjaan yang meningkat naik pada setiap tahun.


"Ia juga seiring dengan negara lain yang sudah melaksanakan cukai LVG seperti di Singapura, Australia, Switzerland, New Zealand, Norway dan United Kingdom.


"Cuma ia menjadi topik hangat yang dibincangkan masyarakat kerana pengumuman itu dibuat dalam jangka masa pendek iaitu pada Disember dan pelaksanaannya pula pada Januari 2024, jadi terlalu singkat untuk semua pihak menerimanya," katanya.


Minggu lalu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengumumkan Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak sebanyak 10 peratus ke atas LVG diimport yang dijual secara dalam talian, mulai 1 Januari 2024.


Malaysia sepatutnya mengenakan cukai LVG sebanyak 10 peratus ke atas barangan berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April 2023, di bawah Belanjawan 2022, tetapi ditangguhkan oleh JKDM pada Mac tahun ini.


Menerusi Soalan Lazim mengenai cukai jualan LVG yang diterbitkan di laman sesawang JKDM pada 6 November 2023, jabatan itu berkata, pengenaan cukai jualan ke atas LVG akan bermula pada 1 Januari 2024, walaupun perundangan cukai jualan ke atas LVG berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.



JKDM mentakrifkan LVG sebagai semua barangan, tidak termasuk rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik, dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok yang dijual pada harga tidak melebihi RM500 dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hanifidrus.blogspot.com/2023/12/cukai-lvg-10-bunuh-peniaga-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukai Lvg Beri Kesaksamaan Antara Peruncit Peniaga Dalam Talian

Cukai Lvg Beri Kesaksamaan Antara Peruncit Peniaga Dalam Talian

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 181 hits
Kerajaan menjangkakan dapat mengutip RM200 juta setahun daripada 10 cukai jualan barang bernilai rendah diimport yang dijual dalam talian yang berkuatkuasa 1 Jan depan KUALA LUMPUR Cukai jualan ke atas barang bernilai rendah diimport yang d...
Tahun Bila Cukai Lvg Ni Di Luluskan Yb Dalam Kabinet Kan Masa Tu

Tahun Bila Cukai Lvg Ni Di Luluskan Yb Dalam Kabinet Kan Masa Tu

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 177 hits
ADRIAN LIM CHEE ANN YB DUDUK DALAM KABINETSaya menonton video YB Duduk Dalam Kabinet tentang cukai LVG Beliau berpandangan 1 Cukai LVG harus ditangguh kerana keadaan ekonomi2 Cukai GST terbaik untuk mengganti Cukai LVGMasalahnya yang tidak ...
Cukai Lvg Hanya 10 Peratus Lindungi Pengeluar Tempatan

Cukai Lvg Hanya 10 Peratus Lindungi Pengeluar Tempatan

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 191 hits
Pelaksanaan cukai barang bernilai rendah di bawah nilai RM500 harus dilihat menyeluruh dan bukan secara terpisah kononnya kerajaan bertindak keterlaluan mengenakan cukai baharu bagi mendapatkan hasil Menurut Ketua Komunikasi dan Penerangan ...
Rupa Rupanya Lebai Pas Sendiri Pernah Cadang Kenakan Cukai Lvg

Rupa Rupanya Lebai Pas Sendiri Pernah Cadang Kenakan Cukai Lvg

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 264 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI nbsp Keputusan kerajaan melaksanakan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah tahun hadapan menuai pelbagai reaksi orang ramai Penyokong pro pembangkang tidak terlepas memberi reaksi sinis terhadap keputus...
Cukai Jualan 10 Barang Online Rm500 Ke Bawah Mulai 2024

Cukai Jualan 10 Barang Online Rm500 Ke Bawah Mulai 2024

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 244 hits
Tahukah anda Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak sebanyak 10 ke atas barang bernilai rendah yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024 demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ini bermaksud semua pembelian d...
Alternatif Sbobet Pilihan Terbaik Untuk Penjudi Online Indonesia

Alternatif Sbobet Pilihan Terbaik Untuk Penjudi Online Indonesia

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 151 hits
Alternatif Sbobet Pilihan Terbaik untuk Penjudi Online Indonesia Halo para penjudi online Indonesia Apakah Anda sedang mencari alternatif terbaik untuk situs judi online Jika ya maka Anda telah datang ke tempat yang tepat Alternatif Sbobet ...
Buy Romance Novels Online In Malaysia Exploring Touching Love Stories

Buy Romance Novels Online In Malaysia Exploring Touching Love Stories

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 305 hits
In Malaysia the interest in reading romance novels continues to grow rapidly One of the best ways to pursue this reading hobby is by This article will explain why buying romance novels online is a beneficial choice in Malaysia along with it...
Pengeluaran Asb Cara Keluarkan Duit Online Had Pengeluaran

Pengeluaran Asb Cara Keluarkan Duit Online Had Pengeluaran

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 309 hits
Sekarang ni dah tak perlu nak bersesak sesak di kaunter lagi untuk buat pengeluaran ASB Mulai 20 April 2020 yang lalu Amanah Saham Nasional Berhad telah mengumumkan satu kemudahan terbaru iaitu perkhidmatan pengeluaran ASB online Perkhidmat...
Mengungkap House Edge Dalam Slot Online Bagaimana Pengaruhnya Pada Permainan

Mengungkap House Edge Dalam Slot Online Bagaimana Pengaruhnya Pada Permainan

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 212 hits
Pengetahuan tentang House Edge penting dalam konteks perjudian online karena memengaruhi peluang pemain untuk meraih kemenangan dalam jangka panjang Memahami konsep ini membantu pemain dalam membuat keputusan yang lebih terinformasi saat me...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever