Cukai Lhdn Rm1 5b Tun Mahathir Mahu Mufliskan Najib


oleh Shahbudin Husin
Sejak pagi tadi lagi perbualan umum menjadi hangat di mana-mana berhubung berita tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN agar Najib Razak membayar cukai sebanyak RM1.5 bilion.
Menurut LHDN, Najib belum mengisytiharkan pendapatan berjumlah kira-kira RM4 bilion, termasuk derma RM2.6 bilion yang didakwa diterimanya daripada lencongan wang 1MDB.
Najib bagaimanapun bertegas mengatakan wang RM2.6 bilion itu adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi kepadanya bagi pihak UMNO.
Menurut sumber, tanpa mengambil kira sama ada wang itu merupakan wang curi atau derma, ia masih dianggap boleh dikenakan cukai dan adalah menjadi suatu kesalahan apabila tidak mengisytiharkannya sebagai pendapatan.
Dengan itu, cukai yang perlu dibayar okeh Najib kepada LHDN ialah sebanyak RM1.5 bilion.
Apa yang menjadi bualan dan percakapan ramai ialah tuntutan LHDN ini hanya datang kepada Najib menjelang dua hari sebelum perbicaraannya berkaitan SRC International pada Rabu ini.
Apakah ini suatu kebetulan atau sengaja dirancang untuk memberi tekanan kepada Najib?
Dalam reaksinya sebentar tadi, Najib mempertahankan bahawa beliau tidak tertakluk untuk memenuhi tuntutan LHDN itu kerana derma adalah dikecualikan daripada cukai.
Najib turut menyebut bahawa di bawah undang-undang percukaian, pendapatan yang diperolehi daripada negara luar adalah tidak dikenakan cukai.
Dengan gambaran ini, adalah jelas bahawa Najib tidak bersedia untuk membayar cukai RM1.5 bilion yang dituntut LHDN itu dan mungkin akan membawa ke mahkamah berhubung berkenaan dengannya.
Secara logiknya juga, sesiapa pun yang dikenakan cukai sebanyak itu tidak mungkin sedia untuk membayarnya serta akan berusaha sedaya mungkin melawannya.
RM1.5 bilion atau RM1,500 juta bukan sikit duit untuk semudah itu diberikan oleh seseorang kepada pihak lain.
Ramai yang barangkali lebih sedia diisytiharkan muflis atau bankrap daripada membayar sebanyak RM1.5 bilion.
Dalam kes ini, sementara Najib mungkin akan melawannya melalui proses undang-undang, persoalan lain yang menjadi tanda-tanya ialah apakah tujuan kerajaan Malaysia Baru pimpinan Tun Mahathir melalui LHDN mengemukakan tuntutan itu kepada Najib?
Adakah kerana mahu wang sebanyak RM1.5 bilion itu atau bertujuan untuk memufliskan Najib dan menjadikan kehidupannya sengsara?
Tidak cukuplah dengan tindakan menahan passport dan mendakwa beliau dengan himpunan 39 pertuduhan mahkamah setakat ini?
Apakah permusuhan politik Tun Mahathir dan Najib ini bukan sekadar mahu diakhiri dengan pemenjaraan saja, tetapi juga sehingga memufliskannya untuk sepanjang kehidupan nanti?
Begitukah?
Atau mungkinkah tindakan yang dilihat keterlaluan ini hanya akan mencetuskan lebih rasa simpati rakyat kepada Najib akhirnya?
Shahbudin Husin adalah penganalisis, penulis buku politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.
KLIK BACA: LHDN tuntut Najib bayar cukai RM1.5 bilion
KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu 
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib? appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191361/cukai-lhdn-rm1-5b-tun-mahathir-mahu-mufliskan-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lhdn Minta Najib Bayar Cukai Rm1 5b

Lhdn Minta Najib Bayar Cukai Rm1 5b

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 303 hits
Dua hari menjelang perbicaraan mahkamahnya bekas perdana menteri Najib Razak diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membayar RM1 5 bilion The Edge Markets melaporkan bahawa bil untuk tempoh 2011 2017 itu merupakan jumlah lain dari cu...
Kes Najib Berkepentingan Umum Tak Patut Cuba Tangguh Kata Tun Mahathir

Kes Najib Berkepentingan Umum Tak Patut Cuba Tangguh Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 370 hits
Tun Dr Mahathir mendakwa Najib dan peguamnya cuba menangguhkan perbicaraan kes SRC International Foto Nikkei Asian Review Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik pasukan peguam bela Najib Razak yang didakwanya cuba menangguhkan perbi...
Lhdn Kejar Bekas Menteri Menteri Sekarang Jika Tak Bayar Cukai Dr Mahathir

Lhdn Kejar Bekas Menteri Menteri Sekarang Jika Tak Bayar Cukai Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 350 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bukan sahaja bekas menteri kerajaan terdahulu sahaja yang akan dikejar Lembaga Hasil Dalam Negeri sekiranya tidak membayar cukai Perdana Menteri turut menegaskan barisan Menteri kabinet PH ...
Saya Boleh Terima Anwar Gantikan Orang Seperti Najib Kata Tun Mahathir

Saya Boleh Terima Anwar Gantikan Orang Seperti Najib Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 390 hits
Tun Dr Mahathir tidak berhasrat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri melebihi dua tahun disebabkan faktor umur meskipun rakyat memintanya untuk berbuat demikian Foto FMT Perdana Menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad hari ini 7 April berkata ...
Gema Supaya Tun Mahathir Letak Jawatan Siapa Yang Berniat Dibelakang Desakan Itu Viralhancing

Gema Supaya Tun Mahathir Letak Jawatan Siapa Yang Berniat Dibelakang Desakan Itu Viralhancing

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 377 hits
GEMA TUNTUTAN SUPAYA TUN DR MAHATHIR LETAK JAWATAN DALAM MALAYSIA KINI APA SIKAP DATUK SERI ANWAR DAN NURUL IZZAH Setelah agak senyap buat beberapa ketika suara yang menuntut supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kembali bergema...
Apabila Saya Berhenti Anwar Akan Ambil Alih Jaminan Tun Dr Mahathir

Apabila Saya Berhenti Anwar Akan Ambil Alih Jaminan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 470 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi jaminan tempatnya akan diambil alih Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sampai waktunya nanti Ia sekali gus menangkis dakwaan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusu...
Apakah Tun Dr Mahathir Kurang Gembira Kamarul Yusoff

Apakah Tun Dr Mahathir Kurang Gembira Kamarul Yusoff

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 473 hits
Membaca wawancara Emmanuel Samarathisa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang tersiar pada muka surat 8 10 Focus Malaysia keluaran 30 Mac 5 April 2019 dapat dikesan selah olah beliau agak kurang gembira dengan kedudukan beliau sekarang...
Jadilah Orang Pertama Dapatkan Syiling Peringatan Tun Mahathir

Jadilah Orang Pertama Dapatkan Syiling Peringatan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 508 hits
Jadilah Orang Pertama DapatkanSyiling Peringatan Tun Mahathir Pada 10 Mei 2018 YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 Pada hari sebelumnya Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi Pakatan Hara...
Terkini Sidang Media Tun Dr Mahathir Jawab Isu Azmin Anwar Saya Berhenti Anwar Ambil Alih

Terkini Sidang Media Tun Dr Mahathir Jawab Isu Azmin Anwar Saya Berhenti Anwar Ambil Alih

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 851 hits
Terkini Sidang Media Tun Dr Mahathir Jawab Isu Azmin Anwar Saya Berhenti Anwar Ambil Alih
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki